dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
.jpg)
Pengarah filem Mamat Khalid berkata dia tidak menyalahkan pihak media berhubung kisah pergaduhannya dengan pelakon Usop Wilcha.
"Saya tidak salahkan media dalam hal ini, memang kalau kita bercerita dengan media seharusnya perkara itu ditulis.
"Tetapi dalam hal ini jangan gunakan orang tengah, jika benar ada yang dia tidak berpuas hati katakan terus kepada saya," katanya.
Pada masa sama, Mamat Khalid turut berkata, dia sendiri tidak tahu akan perselisihan faham kerana semuannya nampak elok sahaja.
"Memang saya tahu kisah ini melalui orang luar, itupun bila ada yang menghantar keratan akhbar kepada saya. Kalau ikutkan tentunya saya terkejut, sebab saya tidak tahu pun ada sengketa antara kami.
"Kalau ada yang mengatakan perubahan skrip sebagai punca rasanya itu bukan perkara baru dalam kerja saya, malah skrip saya sendiri pun diolah saya ketika berada di set. Semuanya bergantung kepada kesesuaian."
Dalam pada itu, Mamat Khalid turut memberitahu bahawa dia tidak mahu memanjangkan hal ini dan meminta semua pihak supaya tidak memperbesarkan hal ini lagi.
http://www.cari.gold/2014/10/mamat-khalid-saya-tidak-salahkan-pihak.html