Mamat didenda curi telefon, jam

CG Sponsors




azrulhusin

Fun Poster
Joined
Nov 2, 2008
Messages
588
Reaction score
3
Points
15
SINGAPURA: Penyanyi rock Malaysia, Mamat, didenda S$1,000 (RM2,400) oleh Mahkamah Singapura semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada 1990-an.

Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan jam tangan daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 November lalu.

Mahkamah diberitahu Noor Shazeel meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang dan mendapati barangan berkenaan hilang apabila dia bangun lima jam kemudian.

Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat sudah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara. Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian. ?Bernama
 
Sponsored Post

desmoquattro

Active+ Member
Joined
Nov 30, 2007
Messages
3,854
Reaction score
35
Points
40
isap dadah kot? nampak cam terdesak sgt je dia nih...
 

ckama33

Active+ Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,946
Reaction score
158
Points
33
aiks, bukankah mamat ni dah berkawin? atau saya dah ketinggalann...
 

Bionik

Super Active Member
Joined
Nov 16, 2009
Messages
8,222
Reaction score
59
Points
70
dia dah cerai ler..
Semasa jadi penyanyi Exist lagi dia dah buat perangai tak senonoh; kasi toron kaw kaw awek dia sampai mengandung.
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
terdesak dah artis kito ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register