Man City Man city LATEST UPDATE, TALK, ISSUE, FEATURES

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,785
Reaction score
11,456
Points
2,376


Penyerang Manchester City, Sergio Aguero mengalami kecederaan ketika menentang Chelsea di Stadium Etihad pada 23 November lalu. - Foto AFP
City kempunan khidmat Aguero


LONDON: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengesahkan penyerang Sergio Aguero tidak akan bersama pasukan itu untuk beberapa minggu.

Penyerang Argentina itu cedera ketika The Citizens meraih kemenangan 2-1 ke atas Chelsea, Sabtu lalu dengan Guardiola memberitahu belum menerima sebarang kepastian mengenai tempoh sebenar penyerangnya itu akan pulih.

Dalam satu sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk, awal pagi Rabu, pengendali itu berkata: "Sergio takkan bersama pasukan untuk beberapa perlawanan, dalam tempoh beberapa minggu. Saya belum tahu tempoh sebenarnya.”

Gabriel Jesus mungkin boleh memanfaatkan ketiadaan Aguero dan dia berkata: "Saya tidak gembira apabila Sergio cedera. Saya tidak menyukainya apabila kawan saya cedera, tetapi setiap hari saya berusaha gigih dan sudah bersedia."

Manchester City bakal melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara sekiranya mereka mampu mengelak daripada kekalahan di tangan Shakhtar ataupun sekiranya Dinamo Zagreb gagal menewaskan Atalanta.

City bakal berada di puncak kumpulan seandainya mereka menang atapun sekiranya pasukan seri dan Dinamo tidak meraih kemenangan.

Guardiola berkata: "Kedudukan kami ketika ini bagus tetapi kami belum melayakkan diri lagi. Esok adalah peluangnya." - AFP


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,785
Reaction score
11,456
Points
2,376


Gambar fail, Stadium Etihad, Manchester, Britain. - Foto REUTERS
Pemilik Manchester City jual saham AS$500 juta


BENGALURU: Pemilik juara Liga Perdana Inggeris Manchester City menjual saham bernilai AS$500 juta kepada firma ekuiti persendirian Silver Lake, menilai pemilik kelab bola sepak itu pada AS$4.8 bilion, demikian menurut lapor Financial Times yang menyebut sumber berpengetahuan dalam urusan itu.

Silver Lake membeli lebih 10 peratus daripada City Football Group (CFG) yang dikuasai Abu Dhabi, lapor surat khabar itu, sambil menambah bahawa pengumuman rasmi dijangka pada Rabu.

Urus janji itu dimeterai pada Sabtu oleh Pengerusi CFG, Khaldoon Al Mubarak dan rakan kongsi pengurusan Silver Lake, Egon Durban, menurut FT.

Laporan itu menambah bahawa Abu Dhabi bertujuan mempertahankan pemilikan majoriti CFG.

Firma ekuiti persendirian Amerika Syarikat (AS) itu berhasrat memegang sahamnya selama 10 tahun tetapi berkemungkinan juga menjana tunai melalui tawaran permulaan (IPO) atau menjualnya kepada pelabur swasta lain, FT melaporkan.

Silver Lake juga mendekati kelab-kelab bola sepak Eropah dan Inggeris, termasuk Chelsea Football Club.

Juara Liga Perdana Inggeris itu memperoleh rekod pendapatan sebanyak 535.2 juta pound (AS$686.66 juta) dalam tahun kelima berturut-turut meraih keuntungan pada 2018-19, menandakan pertumbuhan pendapatan ke 11 berturut-turut di bawah pemilikan keluarga diraja Abu Dhabi.

CFG dan Silver Lake tidak dapat dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan. - Reuters


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,785
Reaction score
11,456
Points
2,376

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola (dua dari kiri) mengeluarkan pemainnya, Rodri pada perlawanan menentang Shakhtar Donetsk, pagi tadi. - Foto EPA
Guardiola puas hasrat mara tercapai


MANCHESTER: Pep Guardiola mengaskan Manchester City sudah mencapai misinya untuk layak ke saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara buat tujuh musim berturut-turut meskipun beraksi hambar ketika terikat 1-1 menentang Shakhtar Donetsk, pagi tadi.

Skuad Guardiola beraksi di bawah tahap sebenar di Stadium Etihad tetapi jaringan Ilkay Gundogan pada babak kedua meletakkan mereka dalam posisi selaku pendahulu Kumpulan C dengan baki satu perlawanan.

Walaupun Manor Solomon menyamakan kedudukan buat Shakhtar, kemenangan Atalanta ke atas Dinamo Zagreb memastikan City kekal di tangga teratas.

"Kami sudah layak. Kami beraksi dengan sangat baik pada babak kedua.

“Saingan peringkat kumpulan memang sukar tetapi sasarannya ialah mara dan kami mencapainya,” kata Guardiola.

"Sekarang kami selesai satu kejohanan jadi kami boleh fokus cabaran Liga Perdana.”

Guardiola boleh menarik nafas lega apabila dapat merehatkan pemain menjelang kunjungan ke Zagreb pada 11 Disember ketika mereka bakal berdepan aksi sukar menentang Manchester United and Arsenal dalam aksi Liga Perdana.

Walaupun City enggan menyerah kalah dalam perebutan gelaran Liga Perdana, Liverpool kini dalam kedudukan terbaik menjuarainya dan saingan peringkat Eropah tampak peluang terbaik buat Guardiola merangkul trofi utama musim ini.

"Shaktar memiliki kualiti. Saya banyak kali menentang mereka dan mereka sangat teratur.

“Mereka juga ada penjaga gol yang hebat dan sukar melawan mereka,” kata Guardiola.

Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, City akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-56 menerusi jaringan Gundogan dari petak penalti selepas menerima umpanan Gabriel Jesus.

Bagaimanapun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Solomon merembat kencang pada minit ke-69. – AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,785
Reaction score
11,456
Points
2,376


Need @classicshirts to make a @ManCity Away kits poster to go along side it now👕👕
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,785
Reaction score
11,456
Points
2,376


PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola. - Foto Reuters
Guardiola tak cadang beli pemain baru


MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata beliau tidak akan berbelanja besar pada jendela perpindanan bulan depan untuk mengubah nasib The Citizens di Liga Perdana Inggeris tatkala kian ketinggalan di belakang Liverpool untuk perebutan gelaran musim ini.

Juara bertahan itu kini menghuni tangga ketiga dengan ketinggalan 11 mata berbanding skuad Juergen Klopp selepas 14 perlawanan.

City akan berkunjung ke Burnley awal dalam Liga Perdana Inggeris pagi esok. (jam 4.15 pagi waktu Malaysia).

City kemudian dijadual menunggu kunjungan Manchester United pada Ahad (8 Disember) yang juga aksi penentu buat pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer sama ada dia dipecat atau kekal menerajui di Old Trafford.

Gawang City bolos dalam tujuh perlawanan, yang diakui Guardiola ‘tidak cukup bagus’ dan kelab itu dikaitkan dengan pertahanan Leicester City Caglar Soyuncu.

Namun beliau menolak idea untuk membeli seorang bek tengah apabila jendela perpindahan dibuka bulan depan.

Sebaliknya Guardiola akan terus memberikan kepercayaan kepada Fernandinho dan menanti kepulangan Aymeric Laporte selepas lama berehat akibat kecederaan lutut.

Ditanya sama ada strategi perpindahan City sudah berubah, Guardiola berkata: “Tidak, saya tidak mahu mana-mana pemain pada Januari.

“Jika kita tidak dapat lakukan pada musim panas, kami tidak boleh lakukan pada Januari.

“Apabila mereka datang dengan peluang luar biasa pada Januari untuk empat, lima atau enam tahun berikutnya mungkin kami akan fikir mengenainya tetapi ia mustahil.

“Biasanya pemain yang kami minat untuk mengukuhkan skuad, tidak akan dijual.”

Guardiola akan sekali lagi mengharapkan sentuhan pemain Brazil, Fernandinho meskipun berdepan cabaran penyerang Burnley, Ashley Barnes dan Chris Wood yang lebih menampilkan permainan fizikal. – AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,785
Reaction score
11,456
Points
2,376


GABRIEL Jesus meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Perdana. - Foto Reuters
Man City terus hambat Liverpool


BURNLEY: Gabriel Jesus meledak dua gol ketika Manchester City membuktikan mereka masih ‘bernafsu’ dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana dengan kemenangan 4-1 terhadap Burnley, awal pagi tadi.

