BTC USD 55,594.6 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysiakini bakal kena saman dgn Peguam Negara?

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Ia boleh menghalang pihak lain daripada membuat kesalahan yang membawa hukuman yang tidak berat, menurut penghakiman penuh Mahkamah Persekutuan.

1614758237021.png


Mahkamah Persekutuan: Denda RM500,000 pada M'kini untuk kepentingan awam
Diterbitkan 3 Mar 2021, 3:46 pm

Dikemaskini 3:48 pm



Denda RM500,000 terhadap Malaysiakini atas kesalahan menghina mahkamah berhubung komen pembacanya adalah hukuman yang wajar untuk kepentingan awam, menurut penghakiman Mahkamah Persekutuan.

Menurut salinan penghakiman penuh bagi kes tersebut, hukuman itu akan menghalang pihak lain daripada melakukan perkara sama melibatkan komen pembaca.

"Pada pandangan kami, hukuman yang wajar adalah untuk kepentingan awam dengan dua cara. Ia boleh menghalang keinginan untuk melakukan jenayah di mana hukumannya tidak berat, atau ia boleh menghalang pesalah daripada mengulangi jenayah sama.

"Bukan sahaja berkaitan setiap jenayah, tetapi berkaitan setiap pesalah. Mahkamah sentiasa ada hak dan tanggungjawab untuk bersikap lembut atau keras," kata ketua panel hakim, Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf.

Rohana berkata, tahap penghinaan dalam kes Malaysiakini, yang melibatkan dakwaan tak berasas berkaitan korupsi, adalah jauh lebih berat berbanding kes menghina mahkamah lain yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

"Bahasa yang digunakan dan dakwaan yang dibuat melangkaui sebarang sempadan kesopanan (decency). