Others Maritim Malaysia Kesan Taktik Baru Penyeludup Dadah Guna Pelampung

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,826
Reaction score
134
Points
33
119450236_391168722284145_34919493266267180_n.jpg
119547104_391169425617408_4854271752284262889_n.jpg


119667489_391168672284150_1215363500433629200_n.jpg
119778451_391168635617487_768031267847307068_n.jpg


119586427_391168755617475_2663886620675700236_n.jpg


𝗒𝗣 π—•π—˜π—‘π—§π—˜π—‘π—š : 𝗠𝗔π—₯π—œπ—§π—œπ—  π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—žπ—˜π—¦π—”π—‘ π—§π—”π—žπ—§π—œπ—ž 𝗕𝗔𝗛𝗔π—₯𝗨 π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—Ÿπ—¨π——π—¨π—£ 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 π—šπ—¨π—‘π—” π—£π—˜π—Ÿπ—”π— π—£π—¨π—‘π—š

𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯ 𝗕𝗔𝗛π—₯𝗨, 𝟭𝟳 π—¦π—²π—½π˜- Bot ronda Maritim Negeri Johor (MNJ) telah menemui dua pelampung yang disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine atau syabu yang diikat pada boya di perairan Tanjung Piai, Johor pada kira-kira jam 3.10 pagi tadi.

Kejadian berlaku semasa bot ronda MNJ yang sedang melaksanakan Op Benteng Laut di posisi kira-kira 1.9 batu nautika barat daya Tanjung Piai, Johor. Hasil daripada maklumat risikan yang diterima, pemeriksaan dilakukan dan mendapati terdapat dua pelampung berwarna putih berukuran lebih kurang 35.56 sentimeter setiap satu terikat di boya tersebut. Apabila pelampung tersebut diambil dan diperiksa, didapati terdapat empat bungkus teh Cina seberat lebih kurang 4.10 kilogram dengan purata berat 1.03 kilogram bagi setiap bungkusan.

Empat bungkusan teh Cina tersebut mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu. MNJ percaya ini merupakan taktik baharu penyeludup untuk menyeludup keluar dadah berkenaan ke negara jiran.

Nilai keseluruhan rampasan dadah berkenaan dianggar bernilai RM 225 ribu dengan nilai pasaran semasa di negara ini lebih kurang RM55 ribu bagi setiap kilogram. MNJ akan melakukan siasatan lanjut kes ini bagi menjejaki pihak atau penjenayah yang terlibat dalam pengedaran dadah ini dan dalang jenayah rentas sempadan akan dikenakan tindakan keras.

Maritim Malaysia bersama-sama agensi penguat kuasa lain serius dan bersiapsiaga untuk membanteras segala bentuk jenayah rentas sempadan selaras dengan objektif kawalan sempadan menerusi Op Benteng Laut bagi mengekang kemasukan COVID-19 melalui jalan laut.

== Kementerian Dalam Negeri (KDN)
== Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
 
Top
Log in Register