hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,126
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,126
- Reaction score
- 1,333
- Points
- 201
Maritim Malaysia halang, usir 2 bot PATI di perairan Langkawi
KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memaklumkan bahawa dua bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) telah dihalang dan diusir dari perairan Langkawi, Kedah, berhampiran Pulau Rebak semalam.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata tindakan tersebut dilakukan setelah bantuan kecemasan, termasuk makanan dan minuman, diberikan kepada kumpulan PATI etnik Rohingya dari Myanmar yang didapati dalam keadaan lemah dan keletihan.
“Kedua-dua bot tersebut dikesan berada pada jarak dua batu nautika di barat daya Pulau Rebak. Anggaran seramai 300 PATI ditemui dalam keadaan letih, dipercayai akibat perjalanan panjang tanpa bekalan makanan serta minuman mencukupi,” jelas beliau.
Menurutnya, Maritim Malaysia memberi bantuan asas kepada kumpulan tersebut sebelum mengusir kedua-dua bot ke perairan sempadan negara untuk meneruskan perjalanan mereka.
Mohd Rosli turut menjelaskan bahawa Maritim Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan penguat kuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai pergerakan dua bot tersebut, yang dipercayai sebahagian daripada tiga bot yang cuba mendarat di Langkawi.
Beliau turut menasihatkan komuniti maritim untuk segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Penyelamat Maritim Langkawi (MRSC) di talian 04-9662750 atau 011-58925868.
Artikel Buletin tv3