BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa Kena Gigit Di Taska - Polis

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836

Mangsa kena gigit di taska - polis​


Oleh BERNAMA -
April 8, 2023 @ 5:55pm
Sebahagian daripada kesan gigitan dialami mangsa - Gambar viral akaun FB ibu mangsa


Sebahagian daripada kesan gigitan dialami mangsa - Gambar viral akaun FB ibu mangsa


PUTRAJAYA: Kecederaan seorang kanak-kanak yang dilaporkan digigit dalam kejadian di sebuah taska dekat sini, adalah selari dengan kesan gigitan kanak-kanak seusia.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata perkara itu disahkan pegawai perubatan selepas mangsa dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat seorang wanita berhubung beberapa kesan gigitan di tangan anaknya ketika dihantar ke taska berkenaan pada 10.26 malam, 5 Januari lalu.

Katanya, susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan semakan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taska tersebut berdaftar dan mempunyai lesen sah.

"Pada mulanya kedua-dua pihak bersetuju untuk tuntutan ganti rugi terhadap kejadian, namun begitu sehingga kini tiada penyelesaian dapat dibuat oleh kedua-dua pihak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular hantaran artikel bergambar yang dimuat naik menerusi akaun Facebook "EL Ameerah" berkaitan kecederaan yang dialami kanak-kanak perempuan berusia satu tahun semasa berada di sebuah taska.

Media turut melaporkan ibu kanak-kanak itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap taska tersebut yang didakwa mengabaikan anaknya yang ditinggalkan bersama beberapa orang kanak-kanak lain di sebuah bilik tanpa pengawasan.

A. Asmadi turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan tidak menularkan artikel tersebut kerana ia boleh mendatangkan ketidakharmonian serta mengganggu siasatan polis. – BERNAMA


BERITA HARIAN
 
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat seorang wanita berhubung beberapa kesan gigitan di tangan anaknya ketika dihantar ke taska berkenaan pada 10.26 malam, 5 Januari lalu.
 

Polis siasat dakwaan kanak-kanak cedera ketika di taska​

08 April 2023 04:27pm

2156525.jpg


Gambar hiasan.


PUTRAJAYA - Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa mengalami kecederaan ketika berada di sebuah taska di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat oleh ibu mangsa pada jam 10.26 malam.

"Wanita berkenaan membuat laporan berkaitan beberapa kesan gigitan di tangan anaknya semasa dihantar ke sebuah taska di Putrajaya.

"Siasatan dibuka dan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan kecederaan selari dengan kesan gigitan kanak-kanak seusia.

"Selain itu, semakan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati taska tersebut berdaftar dan mempunyai lesen yang sah," katanya.

Ujar Asmadi, pada mulanya kedua pihak bersetuju untuk tuntutan ganti rugi terhadap kejadian.

"Bagaimanapun, sehingga kini tiada penyelesaian dapat dibuat oleh kedua-dua pihak," katanya.

Pada Khamis, tular hantaran di Facebook yang dipercayai dimuat naik oleh seorang wanita mendakwa anaknya mengalami kecederaan ketika berada di bawah jagaan sebuah taska di sini.


 
IMG_20230411_055251_033.jpg


"Wanita berkenaan membuat laporan berkaitan beberapa kesan gigitan di tangan anaknya semasa dihantar ke sebuah taska di Putrajaya.

"Siasatan dibuka dan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," kata Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz menerusi kenyataan pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
 
Dia tinggal dlm bilik mcm penjara je
Tanpa pengawasan
aku xslhkan budak2 y gigit..sebb budak2 tu stress kena kurung mcm tu....
depa perlukan persekitran luas, ni duk kurg, budak2 pun stress...

y slh, y lahabau pengusaha tu...
yuran beratus nk rembat, tp kebajikan budak xnk jaga...
 

KPWKM serah kepada polis siasat kes kanak-kanak diabaikan di taska​

09 April 2023 09:49pm

2158072.jpg


Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa mengalami kecederaan ketika berada di sebuah taska pada Rabu.


KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyerahkan kepada polis untuk menyelesaikan siasatan mereka berhubung dakwaan seorang wanita bahawa bayi perempuannya telah diabaikan di sebuah taska baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau dimaklumkan bahawa seorang suspek turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan akan menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak polis.

"Ia (taska) berdaftar. Sebab itu agak mudah untuk kita mengambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Kasih Ramadan KPWKM di sini pada Ahad.

Beliau mengulas isu tular di media sosial yang mendakwa taska terbabit mengabaikan bayi perempuan berusia setahun sebulan itu tanpa sebarang pengawasan di dalam bilik isolasi dan telah menjadi mangsa gigitan kanak-kanak lain.

Semalam, KPWKM dilapor telah memberikan notis peringatan serta mengarahkan taska itu ditutup buat sementara waktu.
Nancy berkata, pihaknya mengambil tanggung jawab bagi memastikan pengusaha taska berdaftar mematuhi syarat-syarat di bawah Akta Taska 1984 bagi memudahkan pengesanan sebarang kes yang berlaku di premis mereka.

"Malah kami sudah mengadakan garis panduan untuk staf-staf dan kita menguatkan lagi syarat-syarat untuk dipatuhi oleh mereka... dari semasa ke semasa, kita akan melihat apa lagi yang kita perlukan untuk kita memperbaiki keadaan di taska-taska,” katanya. - Bernama


 
Kalau tak nak kerja jaga bayi, cari kerja lain – Fazura

PETALING JAYA – Geram dan sakit hati. Demikian luahan perasaan dilontarkan pelakon Nur Fazura berhubung kes penderaan kanak-kanak di taska yang semakin meruncing, sejak akhir-akhir ini.

Pesan Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, pemilik taska perlu berhati perut dan jangan mementingkan keuntungan semata-mata.

“Geram dan sakit hati sebab kebelakangan ini, banyak sangat isu bila ibu bapa hantar anak ke taska tapi, dalam masa singkat, tiga hari atau sebulan, anak-anak cedera kena pukul sampai meninggal dunia apa semua.

“Pesanan untuk semua yang nak bekerja di taska atau nak buka taska dan sebagainya, kalau tak nak jaga anak orang, tak payahlah jaga. Tolonglah.

“Kita dahlah penat melahirkan dan membesarkan anak. Dan, ada di antara kita yang menunggu zuriat bertahun-tahun. Hantar ke taska dua tiga hari, sampai cedera teruk.

“Baru-baru ini (ada kes), sampai tempurung kepala cedera, koma dan ada yang meninggal dunia. Terbaharu, kurung anak-anak kecil di dalam bilik sempit tanpa diberikan makanan dan sebagainya,” katanya menerusi muat naik video dalam TikTok.

Fazura, 40, menasihatkan mereka yang terlibat agar tidak mementingkan diri sendiri dan mendapatkan rezeki dengan cara halal.

“Nak cari rezeki, tolonglah dengan cara yang berkat dan ikhlas. Kalau tak nak kerja jaga bayi, tolonglah cari kerja lain.

“Tak tahulah. Saya memang sangat-sangat kecewa dan sakit hati. Sebagai seorang ibu, memang saya sangat sakit hati.

“Jadi, siapa yang nak jadi pengasuh ke apa, ataupun nak buka taska, tolonglah upah orang-orang yang betul-betul ikhlas,” ujarnya.

Terdahulu, luluh hati seorang ibu bernama ibu El Ameerah apabila anak yang dihantar ke sebuah taska di Putrajaya pulang dengan kesan lebam dan luka di tangan, pipi serta bawah telinga.

Kata El Ameerah, anaknya yang berusia satu tahun itu diletakkan di dalam bilik kosong yang tidak beralas walaupun telah dibekalkan dengan selimut.

Lebih mengejutkan, dia diberitahu pemilik taska bahawa ruangan itu adalah bilik ‘isolasi’ sementara buat kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register