BTC USD 95,014.9 Gold USD 3,338.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa bunuh disahkan Pengurus Jabatan Advokasi Ikram

Rest in peace
1615273988075.png
 
Sponsored Post

UPDATE] Suspek ditahan polis rakan sekerja Nik Khatijah

Share


Tweet


GAMBAR HIASAN

GAMBAR HIASAN
Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]

Kajang: Lelaki berusia 57 tahun yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia, Nik Khatijah Nik Mud adalah rakan sekerja mangsa.
Sumber memberitahu Harian Metro, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan selepas mayat Nik Khatijah, 32, ditemukan dalam keadaan leher dijerut di rumah sewanya di Taman Bangi, di sini, semalam.

Sumber sama bagaimanapun tidak menjelaskan pembabitan rakan sekerja Nik Khatijah dalam insiden pembunuhan itu.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan. Beri ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan," katanya.
Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan, lelaki terbabit ditahan di sekitar daerah ini jam 8.45 malam tadi.
Menurutnya, suspek direman selama enam hari bermula hari ini hingga 9 Mac ini membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, Harian Metro melaporkan penemuan mayat Nik Khatijah yang ditemukan dalam keadaan lehernya dijerut di bilik ampaian baju di tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu.
Ketika ditemui, mayat Nik Khatijah lengkap berpakaian.
Penemuan mayat itu dilakukan rakan sekerja mangsa yang dilaporkan bertemu pemilik rumah berkenaan untuk mendapatkan kunci rumah selepas mereka gagal mencari atau menghubungi Nik Khatijah.
Rakan Nik Khatijah kemudiannya membuat laporan polis berhubung penemuan mayat berkenaan.
Untuk rekod, kereta milik Nik Khatijah tidak ditemukan di kawasan rumah sebaliknya dijumpai di parkir stesen minyak di Jalan Reko, Sentral 1, di sini, lebih 1 kilometer dari lokasi kejadian.
Nik Khatijah, adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat di Ibu Pejabat Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.
 
Siapa pandu kereta Nik Khatijah?

ikram_1615258197.jpg


Kuala Lumpur: Kereta jenis Nissan Almera milik Pengurus Jabatan Advokasi Ikram, Nik Khatijah Nik Mud yang dibunuh ditemukan di parkir belakang sebuah stesen minyak di Jalan Reko, Sentral 1, di Kajang lebih 1 kilometer (km) daripada lokasi mayatnya ditemui.

Persoalannya, siapakah yang memandu dan meletakkan kenderaan itu di kawasan berkenaan, adakah pembunuh Nik Khatijah?

Sumber memberitahu Harian Metro bahawa, pihak berkuasa sudah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) namun ia (CCTV) tidak fokus ke lokasi kenderaan itu diparkir dan tidak membantu siasatan.

"Polis masih mengesan siapa yang meletakkan kenderaan itu di sini (parkir stesen minyak). Adakah pembunuh? Kita percaya penangkapan individu yang menggunakan kereta mangsa ini dapat merungkai misteri pembunuhan Nik Khatijah," katanya memaklumkan, kereta milik Nik Khatijah itu ditemukan rakan sekerja mangsa.

Katanya, mayat mangsa juga ditemukan rakan sekerja mangsa di rumahnya selepas mereka mencari Nik Khatijah yang dilaporkan hilang dan tidak datang ke pejabat sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

"Rakan sekerja yang bimbang dengan keselamatan Nik Khatijah bertemu pemilik rumah dan meminta kunci premis itu. Usaha mereka itu akhirnya menemukan mayat mangsa di bilik ampaian baju di tingkat bawah rumah teres dua tingkat di Taman Bangi, Jalan Reko. Mayat mangsa ditemukan lengkap berpakaian," katanya.

Dalam perkembangan sama, sumber itu berkata, pasukan siasatan menolak kemungkinan pembunuhan itu berkaitan dengan kes samun.

"Ini kerana komputer riba, beg tangan dan lain-lain barangan berharga mangsa tidak hilang. Malah, rumah (lokasi kejadian pembunuhan) juga tidak dipecah masuk. Tiada langsung tanda pecah masuk. Ini bukan kes samun," katanya.

Ditanya adakah pihaknya menemukan senjata pembunuhan, sumber itu berkata, polis menemukan kabel plug elektrik yang dipercayai digunakan suspek untuk menjerut leher mangsa hingga maut.

"Tiada senjata pembunuhan lain ditemukan di lokasi kejadian. Hanya ada kesan lebam di anggota badan mangsa yang tidak terlalu ketara," katanya.

Katanya, polis masih memburu dan mencari petunjuk yang boleh merungkai kes pembunuhan berkenaan.

Harian Metro semalam melaporkan, mayat Nik Khatijah ditemukan dalam keadaan lehernya dijerut di sebuah rumah Taman Bangi, Jalan Reko.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 jam 9 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan menjumpai mayat dipercayai seorang wanita warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an.

Katanya, hasil pemeriksaan awal pada mayat mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian leher.

"Mayat dipercayai mati lebih daripada 24 jam sebelum ditemukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian," katanya dalam satu kenyataan.

 
Katanya, mayat mangsa juga ditemukan rakan sekerja mangsa di rumahnya selepas mereka mencari Nik Khatijah yang dilaporkan hilang dan tidak datang ke pejabat sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

"Rakan sekerja yang bimbang dengan keselamatan Nik Khatijah bertemu pemilik rumah dan meminta kunci premis itu. Usaha mereka itu akhirnya menemukan mayat mangsa di bilik ampaian baju di tingkat bawah rumah teres dua tingkat di Taman Bangi, Jalan Reko. Mayat mangsa ditemukan lengkap berpakaian," katanya.

Rakan sekerja mangsa ni lelaki ke perempuan? Mungkinkah suspek lelaki 57 tahun yang ditangkap adalah sama dengan rakan sekerja yang pergi mencari mangsa?

Ada beberapa perkara yang aku dok fikir:
1. Rakan sekerja bimbang mangsa tak datang ke pejabat, kemudian cari sampai ke rumah.. berapa hari mangsa tak datang keje? Kalau masih ada rakan sekerja yg jenis macam ni, syukur dia pandai pilih kawan yg baik..
2. Kereta mangsa takde kat rumah, macam mana boleh dapat idea nak minta kunci kat owner rumah? Ikut logik akal, kereta takde, org nye pun mesti takde kat rumah tu..
3. Macam mana rakan sekerja boleh kenal pulak dengan owner rumah untuk dapatkan kunci dan owner rumah boleh bagi plak? Mungkin owner rumah ikut skali sbb tak dinyatakan dalam berita.

Semoga pihak polis dapat tangkap segera pelaku
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register