BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysiakini Hitam Putih Demi Kebebasan Media

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,480
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,480
Reaction score
7,074
Points
916
Awards
1
04.12.2024 - Paparan laman Malaysiakini menjadi hitam putih mulai 9.30 pagi hingga 12 tengah hari ini sebagai solidariti terhadap bantahan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) terhadap cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA). Bantahan di parlimen hari ini dianjurkan bersama oleh Gerakan Media Merdeka (Geramm) dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ). Menurut laporan, antara pindaan yang dicadangkan termasuklah memperkenalkan semula skim pelesenan tahunan untuk penerbitan media, dan penguatkuasaan PPPA ke atas media dalam talian. Jika diluluskan, akta tersebut akan secara langsung boleh menjejaskan keupayaan Malaysiakini untuk membuat laporan tanpa rasa takut atau pilih kasih.​

1733282496327.png
 
Sponsored Post

Kumpulan Wartawan Bantah Syor Kerajaan Nak Lesenkan Media Digital

04.12.2024 - Kumpulan hak media bimbang dengan cadangan Putrajaya untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, termasuk mengenakan lesen terhadap media digital. Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengecam hasrat kerajaan itu, menyifatkannya sebagai satu lagi bentuk sekatan terhadap kebebasan media.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, pindaan oleh Kementerian Dalam Negeri termasuk mengembalikan keperluan pembaharuan lesen (setiap tiga tahun) dan memperluaskan definisi penerbitan untuk merangkumi kandungan digital dan elektronik. Ini menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana platform dalam talian dan kandungan yang dihasilkan pengguna akan dipantau dan dikawal," kata tiga organisasi ini pada satu kenyataan bersama selepas program "Media Solidarity Festival: By the Media for the Media" di Kuala Lumpur hari ini.

Pada Mei 2024, pihak berkepentingan kerajaan mengadakan perbincangan dengan pemain industri media mengenai pindaan undang-undang kontroversi itu dan sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan kawalan sedia ada agar merangkumi kandungan dalam media digital. Menurut laporan Kementerian Dalam Negeri mengenai sesi konsultasi awam bulan lalu berkaitan cadangan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA), perbincangan mencatatkan industri penerbitan berkembang selaras dengan kemajuan teknologi. Sejak mengambil alih kuasa, pentadbiran Madani mendapat sorotan susulan Malaysia jatuh 34 tangga ke kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 oleh Reporters Without Borders (RSF), berbanding tempat ke-73 tahun lalu.

Buat kali pertama dalam tiga tahun, Malaysia tidak lagi berada di tangga teratas dalam kalangan negara Asean manakala Thailand berada di kedudukan ke-87. Selain mengenakan lesen, kumpulan itu turut berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan kesalahan jenayah dan memperkenalkan hukuman yang lebih berat. Mengulas lanjut, kumpulan hak media berkenaan mendesak Kementerian Dalam Negeri memberikan penjelasan mengenai situasi sebenar berkaitan cadangan pindaan ini.

"Ini saat penting untuk kerajaan Madani menunjukkan komitmennya terhadap reformasi. Tidak sepatutnya ada cubaan untuk melemahkan kebebasan media, terutama apabila kerajaan merancang untuk membentangkan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia," tambah mereka.
1733282617579.png
 
Wartawan Berarak Ke Parlimen Bantah Cadangan Pinda Akta Mesin Cetak

04.12.2024 - Lebih 50 petugas media dan ahli NGO berarak ke Parlimen hari ini untuk menyampaikan memorandum memperjuangkan kebebasan media sambil membantah cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP). Perarakan anjuran Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ), Geramm, dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), bermula di Taman Tugu dan menempuh jarak kira-kira 500 meter sebelum tiba ke Parlimen. Selain wartawan - termasuk dari cawangan NUJ Malaysiakini - antara yang hadir ialah aktivis Fahmi Reza dan wakil dari Suaram, Sisters in Islam dan ramai lagi.

f3b1a2f8ea6c589d4575e1a21b4ba6e3.jpg

ef9e102344d9081d535095b483dfd0d4.jpg

646722b1cee1a77c5cf2ac41b4e6ac12.jpg



a2ddefe220fd21333d2e60e020d34ea9.jpg

f56cd2ba91fb8e24b069cdeafa2469ea.jpg

dd44d31a8f18a1e4890733b5e03ce8c3.jpg

a51bd1ed7212176c4891d18cdda19419.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/727881
 
Wartawan Berarak Ke Parlimen Bantah Cadangan Pinda Akta Mesin Cetak

04.12.2024 - Lebih 50 petugas media dan ahli NGO berarak ke Parlimen hari ini untuk menyampaikan memorandum memperjuangkan kebebasan media sambil membantah cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP). Perarakan anjuran Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ), Geramm, dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), bermula di Taman Tugu dan menempuh jarak kira-kira 500 meter sebelum tiba ke Parlimen. Selain wartawan - termasuk dari cawangan NUJ Malaysiakini - antara yang hadir ialah aktivis Fahmi Reza dan wakil dari Suaram, Sisters in Islam dan ramai lagi.

f3b1a2f8ea6c589d4575e1a21b4ba6e3.jpg

ef9e102344d9081d535095b483dfd0d4.jpg

646722b1cee1a77c5cf2ac41b4e6ac12.jpg



a2ddefe220fd21333d2e60e020d34ea9.jpg

f56cd2ba91fb8e24b069cdeafa2469ea.jpg

dd44d31a8f18a1e4890733b5e03ce8c3.jpg

a51bd1ed7212176c4891d18cdda19419.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/727881
macam lukisan mamat reza je.
Tuan badan tak turun ke?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register