manusia boleh bekerja kerana Allah dan mencari kemewahan dunia

CG Sponsors




underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,482
Reaction score
4,241
Points
196
Firman Allah S.W.T.:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku."


Berdasarkan zahir ayat ini dapatlah kita fahami, kita dilahirkan di dunia ini bukanlah untuk bekerja.

Seandainya tidak bekerja, kita masih dapat makan dan minum untuk meneruskan kehidupan.

Ibadat lebih penting dari bekerja

Contoh yang kita boleh lihat adalah ahli sufi. Hidup mereka seharian dipenuhi dengan berpuasa dan malam pula beribadat.

Bilakah masa mereka ini mereka mencari rezeki ?:-?



Kita Hidup Untuk Makan .... bukan Makan untuk Hidup

Sejak kita kecil telah didik untuk bersekolah dan belajar untuk kemudahan mendapat pekerjaan.

Dah Habis belajar dpt ijazah dan sebagainya, kemudian bekerja.

Kemudian berkahwin dan melahirkan anak, dalam hal ini suami isteri turut berkerja. :eek:

Kemudian bila si anak sudah dewasa, ibu dan bapa dah pencen.. Kata mereka, inilah masa untuk beribadat.

Begitulah Alkisahnya.

So, dlm hal ini,

Hidup kita 95% hanya dipenuhi dgn bekerja, dan bilakah ruang itu dipenuhi dengan beribadat.... :)paid
 
Last edited:
Sponsored Post

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,482
Reaction score
4,241
Points
196
mana satu yg betul nie...

Ibadat adalah Bekerja

atau

Pekerjaan adalah Ibadat
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,886
Reaction score
8,265
Points
716
BeKerja pun dikira ibadat jugak (tapi syarat beserta niat bekerja kerana Allah Ta'ala) :D

so....jom la kita sama2 bekerja..untuk kurga kita :) :">
 

hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
semua perkara yg kita buat hatta buang air pun kalau mula dgn bismillah dan niat kerana Dia adalah ibadat dan beroleh pahala, betul x..

pekerjaan yg dibuat dgn niat mencari rezeki yg HALAL kerana Allah pun ibadat juga...

ayat yg sepatutnya ialah kita x boleh meletakkan pekerjaan dan ibadat berasingan, apatah lg letakkan pekerjaan sebagai priority dan lebih penting dari ibadat....


tp kalau berbalik pd tajuk thread tt, ya, manusia boleh hidup tanpa bekerja, bak kata pepatah "ulat dlm batu pun bleh hidup what"..

tp sy percaya kalau lebih baik guna nasihat "bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1000 thn lagi dan beribadatlah kamu seperti akan mati hari esk"...

anyway thankx tt kerana saling mengingatkan....
 

buffet2

Active Member
Joined
Jul 30, 2008
Messages
1,249
Reaction score
29
Points
40
sebenarnya boleh hidup tanpa bekerja...
sb ramai yg tak tau mcm mana caranya pastu lak utk elakkan fitnah manusia...
skrg ni kita semua ada nafsu sb tu kita kerja...
nak beli mcm2 nak gi sana sini melancong dan sbgnya...
sapa yg nak hidup tanpa bekerja rajin2 la bertanya kpd yg tahu ayat di bawah ni:

kenal diri
kenal Allah
kenal Tuhan
binasalah diri...

barulah bergelar MUKMIN....

cari jgn tak cari...

kalau tak cari nanti tak jumpa jalan pulang...:)
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,071
Reaction score
70
Points
80
” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.”

(Surah Al-Jumu’ah:10)


.....manusia juga hendaklah mencari rezeki....
 

akuslamberjer

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
ada betulnya..tetapi Rasulullah s.a.w pun bekerja sebelum diangkat menjadi Rasul..

Setiap amal perbuatan bergantung pada Niat..jika niat kita mencari rezeki untuk keluarga kerana Allah pun kira ibadat..Bekerja n bagi duit pada orang tua wat gi haji umrah pun jadi ibadat..duit dapat sedekah pun jadi ibadat..

Ibadat dan bekerja tidak sepatutnya bertentangan..ia seharusnya selari..

Dalam Islam pun bukan cerita soal ibadat saja..ada muamalat..ada hukum jenayah..ada hukum kekeluargaan..tu semua terangkum dalam ibadah jika kena caranya..yang penting ada ilmu n tahu bagaimana menjadikannya ibadah..

Pekerjaan harus berada dibawah takluk ibadat insyaAllah selamat..

just my 2 Lira..
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,071
Reaction score
70
Points
80
Ini adalah ayat perintah dari Allah s.w.t supaya kita tidak duduk diam mengharapkan rezeki semata tetapi bertebaran mencari rezeki Allah yang Allah telah letakkan di segenap penjuru dunia.Allah PERINTAH KITA BEKERJA TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN PEKERJAAN ITU BAGI REZEKI PADA KITA.

Rezeki datang dari Allah s.w.t.Rezeki bukan datang dari pekerjaan kita.Begitu juga makan.Kekenyangan datang dari Allah dan bukan datang dari apa yang kita makan.Ada orang yang makan 2-3 pinggan nasi tapi masih tidak kenyang-kenyang.Ada yang hanya makan 3 biji kurma dan seteguk air tetapi Allah beri dia kenyang.Jadi kenapa aku makan?Baik aku duduk diam sahaja dan harap Allah bagi aku kenyang.Tidaklah perlu aku bersusah-payah memasak atau pergi ke kedai mamak untuk membeli makanan.Tidak payahlah aku bersusah-payah mengunyah dan menelan
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,071
Reaction score
70
Points
80
Jadi apa perlunya bekerja?Baik aku duduk goyang kaki menunggu rezeki datang dari Allah.Rezeki aku sudah ditetapkan oleh Allah.Jadi apa perlu aku risau.Baik aku duduk di masjid atau pergi berdakwah sahaja tanpa bekerja.Rezeki aku sudah tertulis di Lauh Mahfuz.Jadi kerja atau tidak tak penting.Lebih baik aku tidak payah belajar di sekolah dan hanya tanam anggur sahaja di rumah.Nanti rezeki datang dari langit atau datang ke riba aku.

INI JUGA ADALAH YAKIN YANG SALAH.

Sebenarnya kita bekerja kerana ia adalah PERINTAH DARI ALLAH S.W.T.Kita bekerja bukan kerana ia adalah sumber rezeki atau ia adalah tujuan hidup kita,tetapi ia adalah PERINTAH Allah Azza Wa Jalla.Firman Allah s.w.t:

” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.”

(Surah Al-Jumu’ah:10)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register