BTC USD 26,747.8 Gold USD 1,960.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mansuhkan Syarat Ekuiti Bumiputera?

abahmu

Legendary Member
gem
Messages
17,952
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
126
Points
123
Mansuh ekuiti bumiputera - MCA

Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan keyakinan unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

Tiong Lai menambah, sudah tiba masanya merit atau daya saing sesuatu syarikat itu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.

Beliau juga menyarankan agar penekanan diberikan terhadap aspek mewujudkan kerjasama yang jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.

Katanya, syarat pemilikan 30 peratus ekuiti dalam syarikat senaraian awam hanya menjadi halangan dalam mewujudkan satu bentuk kerjasama yang sedemikian rupa.

“Apa yang penting adalah kerjasama jitu tanpa kira peratusan (ekuiti bumiputera),” katanya.

Beliau bagaimanapun pada masa yang sama mengakui kerajaan telah banyak bertolak ansur dalam isu pemilikan ekuiti sebelum ini.

“Saya rasa memang banyak langkah telah diambil seperti dalam bidang perkilangan, 100 peratus ekuiti untuk semua pihak untuk memastikan pertumbuhan dalam sektor perkilangan,” katanya.

p/s apa komen2 pencacai umno?? umno jgk menjadi Boneka MCA ke?? :)):)):))

klu pembangkang yg cakap mcm ni sure akan berlaku perarakan besar2an mcm kes uitm tu :)):))
 
Last edited:
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591

nasib baik tak double post

najib tentu setuju punya...tengok ler 2-3 hari nanti komen dia

tanpa MCA siapa le umno dalam be end
 
rising_spirit

Active Member
Messages
1,456
Joined
May 24, 2008
Messages
1,456
Reaction score
1
Points
25
sebenarnya, kalau bebetul nak maju dan bersaing secara global, memang kita takleh nafikan dah, zaman dah berubah. kalau DEB dikekalkan, akibatnya bangsa dan negara kita juga akan ketinggalan. tu hakikatnya kita kena terima.

jangan terikut ikut dgn laungan "ketuanan melayu dan hak hak melayu" sekiranya dibumi kita ni sendiri hidup susah. sedangkan kalau kita bukak mata, lihat orang melayu kat australia, kat UK dan US......mereka lebih maju dan senang daripada hidup kita disini malaysia....negara tersebut takder pun berikan mereka hak melayu atau ketuanan melayu....mereka berusaha sendiri dan dgn dasar kerajaan yg terbuka, akhirmya bangsa melayu kiat jauh lebih maju dan berjaya.

hakikatnya di negara kita, pemimpin UNMO gunakan sentimen perkauman semata mata melangsungkan jangka hayat kedudukan mereka.

apa yang perlu ialah jika DEB dihapuskan, kerajaan mestilah sediakan satu platform ekonomi yang lebih mesra rakyat dan mudah dikecapi oleh rakyat malaysia, sediakan persekitaran ekonomi yg boleh diceburi dgn lebih mudah, polisi polisi yg akan menaikkan taraf hidup rakyat. contohnya menyediakan ruang perniagaan yg murah, pinjaman bank yg lebih mudah dan interest yg rendah, menyediakan khidmat dan panduan berniaga, membantu mencari pasaran untuk rakyat dan lain lain lagik.
 
yinbyungheon

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,821
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
nasib baik tak double post

najib tentu setuju punya...tengok ler 2-3 hari nanti komen dia

tanpa MCA siapa le umno dalam be end

pak lah jadi puppet kj...najib pulak jadi puppet MCA...semua kerana kuasaaaa!!! umno kene ingat, dah xde seko pon pemimpin umno yg nak pertahankan hak melayu lagi dah...semua pertahankan kedudukan diri sendiri...kan ke bagus kalo krajaan jaga betul betul melayu, ni tak jage kroni jee...akhirnye negara tergadai...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register