BTC USD 40,982.0 Gold USD 1,804.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Manfaat Kasihi Haiwan

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101

340371.jpg

TERINGAT kisah jiran di kampung yang setiap hari ‘bersembang’ dengan kucing peliharaannya. Kerancakannya bercakap kadang kala seolah-olah dia dikelilingi beberapa kanak-kanak.

Teman lama pula mengeluh kerana anak kucing yang baru beberapa hari diambil daripada Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) nampak lemah dan tidak lalu makan, tidak tahu rupa-rupanya si kecil mengidamkan ayam rebus.
Bekas rakan sekerja pula pernah mengambil cuti kecemasan untuk membawa kucing kesayangannya yang ‘demam’ berjumpa doktor haiwan.

Bagi yang tidak pernah memiliki atau membela haiwan peliharaan, mungkin tidak tahu kegembiraan yang dirasai pemilik haiwan berkenaan.

Tahukah anda, haiwan peliharaan adalah perangsang emosi positif semula jadi; dengan menghabiskan masa selama 15 hingga 30 minit berjalan di taman bersama kucing atau anjing; atau sekadar melihat ikan berenang, paras hormon berkaitan tekanan akan menjadi rendah.



Pada masa sama, paras hormon serotonin, yang penting untuk kesihatan menyeluruh, pula meningkat.

Kajian pada 1999 yang disiarkan dalam Jurnal Geriatrik Amerika mendapati, warga tua yang tinggal sendirian bertemankan haiwan peliharaan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental lebih baik berbanding individu tanpa haiwan peliharaan. Mereka didapati lebih sihat, aktif dan dapat menangani tekanan dengan lebih baik.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Haiwan peliharaan perlukan banyak aktiviti cergas (sifat semula jadi haiwan) dan antara cara memenuhi keperluan itu ialah dengan membawa haiwan mereka berjalan atau bersenam; atau setidak-tidaknya bermain bersama mereka.

Walaupun dianggap remeh, aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada pemilik haiwan kerana ia secara tidak langsung menggalakkan mereka bersenam biarpun hanya berjalan.

Namun begitu, tahukah anda berjalan adalah senaman paling mudah dan murah tetapi memberi kesan besar terhadap peningkatan tahap kesihatan jika ia dilakukan 20 hingga 30 minit sehari, sekurang-kurangnya empat hingga lima kali seminggu.

Selain meningkatkan tahap kecergasan, ia membantu mengurangkan berat badan dan memudahkan kawalan penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi.

Bagi pesakit kencing manis, penjagaan makanan dan pengambilan ubat saja tidak cukup untuk mengawal penyakit anda. Paras darah lebih mudah diturunkan jika ia disertai senaman. Pada masa sama, senaman boleh membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.

Tidak seperti manusia (termasuk pasangan atau anak sendiri) yang berasa bosan apabila mendengar cerita sama berulang-ulang, haiwan peliharaan sentiasa bersedia menjadi pendengar yang baik kepada cerita, luahan rasa atau masalah anda.

Apatah lagi anda mengelus dan membelai haiwan peliharaan ketika bercakap dengannya. Meluahkan masalah antara cara yang boleh mengurangkan tekanan.

Haiwan peliharaan juga boleh memberi perlindungan kepada jantung. Kajian selama 20 tahun yang dijalankan Pusat Penyelidikan Strok Minnesota, Amerika Syarikat, ke atas lebih 4,000 orang berumur 30 hingga 75 tahun mendapati, individu yang tidak pernah membela kucing mempunyai kebarangkalian 40 peratus meninggal dunia akibat serangan jantung dan risiko 30 peratus lebih tinggi meninggal dunia akibat penyakit jantung lain.

Bagaimanapun, manfaat ini tidak dilihat pada pemilik anjing dan penyelidik tidak dapat menerangkan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Malah di kalangan pakar perubatan pun ada yang tidak bersetuju dengan kesimpulan daripada kajian berkenaan dan percaya pemilik haiwan peliharaan itu mempunyai daya tahan serta bijak menangani tekanan.

Hakikatnya individu yang membela haiwan peliharaan biasanya bersifat penyabar, tidak mudah tertekan dan haiwan itu secara tidak langsung dapat mengalihkan perhatian seseorang daripada asyik memikirkan masalah.

