BTC USD 60,356.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa dera: Suami pukul saya, tekan perut guna lutut

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


POH - Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mendakwa menjadi mangsa dera suami hari ini tampil untuk memberi penjelasan berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan penderaan terhadapnya.

Amanda yang hadir di Pejabat MCA Ipoh Timur bersama ibunya Lily Yeoh, 49, dan peguam yang mewakilinya Datuk G. Amajit Singh Gill pada kira-kira pukul 2 petang menceritakan kejadian itu yang turut dimuat naik ke dalam laman facebook miliknya.

Dia yang masih dalam keadaan trauma berkata, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham dengan suaminya pada 23 Ogos lepas.

"Semuanya bermula apabila rakan suami saya mahu menjual minyak wangi berjenama kepada kedai kami, saya tidak suka cadangan itu, saya tidak percayakannya kerana rakan suami saya pernah berhutang RM2,000 sejak dua tahun lepas dan gagal membayarnya.

"Saya takut minyak wangi itu tiruan. Saya berhenti bertengkar kerana perut saya rasa sakit dan saya mahu balik dan berehat dan dia mula bertindak ganas terhadap saya," katanya kepada pemberita.

Amanda berkata, suaminya mengetahui beliau hamil dua bulan, namun tetap memukulnya termasuk menekan perutnya menggunakan lutut, bagaimanapun tidak menggunakan sebarang senjata atau kayu.

Wanita itu berkata, bapanya membuat laporan polis selepas kejadian berlaku manakala dia membuat laporan polis pada 3 September lepas selepas memuat turun rakaman kejadian itu di dalam facebook miliknya pada 30 Ogos untuk diberikan kepada polis untuk membantu siasatan.
Menurutnya, dia yang mendirikan rumah tangga pada 17 Januari lepas mengetahui suaminya itu mempunyai sikap panas baran dan agresif dan pernah dikasari sebelum mereka berkahwin dan beliau sentiasa memaafkannya dan berharap suaminya akan berubah.
Amajit Singh berkata, Amanda merupakan seorang gadis yang berani untuk menceritakan pengalamannya.
"Dia memuat turun video di dalam internet adalah kerana bimbang dengan kejadian itu dan meminta polis menyiasat kes ini dan seterusnya mengambil tindakan," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim melalui khidmat pesanan ringkas berkata kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk tindakan. - Bernama
 
Sponsored Post

miehensem

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
16,202
Reaction score
1,775
Points
191
ini suami sudah gila.. pasal perfume nak masuk kedai pun gadoh2 laki bini ke??

ke kawan dia ada simpan apa2 rahsia apek ni kot..
 

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
jenis laki panas baran...sikit2 nak belasah isteri.
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
*Mode Munafik ala UMNO : On*

Apasal ada kes macam ni je nak report parti politik?

Kenapa mesti report MCA?
 

rey1988

Super Active Member
Paid Membership
Joined
Mar 25, 2011
Messages
6,258
Reaction score
14
Points
65
adoi.. itu je ke prob sbnr die?belasah istri cm nk belasah peragut
 

watakutama

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2007
Messages
5,899
Reaction score
19
Points
65
perempuan tu pun teruk...melawan tak habis2..yg aku nampak laki tu lebih kepada control suruh diam....
 

Lady_Moonlite

Active+ Member
Joined
Sep 22, 2007
Messages
3,566
Reaction score
2
Points
25
cian, baru je kawin dah kena mcm nie...

tp bagusla, dia tetap memaafkan suaminya...
 

Jess.Malik

Active+ Member
Joined
Aug 18, 2011
Messages
3,110
Reaction score
151
Points
38
Perlu bukak minda dan jangan tuduh melulu..adakah mungkin perempuan tersebut sengaja menimbulkan provokasi kerana mereka merupakan bisnes partner.

Mesti ada sebab dan jika sebab itu tidak munasabah maka perlu dihakimi dengan seadil2nya...

kekadang perempuan sengaja buat lebih2 je..dia mesti tau pasal cctv tu...sebab tu dia buat lebih2 ker???mana tau???
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register