Mangsa puja tiga ‘syaitan’

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
UALA LUMPUR: Hujung rambutnya dibakar, matanya ditutup menggunakan pita pelekat putih manakala sebilah parang diletakkan di belakang. Itulah pengalaman ngeri lebih dua jam terpaksa dilalui seorang remaja belasan tahun yang dijadikan ‘korban pemujaan’ sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali sebelum diperkosa beramai-ramai, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, gadis terbabit bukan saja dijadikan alat pemujaan aneh berkenaan, sebaliknya dia juga dirogol secara bergilir-gilir kumpulan terbabit di kawasan semak berhampiran Taman Layang Layang, Taman Metropolitan Kepong dekat sini, selepas upacara berkenaan tamat.

Difahamkan, remaja malang berusia 19 tahun itu diserahkan kepada kumpulan lelaki terbabit oleh dua rakan baiknya sebagai korban dipercayai untuk dijadikan alat pemujaan ataupun pelengkap kepada upacara aneh itu selepas memperdaya mangsa untuk mengikuti mereka.

Menurut sumber, mangsa yang baru selesai bekerja di Subang Jaya, dekat sini, dijemput seorang lelaki dan wanita berusia 20-an iaitu rakan baiknya sebelum dibawa ke satu tempat gelap beberapa kilometer dari tempat kerjanya.

“Seorang daripada rakannya mengarahkan mangsa turun dari kereta sebelum memukulnya sehingga pengsan. Mata mangsa ditutup menggunakan pita pelekat putih manakala tangannya diikat.

“Mangsa dibawa ke satu kawasan semak dan diserahkan kepada tiga lelaki warga tempatan yang menunggu remaja terbabit di tempat berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa yang tersedar selepas beberapa ketika sempat mendengar kedua-dua rakannya itu berbincang dengan kumpulan terbabit mengenai penyerahannya kepada mereka.

Dia yang ketakutan berusaha melepaskan diri, namun gagal.

Sumber berkata, mangsa dibawa ke dalam semak dan seorang daripada suspek membakar hujung rambutnya sebagai tanda remaja itu diserahkan kepada kumpulan terbabit sebagai korban.

Difahamkan, kedua-dua rakan baiknya itu meninggalkan mangsa kepada kumpulan terbabit selepas selesai membakar hujung rambut.

“Dalam keadaan matanya tertutup, mangsa diugut mendiamkan diri. Kumpulan terbabit meletakkan sebilah parang di belakang mangsa yang dibaringkan.

“Selepas beberapa ketika, mangsa dirogol bergilir-gilir ketiga-tiga lelaki itu. Rayuan mangsa supaya dibebaskan tidak diendahkan, sebaliknya dia dirogol hampir dua jam,” katanya.

Selepas kumpulan terbabit selesai melampiaskan nafsu mereka, seorang daripada suspek menghantar mangsa ke jalan utama.

Difahamkan, dia juga diugut kumpulan terbabit supaya merahsiakan kejadian berkenaan dan mendakwa akan mencarinya semula jika menghebahkan kepada keluarga mahupun membuat laporan polis.

Selepas beberapa jam menunggu, mangsa berjaya menahan sebuah kenderaan. Bagaimanapun, pemilik kenderaan terbabit yang dalam perjalanan pulang ke Ampang menurunkan mangsa di Ampang Point, dekat sini.

Mangsa kemudian menghubungi rakannya supaya menjemputnya di kawasan berkenaan.

Sumber berkata, beberapa minit kemudian, rakannya tiba dan membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang, untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan sehingga kini belum ada tangkapan dibuat,” katanya.
 
Sponsored Post

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,037
Reaction score
228
Points
133
mudah sangat percaya..hurm
 

renxu

Super Active Member
Joined
Aug 6, 2008
Messages
6,634
Reaction score
213
Points
73
masalahnya kawan baik die yg wat dajal..
 

mimie813

Super Active Member
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,534
Reaction score
290
Points
81
sape yg suh percaya kat setan.....
mengong sungguh
 

mrafif

Active+ Member
Joined
Apr 28, 2006
Messages
2,868
Reaction score
12
Points
25
ish.. zaman2 maju ni pon dok ade lagi mangkuk ayun mcm ni..
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
kan da kene kekah
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
ntah dok puja syaitan tu gimik ja

yang btoi nya nak rogol ja tu...........
 
Sponsored Post
Top
Log in Register