Mari Bantu Anak2 Yatim

CG Sponsors




ketamnakal

Fun Poster
Joined
Apr 28, 2008
Messages
185
Reaction score
6
Points
15
Dikirim ke emel saya, kini saya sampaikan di sini untutk tatapan & perhatian kita semua.

Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah
http://www.nurhikmah.org.my

Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Seperti tahun-tahun yang lepas Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan menaja pakaian seragam sekolah dan keperluan-keperluan lain untuk sesi persekolahan 2009 yang akan menjelang tidak lama lagi.

Pada tahun ini pihak Yayasan akan menaja 200 orang anak-anak yatim, miskin & terbiar dari 6 buah rumah jagaan seperti berikut :

1. Rumah Jagaan Nurhikmah , Kajang, Selangor 40 org
2. Asrama Nurul Iman, Manjoi, Perak 30 org
3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, KL 55 org
4. Asrama Qanaah, Tmn Greenwood, Gombak,KL 20 org
5. Pondok Penyayang Raudah , Bt 11, Gombak 30 org
6. Pusat Jagaan Sri Sabah , Kuala Lumpur 25 0rg

Jumlah keseluruhan ialah 200 org.

Anggaran kos bagi setiap anak ialah RM100.00

Jumlah yang diperlukan ialah RM20,000.00 (Dua puloh ribu)

Sehubungan dengan itu kami merayu bantuan dari orang ramai dan badan-badan korporat serta NGO untuk membantu kami mengumpul dana untuk tujuan tersebut.

Terdapat tiga cara untuk menyumbang untuk program ini :

1.Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U ke dalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email [email protected]

ATAU

2. Sumbangan melalui cek / money order atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH 564306010610 (Maybank) dan diposkan ke alamat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

ATAU

3. Menghubungi kami di talian 03-87332411 (waktu pejabat) atau 012-2968649 (En. Fadzil) jika anda ingin membawa anak-anak tersebut pergi membeli-belah keperluan persekolahan mereka.

Keperihatinan anda sangat-sangat kami hargai dan kami sanjung tinggi. Sekian terima kasih.
 
Last edited:
Sponsored Post

ketamnakal

Fun Poster
Joined
Apr 28, 2008
Messages
185
Reaction score
6
Points
15
Keutamaan Memelihara Anak Yatim

Keutamaan memelihara anak yatim

1. Menjadi teman Rasulullah SAW di syurga

2. Dihindarkan dari musibah

3. Menjadikan rizqi berkah dan bertambah

4. Diberikan jalan keluar dari permasalahannya

5. Dimudahkan urusan-urusannya

6. Menimbulkan sifat lemah lembut dan kasih sayang

7. Sebagai jalan menuju husnul khatimah

Rujuk ke laman sini : www.nurhikmah. org.my
 
Last edited:

ketamnakal

Fun Poster
Joined
Apr 28, 2008
Messages
185
Reaction score
6
Points
15
Pembinaan Kompleks Nurhikmah

Pembinaan Kompleks Nurhikmah

Yayasan Pembangunan Nurhikmah akan melancarkan tabung khas bagi membina sebuah kompleks anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di suatu kawasan yang akan dikenalpasti.

Projek ini dijangka menelan belanja RM2.7 juta akan terdiri dari 3 blok bangunan kediaman dan aktiviti.

Kepada para dermawan yang ingin turut serta didalam projek ini sila email terus ke [email protected]



Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah
http://www.nurhikmah.org.my
 

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
ade x kadar minima utk derma nih?
 

ketamnakal

Fun Poster
Joined
Apr 28, 2008
Messages
185
Reaction score
6
Points
15
Derma RM1, 1 Juta Orang, 1 Bulan dapatkah kita

Salam. Saya tak tahu sebab cut & paste dari emel
dikirimkan kepada ku. Kalau kirim via maybank2u
tekan ajalah berapa nombor suka, tulis money
order pos atau cek tu ada mungkin syarat dia.

Pertanyaan boleh emelkan ke [email protected]
atau waktu bekerja telefon mereka ditalian
03-87332411 (waktu pejabat) atau
012-2968649 (En. Fadzil).

Pernah tonton dulu mula2 Bersamamu TV3 mereka
bawa Rosyam Nor jadi duta bicara. Rosyam kata
kalau 1 orang saja Rakyat Malaysia derma
1 Ringgit Malaysia, setiap bulan kalau
1 Juta Rakyat Malaysia derma tiap seorang
1 Ringgit Malaysia, sudah tentu setiap
bulan tabung Bersamamu TV3 ada 1 Juta
Ringgit Malaysia.

Berapa jutakah Rakyat Malaysia yang sudi
menderma?

Hal yang sama pernah ku baca dalam sebuah
laman web membela nasib kebajikan orang
Palestin saudara kita. Dicadangkan tiap rumah
buat satu tabung khusus kumpul duit lebih
belanja dari ahli keluarga. Jadi bulan2 boleh
salurkan ke tabung atau jawatankuasa derma.

Pernah juga kat mana tak ingat ada kata
RM1 tu diterima dan tak salah derma,
tapi zaman sekarang apa yang dapat kita
buat dengan RM1 semata2?
 

ketamnakal

Fun Poster
Joined
Apr 28, 2008
Messages
185
Reaction score
6
Points
15
Salam. Kalau nak tahu alamat dan senarai anak2 yatim
di tempat lain, klik siggy saya di bawah yang di atas
masjidtokguru punya link.

Tiada siapa desak dan paksa kita nak derma,
dengar degup hati dan bisik di kepala. Nak
derma kita derma. Nak cela kita cela.

