BTC USD 109,175 Gold USD 3,300.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man Rajalawak peruntuk RM50k bantu rakyat susah

Sponsored Post

tu dia... masing2 ada ilmu bleh baca niat org.. dasat gak geng cg ni..

seram den

niat masing2..

tapi kalau aku payah ooo... aku kadang2 terpkir macam mana dia org boleh control niat dia org macam ebit liew...ustaz2 lain...
kalau aku payah ooo....
bila dengar ceramah pasal ikhlas...kita nak ikhlas dalam solat pun payah...

alhamdulillah aku hanya manusia biasa lagi...memang tak sesuai jadi public figure. huhuhu
 
niat masing2..

tapi kalau aku payah ooo... aku kadang2 terpkir macam mana dia org boleh control niat dia org macam ebit liew...ustaz2 lain...
kalau aku payah ooo....
bila dengar ceramah pasal ikhlas...kita nak ikhlas dalam solat pun payah...

alhamdulillah aku hanya manusia biasa lagi...memang tak sesuai jadi public figure. huhuhu
yep den pon kadang fikir cam ekau gak.. camne dia org leh control niat..

mgkn kene tnya kat dia org sendiri hehe..

apa pon den doa agar terus bersangka baik pada sesiapa saja.. sbb bersangka baik tak dosa.. yg dosa bersangka buruk :)

den tak igt ni kata-kata siapa.. dia kata, kalo kita nampak pasangan muda berdua-duaan.. anggap je mereka dah nikah.. agar kita dapat hindari dari prasangka buruk kat org.. kalo rasa tak puas hati gak, tanya terus kat mereka, atau mintak bukti mereka dah nikah.. kalo belum nikah, bagi nasihat.. jgn pi wat hukuman sendiri lak..
 



Harian Metro
2 min ·
#rapxtra Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim berkata, dianggarkan 70 individu dan keluarga mendapat bantuan itu https://www.hmetro.com.my/…/rm50000-habis-dalam-empat-hari-…



'RM50,000 habis dalam empat hari' - Man Raja Lawak


MAN menerusi status di Instagram mengumumkan bantuan telah habis disalurkan. FOTO IG manrajalawak

MAN menerusi status di Instagram mengumumkan bantuan telah habis disalurkan. FOTO IG manrajalawak



PELAWAK, Man Raja Lawak berkongsi selesai mengagihkan sebahagian wang kemenangan pada program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019), RM50,000 kepada individu memerlukan dalam masa empat hari bermula 31 Mac lalu.

Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim berkata, dianggarkan 70 individu dan keluarga mendapat bantuan itu.

“Tak ramai dapat sebab saya tidak tetapkan jumlah bagi setiap penerima. Saya berikan atas permintaan dan melihat kepada keperluan mereka.

“Jumlah paling banyak diberikan RM5,000 iaitu kepada sahabat saya yang memang susah. Dia sakit selepas terjatuh dan koma. Dalam masa sama, isterinya pula tidak bekerja. Jadi, memang sangat memerlukan ketika ini.

“Lagi satu, bantuan ini bukan untuk mereka yang susah saja, tapi kepada golongan pertengahan juga. Sebab, ada antara mereka sepanjang PKP ini tidak ada sumber pendapatan. Bantuan saya lebih kepada bantuan kemanusiaan, bukan harta pusaka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Man, bantuan sama turut disalurkan kepada beberapa rakan artis dari program Raja Lawak yang kurang berkemampuan.

Malah, Man mengakui sehingga sekarang masih ramai yang menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram.

“Tidak dinafikan ada juga rakan artis yang mesej. Tapi, saya dahulukan sahabat yang saya tahu kehidupan mereka macam mana. Saya senaraikan nama mereka dan berbincang dengan isteri.

“Mereka ini saya mesej sendiri dan bukan mereka tak minta pun. Sebab mereka tahu ada lagi yang lebih memerlukan untuk dibantu. Tapi, atas dasar kawan dan tahu kehidupan mereka macam mana, saya iklas nak bantu.

“Macam sekarang pun, walaupun peruntukan bantuan sudah habis, masih ada lagi DM dan mesej di Whatsapp. Saya tak tahu siapa yang bagikan nombor peribadi saya. Mungkin ada letak di FB dan kumpulan Whatsapp,” katanya.

Menurut Man, syarat utama bantuan diberikan mestilah melalui DM di IG dengan dilengkapi maklumat seperti jumlah diminta dan nombor akaun.

Terdahulu, Man menerusi status di Instagram mengumumkan menyumbang sebahagian wang kemenangan program Maharaja Lawak 2019 (MLM 2019) sebanyak RM50,000 kepada individu kurang berkemampuan.
Pada MLM 2019 lalu, Man yang menganggotai kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 12:22 PM


 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register