Mari Kita KPI, PM Kita - Dato'Seri Najib Razak

CG Sponsors




CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111



KPI = Key Performance Indicators, melayu = Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ialah salah satu kaedah bagi mengukur prestasi perkhidmatan.

Oleh sebab majoriti rakyat jelata, khasnya pengundi, tidak akan faham secukupnya mengenai aspek teknikal KPI, maka saya rasa kaedah paling asas yang akan mereka lakukan ialah dengan mengukur sama ada kehidupan mereka lebih baik atau lebih buruk di bawah kepemimpinan Mohd Najib.

Mohd Najib sendiri meletakkan beberapa prasyarat sebagai tapak pentadbiran beliau. Yang paling utama adalah konsep Satu Malaysia di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Jadi rakyat jelata boleh memulakan proses mengKPIkan PM dengan bertanya soalan-soalan seperti berikut. Saya katakan “seperti” kerana ada banyak lagi soalan yang boleh ditanya mengikut pengalaman dan aspirasi setiap individu:-

Sebelum tu..

Result Cgrian
1. Mokhaini = 0/11
2. Norfazli = 0/11
3.
4.
5.
6.
7.
 
Last edited:
Sponsored Post

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
Soalan Survey

1. Adakah anda berasa Malaysia lebih berSATU sekarang daripada sebelum Mohd Najib memperkenalkan 1Malaysia?

2. Adakah anda berasa rakyat didahulukan oleh PM dan jentera pentadbiran beliau? dan

3. Adakah anda berasa kebajikan rakyat semakin baik kerana pencapaian jentera pentadbiran semakin meningkat?

Kalau soalan-soalan di atas masih kabur, abstrak atau konseptual, rakyat jelata boleh bertanya (dan menjawab) soalan-soalan yang lebih faktual seperti:-

4. Adakah anda berasa lebih mesra atau kurang mesra dengan sesama rakyat jelata yang berlainan agama dan bangsa?

5. Adakah anda berasa lebih selamat dan terhindar daripada menjadi mangsa jenayah?

6. Adakah anda menjadi lebih senang atau susah akibat pergerakan harga barangan dan perkhidmatan?

7. Adakah pendapatan anda meningkat atau berkurangan?

8. Adakah lebih mudah atau lebih susah untuk mendapat pekerjaan?

9. Adakah lebih mudah atau lebih susah mendapatkan tempat di IPT serta bantuan kewangan untuk anak-anak anda?

10. Adakah lebih mudah atau susah mendapat lesen perniagaan, bantuan modal daripada agensi awam dan sistem perbankan serta bayaran daripada kerajaan? dan

11. Adalah persekitaran ditempat anda lebih bersih atau lebih kotor daripada sebelum Mohd Najib menjadi PM?
 
Last edited:

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
Bagi Mohd Najib pula, peluang terbaik mengotakan apa yang dikata ialah dengan mengambil tindakan dan menghukum secara terbuka (supaya semua orang nampak) si penipu dan si pemalas yang mempersendakan perakaunan awam seperti yang didedahkan baru-baru ini oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya.

Saya sendiri sudah bosan dengan janji manis dan sikap sambil lewa pemerintah terhadap pendedahan Ketua Audit Negara tahun demi tahun.


Bagi kita rakyat jelata, inilah peluang dan cara paling mudah mengKPIkan PM kerana dia sendiri sudah berjanji secara terang dan terbuka yang dia akan bertindak tegas terhadap laporan itu.

Kita lihat berapa cepat, berapa orang dan berapa tegas hukuman yang akan dikenakan ke atas penipu dan pemalas yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara itu.

Ini bukan setakat soal rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Tetapi ini soal duit cukai dan hasil yang kita bayar kepada kerajaan.

Kalau pegawai kerajaan yang korup “songlap” duit kita, mereka wajib dihukum. Kalau PM enggan hukum mereka kerana takut disabotaj atau hilang undi, kita sebagai pembayar cukai dan pengundi akan hukum beliau apabila masanya sampai.

Inilah kontrak demokrasi. Rakyat pilih pemimpin. Rakyat bayar cukai dan tanggung hutang untuk bayar gaji pemimpin.

Tugas pemimpin buat kebaikan. Bila dia buat kebaikan, dia tidak perlu disanjung, dipuji dan diberi bermacam anugerah. Itu kewajipan dia.

Tetapi kalau dia buat kesilapan – dia songlap kita -- kita wajib ingatkan dia sebab kita tidak pilih dan bayar gaji dia untuk buat keburukan.

Ingat, kita pilih (undi) pemimpin. Kita tak undi dan tak pilih laki atau bini, anak atau menantu, suku sakat atau sahabat mereka.
 
Last edited:

mokhaini

Active+ Member
Joined
Sep 24, 2009
Messages
3,094
Reaction score
13
Points
25
bellum boleh index lagi ..... tak nampak apa apa lagi sekarang ni .....
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
13,987
Reaction score
201
Points
133
Mana KPI dia, Sukun buat ke dia buat sendiri????
 

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
Soalan ada 1-11

Anda diminta menjawab soalan.. Terima kasih CGrian semua..


:)cgrock:)cgrock
 

GrandTurismo

Active Member
Joined
Sep 15, 2009
Messages
1,597
Reaction score
2
Points
25
kureng...rosmon lebih menonjol dari najab...apa sudah jadi???? :-?:-?:-?
 

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
kureng...rosmon lebih menonjol dari najab...apa sudah jadi???? :-?:-?:-?
Ini Soalan dia, Jawab semua or salah satu..Terima kasih :D

Soalan Survey

1. Adakah anda berasa Malaysia lebih berSATU sekarang daripada sebelum Mohd Najib memperkenalkan 1Malaysia?

2. Adakah anda berasa rakyat didahulukan oleh PM dan jentera pentadbiran beliau? dan

3. Adakah anda berasa kebajikan rakyat semakin baik kerana pencapaian jentera pentadbiran semakin meningkat?

Kalau soalan-soalan di atas masih kabur, abstrak atau konseptual, rakyat jelata boleh bertanya (dan menjawab) soalan-soalan yang lebih faktual seperti:-

4. Adakah anda berasa lebih mesra atau kurang mesra dengan sesama rakyat jelata yang berlainan agama dan bangsa?

5. Adakah anda berasa lebih selamat dan terhindar daripada menjadi mangsa jenayah?

6. Adakah anda menjadi lebih senang atau susah akibat pergerakan harga barangan dan perkhidmatan?

7. Adakah pendapatan anda meningkat atau berkurangan?

8. Adakah lebih mudah atau lebih susah untuk mendapat pekerjaan?

9. Adakah lebih mudah atau lebih susah mendapatkan tempat di IPT serta bantuan kewangan untuk anak-anak anda?

10. Adakah lebih mudah atau susah mendapat lesen perniagaan, bantuan modal daripada agensi awam dan sistem perbankan serta bayaran daripada kerajaan? dan

11. Adalah persekitaran ditempat anda lebih bersih atau lebih kotor daripada sebelum Mohd Najib menjadi PM?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register