Covid-19 Mana Nak Pergi Ramai - Ramai Naik Bas Ni ?

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,210
Reaction score
3,308
Points
236
15.04.2020 - Seremban, Dua puluh lima orang termasuk pemandu bas ekspres dan pembantunya ditahan polis di Seremban semalam selepas didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kesemua yang ditahan itu membabitkan tiga lelaki tempatan dan 17 lelaki serta lima wanita warga Indonesia.

Menurutnya, bas ekspres berkenaan ditahan pada 10.30 pagi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Yam Tuan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal didapati bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

"Kesemua yang berusia antara 19 hingga 66 tahun kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Said berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Selain itu, ada antara mereka itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan berkaitan imigresen," katanya.





Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/566529/mana-nak-pergi-ramai-ramai-ni
 
Sponsored Post

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,523
Reaction score
2,133
Points
151
kesian kat orang yg duk berkurung... kita berkurung dengan harapan cepat la habis PKP ni...
tapi masih ada ramai yg penting diri....

kita kalau boleh nak pi solat jumaat, nak pi solat tarawikh...so, jgn la penting diri..
 

syaiful8807

Junior Member
Joined
Apr 13, 2020
Messages
77
Reaction score
3
Points
11
kesian kat orang yg duk berkurung... kita berkurung dengan harapan cepat la habis PKP ni...
tapi masih ada ramai yg penting diri....
tu la pasal. kalau berterusan org pentingkan diri mcm ni agaknya raya pun tak habis PKP ni
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,352
Reaction score
1,922
Points
206
gantung je permit operasi syarikat bas tu.
baru menggelabah badak.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register