MAQIS rampas 1,347 kg keluaran pertanian

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,856
Reaction score
217
Points
33
rampas_1611287943.jpg


RANTAU PANJANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan merampas 1,347 kilogram (kg) keluaran pertanian bernilai RM9,124 atas kesalahan tidak mempunyai permit import sah dan tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan pihaknya.

Pengarah MAQIS Negeri Kelantan, Roslan Che At, berkata rampasan itu membabitkan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti cili padi, lengkuas, pisang, ubi keledek dan daun limau purut yang dibawa masuk dari Thailand ke Malaysia.

Katanya, rampasan itu hasil dua jam Operasi Pematuhan Import Pertanian yang dijalankan pihak MAQIS di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, kelmarin.

"Turut ditahan, tiga lori yang membawa dagangan sayur-sayuran dan buah-buahan di atas pelbagai kesalahan," katanya.

Beliau berkata, satu kesalahan dikesan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) iaitu perbuatan mengimport ubi keledek dan daun limau purut tanpa suatu permit sah dikeluarkan oleh MAQIS.

"Dua kesalahan lain di bawah Seksyen 15(1) yang membabitkan dagangan cili padi, pisang dan lengkuas dengan tidak mematuhi syarat permit import yang ditetapkan dengan tidak mematuhi pematuhan Penggredan, Pembungkusan dan Perlabelan (3P)," katanya.

Roslan berkata, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya .

"Pihak kami memandang serius kesalahan ini kerana walaupun segelintir daripada pengimport sudah dikenakan tindakan sebelum ini, masih ada berdegil dan seolah-olah tidak takut dengan tindakan undang-undang dikenakan," katanya.


== bharian
 
Top
Log in Register