Selain itu, manfaat dirasai pemilik haiwan peliharaan banyak dicatat dalam pelbagai kajian sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Haiwan peliharaan membantu anda awet muda, terutama bagi individu yang bersara. Jangan salah anggap, awet muda yang dimaksudkan di sini bukan di segi penampilan tetapi kesihatan fizikal dan mental.

Tidak melakukan apa-apa selepas bersara adalah laluan ekspres ke arah penuaan. Mempunyai haiwan peliharaan memberi anda ‘tugas’ dan tanggungjawab baru (untuk menjaganya) iaitu memberi makan, membersihkan badan haiwan peliharaan, membuang najis dan membawanya berjalan.

Aktiviti anda tidak terhad kepada rutin harian menjaga saja kerana kebanyakan pemilik haiwan peliharaan mempunyai kecenderungan untuk berbual dengan orang yang sukakan haiwan. Ia secara tidak langsung memberi anda peluang untuk berinteraksi dan mempunyai lebih ramai kawan.

Malah ada yang menyertai acara lebih besar seperti pertandingan haiwan peliharaan tercantik. Jika tidak turut serta pun, anda masih boleh membawa anak dan cucu menyaksikan pertandingan atau pameran seumpama itu sebagai aktiviti pendidikan tidak formal.

Membela haiwan peliharaan juga antara cara mengurangkan risiko alahan dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Pakar kesihatan berpendapat antara faktor kepada peningkatan kes alahan di seluruh dunia, terutama di negara maju, ialah persekitaran yang ‘terlalu bersih’ dan tidak pernah terdedah kepada alergen iaitu bahan yang boleh mencetuskan gejala alahan.

Alahan terhadap haiwan peliharaan antara pencetus serangan asma. Kajian mendapati kanak-kanak yang dibesarkan dalam rumah yang ada kucing kurang kemungkinan mendapat asma apabila besar.

Bagaimanapun, jika anda atau ada ahli keluarga yang memang alah terhadap haiwan atau menghidap asma, jangan membela haiwan peliharaan kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
 
Sponsored Post

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
138
kuar dating hujung minggu dapat merehatkan otak dan menenangkan perasaan ...

ehehehehe
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,939
Reaction score
542
Points
161
arghh mengarut jer nih,semua tu bawa penyakit hehehehee
 

LeptoSpyra

Active Member
Joined
Nov 22, 2010
Messages
1,013
Reaction score
2
Points
25
haiwan peliharaan ni biasanya untuk orang lonely & tak sibuk dengan aktiviti seharian je. cuba tengok nenek, mak cik kat kampung. anak suma dah besar. tinggal bandar. dia tinggal sorang. bela kucing, cakap dengan kucing, anggap kucing tu anak dia pun ada jugak
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
aku dibesarkan bersama-sama kucing sejak dari kecik...hehehe :D
 

RINI ROSES

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
17,170
Reaction score
6
Points
115
tapi siyes kalau aku suka binatang lagi bertambah tensen aku...

cua satu binatang jek yg aku rasa boleh sikit kot...koala bear. rileks je aku tengok muka dia...slow jek dia bergerak, kira ok kot kalau suh aku bela sekor
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
tapi siyes kalau aku suka binatang lagi bertambah tensen aku...

cua satu binatang jek yg aku rasa boleh sikit kot...koala bear. rileks je aku tengok muka dia...slow jek dia bergerak, kira ok kot kalau suh aku bela sekor

cet..bajet duk australia lak dia ni..padahal batu pahat..:D
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
tapi siyes kalau aku suka binatang lagi bertambah tensen aku...

cua satu binatang jek yg aku rasa boleh sikit kot...koala bear. rileks je aku tengok muka dia...slow jek dia bergerak, kira ok kot kalau suh aku bela sekor

skali kola bear tu ngaaaappp baru tahu :eek:
 

RINI ROSES

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
17,170
Reaction score
6
Points
115
cet..bajet duk australia lak dia ni..padahal batu pahat..:D

ahahaha cehhhhh..batu pahat koala bear bersepah siot! wakakaka
kalau kat australia aku bela kanggaroo jek...nak g memana aku masuk dalam kantung dia takyah susah2 jalan kaki, bawak keta...
apa barangggggg....:eek:

kat terengganu ada koala bear? takda kan..penyu banyak ler..wakakaka:eek:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register