BTC USD 76,804.1 Gold USD 2,685.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa Melecur Terbaring Tepi Jalan, 3 Kilang Bahan Kimia Terbakar Di Gelang Patah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,748
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,748
Reaction score
6,956
Points
916
Awards
1
10.10.2024 - Tiga unit kilang di Kawasan Perindustrian SILC dekat Iskandar Puteri dekat Gelang Patah, Johor terbakar dan berlaku beberapa letupan pada Khamis. Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Khas Untuk Penyandang (KUP), Mohamad Anuar Mohamad Amdzah, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara berkenaan pada pukul 11.33 pagi.
1728550653633.png

"Enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) melibatkan Iskandar Puteri, Larkin, Skudai, Pekan Nenas, Pontian Baharu dan Sebana Cove terlibat bagi memadamkan kebakaran di kawasan tersebut. Sebaik menerima panggilan tersebut pasukan keluaran operasi (PKO), melibatkan tiga jentera fire rescue tender, dua unit jentera perkhidmatan penyelamatan, perawatan, kecemasan, satu unit jentera foam tender, satu water tanker 20,000 liter, satu pacuan empat roda Hilux dan satu jentera compact fire rescue tenders (CFRT), dari kesemua BBP berkenaan dihantar ke lokasi.Setibanya PKO ke lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang seperti yang dilaporkan. PKO kemudiannya bertindak membuat pemadaman di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Mohd Faiz Suleiman berkata, satu daripada kilang itu dipercayai ada menyimpan bahan kimia dan menyebabkan letupan.

“Terdapat tiga unit kilang yang terbakar. Salah satunya ada penyimpanan bahan kimia termasuk ‘thinner’. Memang ada letupan berlaku, tetapi tiada kecederaan kepada anggota kita,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa video dan gambar memaparkan keadaan di kawasan tersebut. Orang awam yang berada di lokasi kejadian juga turut mendakwa beberapa pekerja kilang di kawasan yang terjejas berkemungkinan cedera parah ekoran tular satu video memaparkan dua orang lelaki yang melecur di seluruh anggota badan.

"Ada orang melecur, pekerja melecur. Ya ALLAH, kesiannya, " tulis individu tersebut.

Namun, belum ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini oleh pihak berkuasa.

 
Last edited:
Sponsored Post

Tiga Warga Asing Cedera

10.10.2024 - Tiga warga asing cedera dalam kebakaran membabitkan tiga kilang di Kawasan Perindustrian SILC di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 11.45 pagi. Beliau berkata sebuah daripada kilang berkenaan dipercayai menyimpan bahan kimia termasuk cecair pencair (thinner).

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar 11.30 pagi dan ketiga-tiga warga asing itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal dan maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian. Kumarasan turut menasihati orang awam agar tidak menghampiri kawasan kejadian sebagai langkah menjaga keselamatan, dan tinjauan Bernama mendapati laluan masuk ke kawasan kilang berkenaan telah ditutup oleh pihak berkuasa. Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Penguasa Bomba Kanan (PBK) I Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata 39 anggota digerakkan ke lokasi kejadian membabitkan BBP Larkin, BBP Skudai, BBP Pekan Nenas, BBP Pontian Baru dan BBP Sebana Cove. Terdahulu beberapa video insiden kebakaran itu tular di media sosial, yang memaparkan mangsa mengalami kecederaan.​

1728569523320.png
 
Bomba Siasat Punca Sebenar 4 Gudang Terbakar

10.10.2024 - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengesan punca sebenar kebakaran empat gudang di Taman Perindustrian SILC, di sini, pagi tadi. Timbalan Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya Bomba Muhammad Al-Mustakin Abdul Hady berkata, siasatan awal mendapati kebakaran bukan berpunca dari salah sebuah gudang penyimpanan kimia yang mempunyai thinner itu.

“Keempat-empat gudang ini merupakan gudang penyimpanan yang dimiliki oleh tiga syarikat berlainan dan kita dapati kebakaran bukan bermula dari gudang mempunyai thinner itu. Bagaimanapun, kita akan serahkan kepada pihak forensik untuk menjalankan siasatan sepenuhnya,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan tiga warga asing dipercayai pekerja kilang terbabit mengalami kecederaan akibat kejadian kebakaran kilang pada pagi tadi. Dalam pada itu, Muhammad Al-Mustakin berkata, kebakaran empat gudang di Taman Perindustrian SILC berjaya dikawal sepenuhnya sekitar pukul 1.34 petang tadi. Jelasnya, kebakaran itu setakat ini telah menyebabkan tiga buah gudang musnah sebanyak 80 peratus dan sebuah lagi musnah sebanyak 10 peratus.

“Kami sedang melakukan pemantauan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api kecil yang boleh menyebabkan kebakaran kembali berlaku di lokasi kejadian,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat sembilan pekerja berada di lokasi kejadian ketika kebakaran berlaku termasuk tiga warga asing yang cedera.

“Difahamkan ada berlaku letupan kejadian dan mungkin tiga mangsa ini tidak sempat lari dan selebihnya sempat lari,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, ketiga-tiga mangsa yang cedera berusia 30 hingga 40 tahun menerima rawatan di Zon Merah wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2024/10/10/bomba-siasat-punca-sebenar-4-gudang-terbakar/
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register