Mangsa body shaming tuntut ganti rugi lebih RM2 juta

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
831527.jpg


JOHOR BAHRU - Pesuruhjaya Sumpah, Suharnizan Md Sidek yang menjadi mangsa body shaming akan menuntut ganti rugi lebih RM2 juta dalam tuntutan saman terhadap Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera.

Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, sekiranya tiada respons daripada pihak personaliti media sosial itu (influencer) selepas menerima notis tuntutan sivil yang sudah dihantar dan tempohnya tamat pada 28 September ini, saman sivil akan difailkan.

"Sepatutnya sudah sampai (notis tuntutan sivil kepada Eira Aziera). Eira Aziera tidak berjumpa anak guam saya lagi (Suharnizan), kalau beliau berhajat jumpa anak guam saya, perlulah melalui saya.

"Saman belum difailkan lagi, jadi jumlah sebenar belum ditentukan. Tapi dalam notis tuntutan, memang dituntut ganti rugi RM2 juta dan terdapat tuntutan lain juga.

"Tuntutan yang akan dibuat di bawah beberapa cabang Tort termasuk saman malu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, Suharnizan menulis komen 'live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?' menerusi video secara 'live' sebelum dikongsikan rakannya dalam Facebook Eira Aziera.

Eira Aziera membuat satu rakaman video dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat kepada Suharnizan dan menyamakan bentuk tubuh individu tersebut dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya sebelum video berkenaan tular.

Bagaimanapun tindakan personaliti tersebut mendapat kecaman netizen sebelum Eira Aziera tampil sekali lagi dalam sebuah video memohon maaf atas perbuatannya, mendakwa gagal mengawal emosinya dan menjaga tutur kata sehingga menyebabkan ramai pihak rasa tersinggung.

Suharnizan ditemani peguamnya, Mohd Rasheed Hassan kemudian mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini pada 15 September lalu berhubung kes tersebut.

Mohd Rasheed berkata, tindakan tersebut setakat ini hanya kepada Eira Aziera dan tidak melibatkan pihak lain kerana semua makian dan cacian hanya dilakukan influencer berkenaan.

Mengenai akaun Facebook palsu menggunakan nama Suharnizan yang dipercayai masih wujud, beliau berharap, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan kerana laporan polis sudah dibuat dan perkara itu di luar bidang kawalannya.

Ketika ini kata beliau, pihaknya menasihatkan Suharnizan supaya tidak membuat sebarang komen dalam Facebook atau mana-mana media sosial sebaliknya berdiam diri.


== sinar harian
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,213
Reaction score
1,116
Points
201
pasni sape kutuk aku... buncit ke...dark n tall ke... cute ke... siap aku saman korang....
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,720
Reaction score
10,847
Points
1,906
pasni sape kutuk aku... buncit ke...dark n tall ke... cute ke... siap aku saman korang....
hehe tn Niyang, klu tall dark (& handsome), cute tu kiranya memuji tn Niyang, takkan kena saman jugak :D
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,720
Reaction score
10,847
Points
1,906
ada sapa boleh share first vid Eira Aziera yg mengutuk dan bodyshaming tu. thanks in advance
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,908
Reaction score
770
Points
121
ada sapa boleh share first vid Eira Aziera yg mengutuk dan bodyshaming tu. thanks in advance
tak sanggup nak share cek mek... kasaq sungguh kata oghang utagha. Kalo kot bahasa tranung, kasor nattang ni cakak.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,720
Reaction score
10,847
Points
1,906
Hasif Hasan

17 September jam 4:15 PTG ·

CORETAN PEGUAM

Apabila netizen membicarakan mengenali kes body shaming iaitu bermaksud tindakan pelaku untuk memalukan seseorang dengan mengejek atau memberi komen terhadap bentuk dan saiz badan seseorang individu adalah satu perkara yang serius.

Bukan hanya pelaku boleh disaman oleh mangsa dalam tindakan saman sivil, pelaku juga mungkin boleh didakwa atas tuduhan jenayah tetapi pernah berlaku ejekan sebegini membawa perbalahan dan kematian.

Jika kita masih ingat pada tahun 2002, seorang kanak kanak berusia 12 tahun 9 bulan telah menikam anak guru tuisyennya berusia 11 tahun di sebuah rumah di Wangsa Maju kerana dendam.

Dilaporkan mangsa memanggil pelaku dan mengejek dengan cara memanggilnya "Fatty" dan "Stupid".

Laporan post-mortem ke atas mangsa dan mendapati terdapat 20 kecederaan akibat tikaman dan 4 kecederaan akibat tetakan pada tubuh telah membawa kematian mangsa.
Punca kejadian ialah kerana ejek mengejek hingga mencetuskan dendam membara.

Wajar netizen mengambil pengajaran kes yang berlaku bagaimana body shaming, jika tidak dibendung boleh memporak perandakan masyarakat kita.
~Lidah memang tidak bertulang, tapi ia bisa merosak ikatan.
~Mulut dicipta di depan supaya kita tidak membicarakan orang di belakang.
~Tuhan memberikan 1 mulut dan 2 telinga agar manusia bisa lebih mendengarkan nasihat dibandingkan berbicara tanpa guna.


Asiah Abd Jalil
Kes yang Tuan Hasif Hasan ceritakan ni, kes yang wajib dipelajari di law school. Pesalah kanak-kanak tersebut kini dah dewasa. Dipenjarakan di Penjara Kajang di bawah perkenan YDPA.
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,720
Reaction score
10,847
Points
1,906
tak sanggup nak share cek mek... kasaq sungguh kata oghang utagha. Kalo kot bahasa tranung, kasor nattang ni cakak.
oh ya Allah, mesti teruk sangat tu. dahsyatnya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register