Mandi tolak bala

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KOTA KINABALU 1 Jan. - Sambutan tahun baru di Teluk Likas dekat sini malam tadi dicemari dengan unsur khurafat apabila kira-kira 100 pengunjung yang kebanyakannya umat Islam turun ke laut selepas pukul 12 malam untuk mandi tolak bala.

Beberapa pengunjung ketika ditemui berkata, perbuatan tersebut merupakan kepercayaan karut masyarakat dahulu kala yang masih lagi diamalkan setiap kali menjelang tahun baru.

Salah seorang pengunjung, Awang Narazri Mohd. Goes, 23, melahirkan rasa kesal dengan perbuatan tersebut kerana masih lagi diamalkan oleh segelintir masyarakat Islam di negeri ini.

Kata Awang, sepatutnya amalan seumpama itu tidak lagi dilakukan kerana ia sama sekali bercanggah dengan ajaran Islam.

"Saya tidak faham mengapa pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam masih tidak mengambil tindakan.

"Saya juga hairan dan kecewa kerana kesedaran di kalangan orang Islam mengenai perkara ini masih kurang, malah ada yang masih tidak mengetahui perbuatan ini salah di sisi agama," katanya.

Dia berkata, pihak jabatan agama perlu menegur atau memberi nasihat kepada umat Islam yang terlibat kerana sekiranya dibiarkan, dikhuatiri ia akan menjadi ikutan generasi baru.

Shahfarina Imam, 27, pula berkata, sudah sampai masanya Jabatan Agama Sabah mengambil tindakan serius untuk membendung kegiatan tersebut daripada terus berleluasa.

"Kita tidak mahu sambutan tahun baru masih lagi diwarnai dengan perkara seperti ini, sepatutnya sebagai orang Islam, sambutan diraikan di surau atau masjid untuk mencari keberkatan," katanya.

Menurutnya, amalan tersebut bukan sahaja disambut di daerah ini tetapi juga di kawasan-kawasan pinggir pantai di seluruh Sabah sama ada penganut Islam atau bukan Islam.

Katanya, kepercayaan itu sudah sebati dengan masyarakat Sabah sejak dulu lagi dan masih lagi diamalkan sehingga hari ini kononnya untuk membuang **** dan memperoleh nasib lebih baik sempena tahun baru.

Ingatkan budaya nie dah abis dah...:(scam
 
Sponsored Post

amira88

Legendary Member
Joined
Mar 5, 2008
Messages
12,032
Reaction score
12
Points
115
sejuk nyer nk turun kelaut tgh2 mlm...

baik duk lam selimut...
 

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,630
Reaction score
258
Points
91
kota kinabalu 1 jan. - sambutan tahun baru di teluk likas dekat sini malam tadi dicemari dengan unsur khurafat apabila kira-kira 100 pengunjung yang kebanyakannya umat islam turun ke laut selepas pukul 12 malam untuk mandi tolak bala.

Beberapa pengunjung ketika ditemui berkata, perbuatan tersebut merupakan kepercayaan karut masyarakat dahulu kala yang masih lagi diamalkan setiap kali menjelang tahun baru.

Salah seorang pengunjung, awang narazri mohd. Goes, 23, melahirkan rasa kesal dengan perbuatan tersebut kerana masih lagi diamalkan oleh segelintir masyarakat islam di negeri ini.

Kata awang, sepatutnya amalan seumpama itu tidak lagi dilakukan kerana ia sama sekali bercanggah dengan ajaran islam.

"saya tidak faham mengapa pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam masih tidak mengambil tindakan.

"saya juga hairan dan kecewa kerana kesedaran di kalangan orang islam mengenai perkara ini masih kurang, malah ada yang masih tidak mengetahui perbuatan ini salah di sisi agama," katanya.

Dia berkata, pihak jabatan agama perlu menegur atau memberi nasihat kepada umat islam yang terlibat kerana sekiranya dibiarkan, dikhuatiri ia akan menjadi ikutan generasi baru.

Shahfarina imam, 27, pula berkata, sudah sampai masanya jabatan agama sabah mengambil tindakan serius untuk membendung kegiatan tersebut daripada terus berleluasa.

"kita tidak mahu sambutan tahun baru masih lagi diwarnai dengan perkara seperti ini, sepatutnya sebagai orang islam, sambutan diraikan di surau atau masjid untuk mencari keberkatan," katanya.

Menurutnya, amalan tersebut bukan sahaja disambut di daerah ini tetapi juga di kawasan-kawasan pinggir pantai di seluruh sabah sama ada penganut islam atau bukan islam.

Katanya, kepercayaan itu sudah sebati dengan masyarakat sabah sejak dulu lagi dan masih lagi diamalkan sehingga hari ini kononnya untuk membuang **** dan memperoleh nasib lebih baik sempena tahun baru.

ingatkan budaya nie dah abis dah...:(scam
masih ada lagi ka benda2 ni? :-?
 

Kurma

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
4,219
Reaction score
95
Points
30
masih ada lagi ka benda2 ni? :-?
he h he masih byk lagi khurafat2 dlm masyarakat kita....ada yg terang2an dan ada yg tak kita sedari....
mohon tetap di atas landasanNya:)
 

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,630
Reaction score
258
Points
91
he h he masih byk lagi khurafat2 dlm masyarakat kita....ada yg terang2an dan ada yg tak kita sedari....
Mohon tetap di atas landasannya:)
betoi tu kurma...

belah kedah pun masih ada saki baki yang taksub!!!
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
he h he masih byk lagi khurafat2 dlm masyarakat kita....ada yg terang2an dan ada yg tak kita sedari....
mohon tetap di atas landasanNya:)
Benda buka amalan kebanyakan kalau nak amal kena banyak bertanya...:-?
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
tolak bala ke tarik bala..
diorg ni kot yg bakal jd bala..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register