AMICO66
Super Active Member
- Joined
- May 5, 2008
- Messages
- 9,630
- Reaction score
- 258
- Points
- 91
[email protected]
SUNGAI PETANI - Dua beradik termasuk salah seorang daripadanya gadis lembam mendakwa menjadi mangsa dera oleh teman lelaki ibu mereka sejak beberapa bulan lalu.
Lebih menyedihkan gadis lembam, Suraini Mohd. Shuib, 16, dan adiknya, Nurul Fatin Nabila, 6, didera di depan mata ibu mereka, Normah Hamid, 46.
Ibu kepada dua beradik tersebut pula mendakwa dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana turut dibelasah oleh teman lelakinya berusia 36 tahun dan dikenali kira-kira 10 bulan lalu itu.
Semua kejadian dera itu berlaku di rumah tiga beranak tersebut di Kampung Baru, Bakar Arang di sini. Dalam kes terbaru Isnin lalu, Suraini cedera di bahagian matanya akibat ditumbuk selepas dia didakwa tidak tahu menanam sayur.
Adiknya pula cedera di paha dan belakang badan akibat dirotan selepas dia tidak fasih berbahasa Inggeris. Namun, setelah terlalu kerap menjadi mangsa dera sejak kebelakangan ini, tiga beranak itu yang sudah tidak tahan lagi telah membuat laporan polis.
Ekoran itu, polis telah menahan seorang pengawal keselamatan untuk membantu dalam siasatan kes tersebut.
Nah haih...Apa punya sengal ibu macam ni? :-?:-?:-? awat la yang dok merela sangat sampai anak sendiri pun kena dera? :">:">:">