Kemenangan yang diraih penyandang juara itu menyaksikan jurang mereka dengan pendahulu, Liverpool dicantas kepada hanya lapan mata.

Selepas tampak bergelut untuk mengulangi standard selaku penyandang juara di awal musim, persembahan skuad kendalian Pep Guardiola di Turf Moor seakan memberi gambaran prestasi mereka kembali memuncak.

Penyerang Brazil, Jesus memanfaatkan sepenuhnya ketiadaan Sergio Aguero yang cedera apabila menyumbat gol dalam kedua-dua babak permainan yang turut menamatkan kemarau jaringannya dalam lapan perlawanan.

Dua lagi gol dijaringkan Rodrigo dan Riyad Mahrez dengan keputusan menyaksikan City merampas kedudukan kedua liga mengatasi Leicester City menerusi perbezaan jaringan.

Pelawat menguasai permainan sejak minit pertama dan selepas jaringan awal Jesus dibatalkan susulan ofsaid, penyerang berusia 22 tahun itu meledak gol pertamanya pada minit ke-24 berpunca hantaran David Silva.

Selepas berjaya mengawal gawangnya daripada terus dibolosi berakhir babak pertama, penjaga gol Burnley Nick Pope sekali lagi tewas kepada Jesus pada minit ke-50 berpunca hantaran Bernardo sebelum Rodrigo menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-68 menerusi rembatan padu.

Dan Mahrez yang masuk selaku pemain gantian melengkapkan jumlah jaringan City pada minit ke-87 sebelum Brady meledak gol sagu hati tuan rumah pada minit ke-89. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,785
Reaction score
11,456
Points
2,376


Pep Guardiola. - Foto Reuters
Man City 'gila' jika fikir trofi Liga Perdana - Guardiola


LONDON: Pep Guardiola berfikir adalah ‘gila’ untuk Manchester City memintas kedudukan Liverpool sekali pun kata-katanya mengenai pemburuan kejuaraan Liga Perdana sudah berakhir bagai dilapik dengan sindiran.

City berkunjung ke Turf Moor dengan rekod buruk satu kemenangan dalam lima perlawanan tetapi penyandang tiga kejuaraan musim lalu itu nampak seperti kembali ‘bernafsu’ menerusi kemenangan 4-1 ke atas Burnley.

Penyerang Brazil, Gabriel Jesus menyumbat dua gol pada kedua-dua babak perlawanan dengan Rodri dan Riyad Mahrez turut mencetak nama selaku penjaring sebelum gol lewat Robbie Brady menyaksikan pelawat gagal pulang tanpa bolos.

Keputusan menyaksikan City kembali dibezakan lapan mata dengan pendahulu Liga Perdana, Liverpool sebelum skuad kendalian Jurgen Klopp itu melayan kunjungan Everton pada aksi tetangga Merseyside, awal pagi esok.

Ketika ditanya mengenai persembahan City yang menunjukkan mereka masih belum lagi menyerah kalah dalam pemburuan kejuaraan liga musim ini, Guardiola membalas: “Pemburuan gelaran sudah berakhir. Apa yang saya baca, tiada sesiapapun memberi kami peluang. Ia sudah berakhir.

“Sejujur-jujurnya, dengan jurang yang kami miliki dengan Liverpool, adalah gila untuk memikirkan mengenai kejuaraan. Kami perlu berfikir mengenai perlawanan tetangga, mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan kerana ia bukan hanya Liga Perdana.

“Banyak kejohanan lain seperti Piala FA, Piala Liga dan Liga Juara-Juara. Apa yang penting adalah mengambil rentak pada perlawanan ini kepada perlawanan berikutnya.”

Guardiola juga gembira dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya dengan City dijadual bertemu seteru tetangga, Manchester United, Sabtu ini di Etihad.

“Saya lega kerana kami menghantar bola lebih banyak berbanding perlawanan sebelumnya,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu. “Tiada penyesalan untuk perlawanan sebelum ini, tetapi satu-satunya perasaan (negatif) adalah kekurangan hantaran.” - Agensi


 
Sponsored Post
Top
Log in Register