BTC USD 65,138.8 Gold USD 1,783.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Manik, labuci di hujung jari seorang pemuda

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Cikgu Sobri tekun menyiapkan tempahan daripada masyarakat setempat.

image.jpg

Pelbagai corak bunga dijahit Cikgu Sobri.

Jika dahulu, kelihatan wanita dan si gadis begitu tekun menjahit manik. Tampak manis dan ayu apabila jari-jemari rancak mencucuk manik dan kain berselang-seli di serambi rumah.

Kini minat seni sulaman manik dan labuci kian melarat kepada golongan Adam yang semakin ramai menceburi bidang jahitan sebagai profesion mereka. Apatah lagi, permintaan terhadap pakaian dihiasi manik itu kini mendapat tempat di hati pelanggan. Bagi Mohd Sobri Mohd Rosdi, 27, dia antara insan cukup bertuah kerana dikurniakan ALLAH dengan bakat jahitan. Sebut saja jenis jahitan yang diinginkan seperti jahitan manik dan labuci pada blaus, tudung, kraf tangan dan jubah, pasti si jejaka ini tidak akan menghampakan pelanggannya.

Jika mahukan baju kurung, baju kebaya, baju Melayu dan apa saja jenis pakaian tradisional pula, dia mampu menjahitnya tanpa banyak soal. Biarpun terpaksa berdepan dengan kekangan masa, namun itu semua bukan halangan. Itulah hebat dan istimewanya Mohd Sobri atau lebih dikenali Cikgu Sobri.

Beliau yang kini mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Jitra, Kedah, berkata, penglibatannya dalam dunia jahitan bukanlah perkara pelik. Bahkan beliau berbangga dapat merancakkan lagi bidang berkenaan di samping akan wujudnya persaingan tanpa henti.

Bagi Cikgu Sobri, wanita memang memonopoli bidang jahitan, namun jika ada antara lelaki yang miliki bakat terpendam, jangan malu-malu untuk serlahkan walaupun ia dilihat lebih menjurus aktiviti kewanitaan.

“Jangan ambil kisah dengan pandangan orang. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting kita ceburi bidang ini kerana bakat dan kemahiran.

“Malah percubaan terjun ke dunia ini mendatangkan kejayaan berganda kerana ramai kalangan pelanggan mengatakan hasil kerja tangan lelaki jauh lebih halus dari perempuan," katanya bersungguh-sungguh.


Sambung belajar

Di sebalik kesibukan tugas Cikgu Sobri di sekolah, namun dunia jahitan tetap menjadi sebahagian daripada hidupnya. Biarpun hanya hobi, beliau seolah-olah tidak keruan jika tidak menjahit manik dan labuci dalam sehari.

“Pulang dari sekolah sekitar jam 3.30 petang setiap hari, saya segera persiapkan diri dengan mandi, solat, rehat sebentar dan menikmati hidangan makan petang. Selepas itu, saya terus capai kain yang memerlukan jahitan
manik dan labuci padanya.

“Pada waktu malam pula, saya peruntukkan masa untuk siapkan segala tugasan sekolah merangkumi semakan buku pelajar dan belajar. Selebihnya, saya sambung balik tempahan jahitan yang diterima itu. Biarpun tak cukup tidur, yang penting hati puas," ujarnya.

Apa yang seronoknya, cerita Cikgu Sobri, tempahan bukan hanya kalangan rakan dan orang kampung sebaliknya guru dan pelajar juga inginkan hasil kerja tangannya.

“Ada juga yang tidak percaya saya mampu jahit manik dan labuci dalam pelbagai rekaan. Mereka betul-betul terkejut. Kata mereka, saya tak macam tukang jahit pun,“ katanya sambil ketawa kecil perihal pelajar kesayangan.

Cikgu Sobri beritahu, minat dalam bidang sulaman manik dan labuci itu mula tercetus ketika bersekolah di SMK Pulau Nyior, Jitra.

“Ketika itu, saya dan emak, Che Asmah Mehat, kerap kali singgah ke butik yang menawarkan pakaian ditaburi manik dan labuci. Apabila ditanya akan harganya, terkejut bukan kepalang kerana nilainya yang terlalu mahal walaupun paten manik tu simple saja.

“Kata si penjual kedai itu, untuk menjimatkan kos boleh buat tempahan sulaman manik dan labuci pada pakaian yang dibawa. Namun harganya lebih kurang sama dengan pakaian yang sudah siap dihiasi manik tersebut,“ kata Cikgu Sobri.

