BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Manifesto atau New Boyz?

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg



Kemenangan kumpulan Manifesto dalam program realiti, Versus musim kedua baru-baru ini ternyata memberi kelebihan buat vokalisnya, Tomok dalam mempelbagaikan karier nyanyiannya.

Dalam pertandingan itu, Manifesto telah mengalahkan kumpulan Kyoto Protocol menerusi pusingan battle sekali gus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.

Menurut Tomok, dalam masa terdekat ini Manifesto bakal tampil dengan single pertama berjudul Manifesto yang dibawa pada pentas akhir pertandingan tersebut.

"Alhamdulillah, kami gembira dengan kemenangan itu. Saya amat berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap muzik kami.

"Memandangkan rakyat Malaysia telah berikan platform yang baik buat Manifesto, Insya-ALLAH, dalam masa yang terdekat ini kami akan tampil dengan single baru ini dan teruskan perjuangan kami dalam membawa muzik yang tersendiri," katanya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, itulah yang boleh digambarkan mengenai pencapaian vokalis Manifesto ini yang jugapernah bergelar juara bagi program One In A Million (OIAM) musim kedua.

"Mungkin ini rezeki saya dalam bidang nyanyian yang saya sendiri tidak pernah menjangkakannya. Apa yang saya boleh katakan, selagi termampu saya akan lakukannya dengan baik," jelasnya.

Tunggu masa sesuai

Walaupun kemenangan kali ini memberi semangat baru buat dirinya, Tomok bagaimanapun memberitahu perjuangan bersama New Boyz tidak akan dilupakan. Menurut Tomok, beberapa perancangan telah dilakukan untuk New Boyz dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

"New Boyz adalah penampilan pertama saya dalam industri muzik tempatan dan sudah tentu saya tidak akan melupakannya.

"Sebelum terlibat dengan Versus lagi kami ada buat perancangan untuk buat 'comeback' dalam memberi nafas baru terhadap lagu-lagu lama kami. Cuma buat masa sekarang kami belum ada masa untuk lakukannya," jelasnya.

Menyentuh mengenai genre berbeza yang dibawa menerusi Manifesto dan New Boyz, Tomok akui tidak memiliki sebarang masalah dalam mengendalikan dua kumpulan tersebut.

"Saya akui muzik Manifesto dan New Boyz jauh berbeza tapi saya selesa dengan kedua-duanya. Bagi saya ini adalah satu kelebihan di mana peminat saya boleh membuat pilihan untuk mengikuti karier nyanyian saya," ujarnya.
 
Dua2 pun x syok
 
versus ni silap die kt tv9 plak..kurang promosi..klo kt astro, tv3 mesti ramai follow
 
lebih sesuai park kat section selebriti n artis aku rasa.

aku lebih suka tomok dgn manifesto. tomok masa dgn new boyz tu mat jiwang karat boleh la layan. kalu tomok stay dgn band manifesto skrg.. dorang pasti akan pegi lebih jauh.
 
asal jaga diri.. boleh bertahan lama...
 
Back
Top
Log in Register