gambate
Permanently Banned - Multiple ID
- Joined
- Nov 9, 2007
- Messages
- 6,761
- Reaction score
- 101
- Points
- 73
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa borang permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah habis.
Ketua Pengarah Hal Ehwal Korporat Mara, Hasni Sulaiman berkata, hakikatnya, borang permohonan kemasukan ke MRSM sudah tidak lagi dikeluarkan setelah permohonannya dibuka pada 21 Julai sehingga 1 Ogos lalu.
''Justeru, tidak timbul soal kehabisan borang permohonan kerana kami kini sudah berada di peringkat akhir pemilihan calon ke MRSM,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kekecewaan sesetengah ibu bapa yang gagal mendapatkan borang permohonan ke MRSM atas alasan ia telah kehabisan.
Hasni menambah, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi membuat hebahan berkenaan pengedaran borang tersebut.
''Kami turut membuat hebahan melalui media bagi memastikan semua masyarakat peka terhadap tarikh permohonan dan pengedaran borang itu,'' katanya.
Mengulas lanjut, Hasni berkata, permohonan kemasukan ke MRSM perlu dilakukan sebelum peperiksaan PMR bermula setiap tahun dan bukannya selepas peperiksaan itu berakhir.
''Sebaik sahaja peperiksaan PMR berakhir, kami akan teruskan dengan peringkat kedua dengan para pemohon akan diminta mengambil Ujian Kecenderungan ke MRSM (UKKM),'' katanya.
haha..mmg laa nak amik borang camne..MARA ni die kannyer nak advertise secara serius..sbb apa?..sbb nak bg kroni laa masuk MRSM..