Memandangkan harganya yang mahal, beliau begitu terkilan kerana gagal menghadiahkan baju ditaburi hiasan manik pada ibunya. Jadi, dia nekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan berusaha gigih untuk capai apa yang dihajatinya itu.

Tamat belajar sekolah menengah, Cikgu Fauziah Muanam mencadangkan beliau untuk mengikuti Diploma Seni Reka Tekstil di UiTM, Kelantan bagi menggilap bakat jahitan.

Berakhirnya diploma, Cikgu Sobri sambung pula ke peringkat ijazah di UiTM Shah Alam dalam jurusan Seni Reka Tekstil dan Fesyen. Di sini, dia banyak belajar mengenal manik, labuci, batu dan beberapa jenis teknik sulaman manik dan labuci daripada pensyarahnya, Rosita Jaafar.


Tempa kejayaan

Cikgu Sobri akui, pembelajarannya banyak ke arah dunia jahitan. Namun dia tidak kisah kerana itulah yang dia inginkan apatah lagi azamnya untuk menghadiahkan baju pada ibu tercinta masih belum tercapai lagi.

Beberapa tahun menimba ilmu dalam sulaman manik dan labuci, akhirnya tamatlah pengajian Sobri dengan jayanya.

“Perkara pertama yang saya buat sesudah tamat belajar adalah menjahit sulaman manik dan labuci pada baju yang ingin dihadiahkan pada ibu. Beberapa hari juga masa yang diambil untuk menyiapkannya. Maklumlah 'orang baru' berkecimpung dalam jahitan.

“Apabila siap, saya bawa pulang ke rumah dan beri pada emak. Dia tergamam dan terus peluk saya kerana rasa terharu," ujarnya kepada penulis sambil mengimbau kenangan lalu.

Cikgu Sobri melahirkan rasa gembiranya kerana hobi jahitan manik dan labuci kian mendapat sambutan kalangan orang ramai. Setiap hari, ada sahaja tempahan yang diterima dan dia benar-benar bersyukur dengan apa yang dilalui kini.

“Setakat ini hasil kerja tangan saya sudah sampai ke seluruh Malaysia. Kejayaan ini adalah hasil usaha saya bersama keluarga mempromosikan melalui facebook, blog dan juga khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Mengenai idea rekaan jahitan manik dan labuci pula, saya rujuk dalam buku dan Internet yang kemudiannya diubah suai mengikut kreativiti sendiri,“ ujarnya yang berimpian mahu menghasilkan sulaman manik dan labuci pada pakaian selebriti Datuk Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan jika berpeluang.

Buat pembaca Sinar Harian yang ingin belajar sulaman manik dan labuci bersama Cikgu Sobri, boleh layari facebooknya Manik Sri Dhia dan juga blog http://sobriirosdi.blogspot.com



sumber:http://www.sinarharian.com.my/rencana/manik-labuci-di-hujung-jari-1.82283
 
Sponsored Post

malayleaks

Active Member
Joined
Jan 1, 2011
Messages
2,418
Reaction score
14
Points
25
Bukan senang tuh nak jahit labuci.Memang perlukan kesabaran yang amat,tambah2 jahitan tangan.Tak hairan laa kalau fesyen labuci nie satu masa dahulu kelihatan anggun dan dipakai oleh artis2 dan direka oleh pereka2 (kononnya terkenal laa sangat-padahal pembantu yang jahit) yang mencecah ribuan ringgit.
 

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
untunglah sape jadi bini cikgu ni...tak yah nak gi tempah, kalau beli yang dah siap pun leh tahan gak mahalnya.
 

nscid

Fun Poster
Joined
Oct 29, 2010
Messages
672
Reaction score
0
Points
10
mahal la price jahit labuci pasni sebab dah masuk paper
 

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
27,576
Reaction score
162
Points
128
Mcm tak berapa kemas sbb kain tu jadik berkedut kat belakang sulaman tu
 

karchis

Active Member
Joined
Oct 26, 2010
Messages
2,386
Reaction score
19
Points
25
adik aku pndai buat benda ni..sbb dier tukang jahit...hehehe...
 

zaiza

Fun Poster
Joined
Dec 31, 2010
Messages
463
Reaction score
0
Points
10
patutla la terer..diploma & degree dlm fesyen..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register