BTC USD 88,182.2 Gold USD 3,011.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa bunuh disahkan Pengurus Jabatan Advokasi Ikram

Yg ni pun mcm alim
Pakai kopiah tp kene dakwa rogol plak

dunia da tebalik hehe
Lobai da liberal
1615518696463.png
 
Sponsored Post

Suspek bunuh Nik Khatijah disambung reman

arjunaidi233_1615876704.jpg


Kuala Lumpur: Suspek utama kes pembunuhan Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM Malaysia, Nik Khatijah Nik Mud, 32, disambung reman selama enam hari sehingga Jumaat ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, reman pertama terhadap lelaki berkenaan tamat pada Ahad lalu.

"Ia (sambung reman) bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum ia dibawa untuk proses pendakwaan di mahkamah.

"Suspek itu tamat reman, Ahad lalu dan pada hari sama kita memohon reman disambung yang akan berakhir Jumaat ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis menahan suspek berusia 57 tahun itu bagi membantu siasatan kes bunuh mangsa yang ditemukan mati dengan kesan jerut pada lehernya di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang jam 8 pagi pada 8 Mac lalu.

Lelaki itu ditahan di sekitar Kajang, jam 8.45 malam pada hari sama.

Nik Khatijah adalah bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan berkhidmat di Ibu Pejabat IKRAM sejak 2013.

 
Suspek kes bunuh pengurus Advokasi IKRAM dituduh di mahkamah
#malaysiagazette #mahkamah

Suspek kes bunuh pengurus Advokasi IKRAM dituduh di mahkamah


19 March 2021

MGF_19032021_MAHKAMAH-KAJANG_00-1.jpg

Seorang suspek bunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM hadir untuk didakwa di Mahkamah Kajang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 MAC 2021.


KAJANG – Suspek kes bunuh pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM pada 8 Mac lepas dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk pertuduhan hari ini.
Lelaki berusia 57 tahun itu tiba pukul 9 pagi tadi dengan menaiki kenderaan polis jenis Proton Persona.




Suspek hadir memakai baju kemeja warna putih sambil di tangannya memegang beg berisi ubat-ubatan dengan tangan bergari.
Suspek akan dituduh hari ini kerana didakwa menyebabkan kematian Nik Khatijah Nik Mud, 32.
Mangsa ditemui meninggal dunia dengan kesan jerut pada leher di sebuah rumah di Taman Pelangi, Jalan Reko di sini.



Nik Khatijah, 32, adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat dengan Ibu Pejabat IKRAM sejak 2013 sebagai Eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.
Polis membuka kertas siasatan terhadap kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh. – MalaysiaGazette


 
"Suspek hadir memakai baju kemeja warna putih sambil di tangannya memegang beg berisi ubat-ubatan dengan tangan bergari."

Wah sakit rupanya... waktu bunuh orang tu bawa ubat sekali jugak ka?

Pakcik ni tak de penyakit pun,dan2 la media highlightkn nk ckp mcm dia mental...dia dijadikan kambing hitam je..

Mudahnya ckp dia ni ajaran melayu la,sesat la,al arqam la..cuba la kaji selidik dlu Ikram tu ap,Ikhwan Muslimin pn org ckp sesat klw xknl siapa mereka
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register