BTC USD 64,924.7 Gold USD 2,326.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malique Di Mata Liyana Jasmay

voda

Active Member
Messages
2,322
Paid Membership
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
016514419.jpg

Liyana Jasmay mencuba genre muzik rap reggae hasil kerjasama dengan Malique dan Aris (Colabr8).

PETALING JAYA: Aktres dan penyanyi Liyana Jasmay menyanyikan sebuah lagu rap reggae bersama-sama Aris (Colabr8) dan Malique.

Bermula daripada pelawaan aktres Melissa Maureen Rizal, isteri kepada penyanyi rap, komposer dan penulis lirik Malique pada bulan puasa lalu, Liyana mencuba nyanyian lagu genre itu.

Kolaborasi dengan Aris dan Malique itu sebenarnya untuk lagu yang dimuatkan dalam album Aris yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Berpeluang bertemu mata dengan Malique, insan yang dianggap kreatif dan berbakat di mata Liyana, pelakon filem Papadom itu akui teruja apabila berpeluang bekerjasama.

016504792.jpg


“Saya tak pernah menyanyi rap ala-ala reggae, dan liriknya pula sangat mendalam maksudnya kerana Malique menulis apa yang dia fikirkan.

“Aris kata, lirik yang saya nyanyi memang dibuat khas untuk saya, apa yang saya rasa apabila orang kutuk nyanyian saya. Saya tak pasti tajuk lagu yang diberikan kerana lagu itu merupakan lagu Aris,” katanya kepada mStar Online.

Malique juga sempat memberikan nasihat kepada Liyana agar tidak mudah putus asa. Yang penting, saya perlu pandai membawa diri dalam industri muzik ini agar tidak ditipu oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

“Malique seorang yang baik, tak suka dengan gosip dan lebih menumpukan kepada minat muziknya. Saya harap semua orang menghormati caranya dan lagu-lagunya,” katanya yang turut mendapat bantuan Zain Ruffedge dalam industri muzik ini.

Bercerita tentang perkembangan lain, penyanyi lagu Penyelamat Cinta dan Aku Tak Percaya Cinta ini membawa kenangan manis ketika menghadiri Festival Filem Australia Malaysia di Melbourne, Australia pada 2 hingga 7 Oktober lalu.

Selain bertukar-tukar pandangan tentang industri perfileman dua negara ini, dia turut berpeluang menayangkan filem lakonannya berjudul Niyang Rapik di Australian Centre for the Moving Image (ACMI).

Kunjungan Liyana turut disertai oleh Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Datin Orked Ahmad, adik kepada pengarah filem terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad.

Selain Niyang Rapik, filem Setem, Rabun, 15Malaysia dan Sell Out! turut ditayangkan di sana.

“Paling seronok untuk dikongsikan tentang pembahagian pawagam untuk filem perdana dan filem indie yang terdapat di sana dan tiada di Malaysia,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Liyana akan berlakon dalam teater Natrah dan berminat untuk mendalami teater muzikal pada masa akan datang.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register