Kalau nak derma kita berusaha. Ada duit pecah
kita malas nak simpan nanti bersepah-sepah
kita kumpul dan jadikan ia sedekah. 1 Ringgit
Malaysia kita tak terasa ada atau dia tiada.
Masih lagi kita ada ratus2 ribu2 juta2.

Kalau ada nak cela, dipersilakan mencela.
Dah kata Nabi, apa yang ada dalam
perut dia itulah diinfaqkannya.

Saya bukan dari Yayasan Nurhikmah, sama ada
pekerja, ahli keluarga atau dia punya
pengarah. Saya sebagai muslim terasa
ada pegang amanah untuk sampaikan
benda2 yang berfaedah.
Renungkanlah...
 

Cuppy Cakes

Legendary Member
Joined
Sep 16, 2008
Messages
12,140
Reaction score
35
Points
120
Salam. Kalau nak tahu alamat dan senarai anak2 yatim
di tempat lain, klik siggy saya di bawah yang di atas
masjidtokguru punya link.

Tiada siapa desak dan paksa kita nak derma,
dengar degup hati dan bisik di kepala. Nak
derma kita derma. Nak cela kita cela.

Kalau nak derma kita berusaha. Ada duit pecah
kita malas nak simpan nanti bersepah-sepah
kita kumpul dan jadikan ia sedekah. 1 Ringgit
Malaysia kita tak terasa ada atau dia tiada.
Masih lagi kita ada ratus2 ribu2 juta2.

Kalau ada nak cela, dipersilakan mencela.
Dah kata Nabi, apa yang ada dalam
perut dia itulah diinfaqkannya.

Saya bukan dari Yayasan Nurhikmah, sama ada
pekerja, ahli keluarga atau dia punya
pengarah. Saya sebagai muslim terasa
ada pegang amanah untuk sampaikan
benda2 yang berfaedah.
Renungkanlah...
setuju dgn statement bro ni..
marilah warga2 cg kt menderma..
amar makruf...
insya'allah...
 

ketamnakal

Fun Poster
Joined
Apr 28, 2008
Messages
185
Reaction score
6
Points
15
Pengertian Yatim dan Kewajipan Kita Terhadap Anak Yatim

Salam. Dikutip dari emel berkenaan Yayasan Nurhikmah,
mudah-mudahan beri kefahaman dan faedah.

Ulama telah mentakrifkan anak yatim sebagai: “Apabila seorang kanak-kanak kematian bapanya sama ada lelaki atau perempuan yang belum baligh, maka mereka digelar yatim”. Kebanyakan ulama berpendapat kanak-kanak yang kematian bapa sahaja yang digelar yatim. Ini kerana keperluan mereka kepada bapa di dalam menyediakan makan minum, tempat tinggal dan sebagainya ini merujuk kepada peranan dan tanggungjawab seorang ayah.

Istilah yatim piatu pula tidak ada dalam kamus Arab melainkan ia terdapat dalam kamus perbualan masyarakat Melayu. Panggilan serta kelebihan yang diperolehi oleh anak-anak yatim ialah selagi mana mereka belum mencapai umur baligh. Ibn Ruslan pernah berkata: “Apabila anak yatim itu sampai kepada umur baligh yang diketahui umum (umur pada adatnya baligh) maka tidak boleh lagi digelar dengan nama ‘yatim’”.

Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).

Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga. Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.

Kelebihan ini diperoleh sama ada dengan melindungi anak yatim dengan hartanya atau pun dengan harta anak yatim yang ditinggalkan melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik. Dalam sepotong athar daripada Abi Umamah berkata : “Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah baginya pahala atas setiap helai rambut yang disentuhnya.”

Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”

Allah s.w.t. memberi amaran yang keras ke atas orang-orang yang merosakkan harta anak-anak yatim dengan mencampuradukkan harta mereka dengan harta anak yatim. Firman Allah yang bermaksud: Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar. ( al-Nisa’: 2)

Dalam ayat-ayat yang lain Allah mengecam perbuatan memakan harta anak yatim tanpa hak. Antaranya, firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka sedang memenuhkan perut mereka dengan memakan api neraka dan tempat kembali mereka ialah neraka. (al-Nisa’: 10)

Maksud firman Allah lagi:Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya. (Dhuha: 9-10) Maksudnya: Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim… (al-Maun: 1-2)Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, Maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, nescaya dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (halal). (al-Israk: 34) Apabila turun ayat ini sahabat yang di rumahnya ada anak yatim mula mengasingkan makanan mereka daripada makanan yang lebih baik bagi anak-anak yatim. Kadang-kadang makan yang diasingkan itu menjadi basi dan rosak. Maka turunlah ayat 220 surah al-Baqarah itu tadi.Anak-anak yatim adalah amanah Allah s.w.t., orang yang dipertanggungjawabk an menjaga kebajikan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan seadil-adilnya. Mereka telah dijanjikan limpah kurnia di dunia dan balasan syurga dan mendampingi baginda di syurga kelak.

Masyarakat awam juga mempunyai tanggungjawab sosial ke atas mereka dengan menghulurkan bantuan demi meringankan bebanan rumah anak- anak yatim yang kadang-kadang mengharapkan bantuan dari orang ramai. Masih banyak lagi rumah anak yatim yang serba daif menantikan bantuan dan perhatian orang ramai.

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar. Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Rumah-rumah tersebut ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah Kajang dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah Gombak, Kuala Lumpur. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga sedang dalam proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui http://www.maybank2u.com.my/ke dalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email [email protected].



YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon / Fax : 03-87332411
Laman web : www.nurhikmah.org.my
EMAIL : [email protected]
 
Sponsored Post
Top
Log in Register