BTC USD 65,473.7 Gold USD 2,311.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa tayar lori melantun masuk ICU, parah di kepala

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,355
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,355
Reaction score
4,707
Points
266
Awards
1
tyr-lori-melantun.jpeg


PETALING JAYA – Lelaki yang tersepit setelah kenderaannya remuk dihempap tayar lori di Jalan Tuanku Abdul Halim, kelmarin, mengalami kecederaan parah di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Supt Suffian Abdullah berkata, mangsa, 31, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, seorang lagi lelaki yang terlibat di dalam kemalangan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala siasatan awal mendapati dua buah tayar milik sebuah lori tercabut dan melantun ke laluan bertentangan.

Difahamkan, pemandu lori sedang memandu dari arah Rawang menghala ke Sungai Besi.

“Siasatan mendapati tayar lori yang tercabut terkena pada dua buah kenderaan iaitu sebuah Proton Iriz dan sebuah Proton Saga.

“Bagaimanapun, kereta Proton Iriz yang dipandu dari arah Jalan Mahameru menghala ke Jalan Duta tidak sempat mengelak dan telah terlanggar tayar tersebut seterusnya terbabas di kiri jalan.

“Pemandu Proton Saga pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Suffian, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjara tidak lebih 12 bulan, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, sebuah video tular di laman TikTok yang memaparkan sebuah Proton Iriz remuk dihempap tayar lori.

Menerusi klip video berdurasi satu minit sembilan saat itu, bahagian bumbung kenderaan didapati remuk manakala cermin hadapannya pecah dipercayai terkena lantunan tayar lori. – KOSMO! ONLINE

 
Back
Top
Log in Register