Marah tidurnya diganggu, lelaki bunuh ibu sendiri

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,226
Reaction score
3,177
Points
201
KUALA LUMPUR: Berang dikejutkan daripada tidur, seorang lelaki tergamak memukul ibu kandungnya hingga mati, dalam kejadian dekat Jinjang Utara di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam pada Jumaat lalu, ketika mangsa berusia 70-an itu, pulang ke rumah sebelum mendapati anak lelakinya itu sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, berkata mangsa masuk ke bilik suspek sebelum mengejutkan anaknya itu yang sedang tidur.

"Usaha warga emas itu mengejut anaknya mencetuskan pergaduhan sebelum mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek keras sebelum didapati tidak sedarkan diri.

"Sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada anak saudara mangsa yang mengatakan ibu saudaranya didera.

"Anggota polis yang tiba di lokasi menemui seorang wanita dalam keadaan kaku di sofa. Pemeriksaan mendapati mangsa cedera di tangan, mata selain kesan darah di kedua-dua kaki serta luka di kepala," katanya.

Shanmugamoorthy Chinniah berkata, susulan kejadian itu, polis menahan suspek yang juga anak lelaki mangsa.

"Saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis ganja dan heroin.

"Suspek kini ditahan reman sehingga 15 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya.

 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
20,530
Reaction score
1,526
Points
206
pukul ibu sampai mati?

den raso elok mamat tu pun dibeduk sampai mati
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,427
Reaction score
670
Points
121
1/3 rakyat Malaysia ada masalah mental. Golongan ini agaknya.
 

lordie

Fun Poster
Joined
Jul 30, 2008
Messages
560
Reaction score
4
Points
15
pergh... ada lagi org pekena heroin zaman 2020 ni....
selalunya anak muda akan ke arah dadah jenis sintetik
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
6,963
Reaction score
1,364
Points
151
Org tak main heroin lg
Leceh cucuk2
Main ice ice baby jer
 
Sponsored Post
Top
Log in Register