Maqlubah semakin diminati

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
JOHOR BAHRU 25 Jan. – Malaysia bukan sahaja terkenal dengan keunikan budaya masyarakatnya yang berbilang kaum tetapi turut menjadi sebutan sebagai destinasi makanan oleh para pelancong.

Baik makanan tradisional mahupun masakan Barat yang telah diubah suai mengikut cita rasa tempatan, semuanya boleh didapati di seluruh negara.

Antara makanan yang menjadi kegemaran masyarakat pelbagai kaum ialah nasi kandar, nasi lemak, nasi dagang, roti canai, nasi kerabu dan pelbagai kuih-muih tradisional.

Semua makanan tersebut sememangnya dikenali umum, namun mesti ramai yang terpinga-pinga jika ditanya tentang maqlubah atau nasi Jordan kerana ia merupakan sejenis makanan yang bukan berasal dari Malaysia.

Maqlubah merupakan makanan yang hampir sama seperti nasi beriani secara luarannya, namun kedua-duanya berbeza dari segi ramuan, rasa dan cara penyediaannya.

Maqlubah merupakan sejenis masakan yang didatangkan khas dari Jordan dan merupakan makanan yang disediakan pada musim perayaan atau majlis kebesaran.

Pengusaha maqlubah, Zuliana Yusof, 34, berkata, ia merupakan sejenis makanan khusus untuk masyarakat di bahagian Asia Barat.

Menurutnya, apa yang membezakan antara maqlubah dan nasi beriani adalah rempah yang digunakan yang didatangkan khas dari Jordan.

Katanya, rempah berkenaan akan dibeli terus dari Jordan melalui kenalannya di sana dalam kuantiti yang besar bagi memenuhi permintaan pelanggan untuk beberapa bulan.

Katanya, rempah khas itu dibeli dengan harga RM320 bagi 40 kilogram.

“Rempah tersebut memang tidak terdapat di Malaysia dan ia hanya boleh diperoleh dari negara tersebut.

“Kita sudah cuba mencari rempah berkenaan di seluruh negara, tetapi kebanyakan peniaga rempah tidak mengetahui apakah jenis bahan yang digunakan,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa ditemui di kedainya di Kampung Melayu Majidee, di sini baru-baru ini.

Zuliana berkata, kebiasaannya maqlubah dihidangkan bersama daging kambing atau ayam dan juga dalca serta sayur.

Katanya, penyediaan maqlubah amat mudah kerana ia hanya menggunakan campuran rempah khas dan beberapa rempah lain yang terdapat di negara ini.

“Kesemua rempah itu akan diadun sebelum dicampur dengan air rebusan kambing atau ayam. Kesemua bahan itu akan dicampur bersama beras untuk dimasak.

“Bagi memastikan makanan yang dihidangkan itu berkualiti, kami hanya akan menggunakan bahan bermutu tinggi agar rasanya kekal sama setiap masa,” katanya.

Zuliana memberitahu, setakat ini sambutan terhadap maqlubah sangat menggalakkan kerana ia merupakan sejenis makanan baru yang mempunyai keunikan rasa tersendiri dan berbeza daripada makanan lain.

Setelah lebih dua tahun menjalankan perniagaan itu, menurutnya, sepanjang bulan puasa lalu dia menyediakan sekurang-kurangnya tiga ekor kambing dan 80 ekor ayam setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Selain rasanya yang unik, hidangan ini juga dijual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu kira-kira RM7 bagi satu hidangan,” katanya.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

ZULIANA Yusof menunjukkan nasi Jordan ayam dan kambing di kedainya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, baru-baru ini.

Nampak sedap nieeeeee :)
 

ejalmlk

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 8, 2008
Messages
10,501
Reaction score
43
Points
120

ZULIANA Yusof menunjukkan nasi Jordan ayam dan kambing di kedainya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, baru-baru ini.

Nampak sedap nieeeeee :)
:(:)(( Berselera plak aku pagi2 nieeee
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
:(:)(( Berselera plak aku pagi2 nieeee
aku punnnnn...tapi makan bariani othman belakang mattop....tak sodap pun...mattopppppppppp awat la hang tutup awai tadi :(:)(:)(:)((
 

hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
wahhh... nampak sedapp... kt mana ni...
 

satriahitam

Active+ Member
Joined
Oct 15, 2008
Messages
4,503
Reaction score
59
Points
30
dulu kat opis aku slalu aku makan maqlubah nie... mmg sedap.... adr sorang opismate aku org Iraq, bini dia slalu buatkan utk satu opis... bebetul punya masakan org sana... takder lauk pun tak per... nasi dia jer dah sedap dah, penuh rasa rempah
 

oohisee

Fun Poster
Joined
Jan 7, 2010
Messages
581
Reaction score
0
Points
10
nampak sedap jer..:D
mesti rempah dia rasa lain..
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,484
Reaction score
4,242
Points
196
bagi aku Maqlubah biasa jer macam nasi beriani.

Cuma yg specialnya lauk yg dibakar garing dan sosnya ... nyum..nyum
 
Sponsored Post
Top
Log in Register