BTC USD 49,157.2 Gold USD 1,778.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa sindiket dadah selamat pulang

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno berjaya membawa pulang seorang pesakit mental, P Jeyakumar, 37, yang ditahan pihak berkuasa Argentina selepas diperalatkan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Khairun Aseh, berkata kejayaan itu hasil kerjasama biro itu dengan Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Argentina.

“Beliau ditahan di Buenos Aires pada 20 Jun lalu dan tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Brazil. Dia dikatakan mahu ke Brazil bagi mengambil dadah.

“Oleh itu, kita meminta Kementerian Kesihatan dan Jabatan Imigresen berkongsi maklumat bagi memastikan pesakit mental tidak dapat meloloskan diri ke luar negara kerana diperalat sindiket dadah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sebelum ini, Kedutaan Malaysia ke Argentina memohon bantuan rakyat negara ini atau mana-mana pihak membiayai kos membawa pulang Jeyakumar yang terkandas di negara itu sejak Jun lalu selepas terpedaya dengan sindiket penyeludupan dadah.

Mangsa berasal dari Johor Bahru, ditinggalkan di lapangan terbang di Buenos Aires, sebelum diselamatkan. kakitangan kedutaan dan mendapat perlindungan Kedutaan Malaysia di Buenos Aires.

Khairun berkata, perkongsian maklumat itu penting bagi memastikan pemberian pasport antarabangsa kepada pesakit mental berdaftar dapat diperketatkan, untuk mengelak ia dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, adik mangsa, Chitra Devi, 33, berkata keluarganya berterima kasih kepada Pemuda Umno dan kerajaan kerana menyelamatkan Jeyakumar daripada sebarang tindakan pihak berkuasa Argentina.

“Abang saya tidak tinggal bersama kami selepas dua kakak kami meninggal dunia dalam tempoh tidak sampai dua bulan. Beliau kemudian tinggal bersama-sama dengan seorang rakan.

“Pada mulanya beliau sering pulang ke rumah kami di Cheras, sebelum memberitahu akan ke luar negara untuk bekerja. Beliau memberitahu kawannya menawarkan pekerjaan kepadanya,” katanya.

Jeyakumar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam, turut hadiri pada sidang media itu dan kelihatan keletihan.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register