BTC USD 60,532.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Mangsa banjir Kuala Selangor meningkat 132 penduduk

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,726
Reaction score
425
Points
91
Mangsa banjir Kuala Selangor meningkat 132 penduduk
FB_IMG_1632265888113.jpg
FB_IMG_1632265890030.jpg

KUALA SELANGOR – Seramai 35 penduduk terpaksa dipindahkan selepas kejadian banjir termenung yang melanda dua buah kampung iaitu Kampung Tanjung Siam dan Kampung Tanjung Buah-Buahan hari ini.

Pemindahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan 132 mangsa banjir di empat buah kampung termasuk Kampung Rantau Panjang dan Kampung Parit Mahang yang telah dipindahkan awal.

Pemangku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Leftenan (PA) Maizura Suradi berkata, kesemua 35 mangsa banjir terbaru itu ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasangan.

“Semua mangsa banjir berkenaan terdiri daripada 14 keluarga termasuk 12 kanak-kanak, lapan warga emas dan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU).

“Lebih 70 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor bersiap siaga selain turut terlibat dalam operasi lain seperti kes ular, musnah sarang serangga atau pokok tumbang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor terus meningkat kepada 101 orang susulan pembukaan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Parit Mahang, Jeram itu yang menempatkan seramai 11 mangsa. -K! ONLINE.

Gambar: APM
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,853
Reaction score
21,826
Points
1,671
Klo kt kampung arwah atok ak banjir tmenung ada rumah sebulan dua baru surut. Masalah perparitan. Tanah gambut. Air banjir jernih je
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register