BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa samun disuntik dadah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori bukan sahaja menjadi mangsa samun, malah lebih malang, dia turut disuntik dengan cecair dipercayai dadah jenis morfin sebanyak enam suntikan sebelum ditinggalkan dalam keadaan bingung dan khayal di tepi jalan di Felda Cerul, Kemaman, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, mangsa, 29, memandu lori bersendirian dengan muatan penuh besi buruk dan surat khabar lama dari Kuantan menghala ke Felda Cerul, Kemaman, sebelum terserempak dengan empat lelaki tidak dikenali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memberhentikan lorinya selepas ditahan keempat-empat suspek, yang mana salah seorang daripada mereka dikenali.

“Bagaimanapun, sejurus memberhentikan lori, salah seorang daripada suspek telah meluru ke arah mangsa lalu menyuntik dengan cecair dipercayai dadah, bertujuan melemahkannya sebelum melarikan lori berkenaan.

“Mangsa yang dalam keadaan khayal dan bingung itu ditinggalkan di tepi jalan sebelum diselamatkan oleh salah seorang pemandu lori yang melalui kawasan itu yang kemudian membawanya ke Balai Polis Air Putih untuk membuat laporan,” katanya semalam.

Menurut Manoharan, mangsa menerima rawatan di Hospital Kemaman dan doktor mengesahkan terdapat enam kesan suntikan di kedua-dua lengan mangsa.

Akibat kejadian itu, mangsa menanggung kerugian kira-kira RM62,000 termasuk sebuah lori yang penuh muatan dan barang berharga miliknya iaitu dua telefon bimbit dan wang tunai RM1,000.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti kesemua suspek berusia antara 30 hingga 40-an dengan salah seorang daripada mereka dikenali mangsa kerana pernah menjalankan urus niaga jual beli besi buruk sebelum ini.

“Kita sudah mengenal pasti identiti suspek yang dipercayai penagih dadah dan hanya menunggu masa untuk menangkap mereka. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/mangsa-samun-disuntik-dadah-1.163004
 
Last edited:
bahaya tuu.... injection tu bersih ke tak? harap2 tak kena jangkitan.
 
jgn dia guna picagari mat pit sudaaa..
 
addeehhh ..

dah samun tuh .. samun jer ler ..


yg nak suntik bagai tuh apa kejadahnya ..


nyusahkan org betui ler penyamun tarbus tuh ..



#:-S#:-S#:-S​
 
ni mat pet mana la ni
nak nyusahkan org la ni
kalau org tu jadi aids ke atau penagih tegar lg ssh
mungkin org tu pun dh bersih tapi kwn dia jaki
 
sampai 6kali kena bazir je..mahal tu morfin
 
4 org bawak lari 62k x berbaloi langsung,last2 kena tangkap gak.
 
Back
Top
Log in Register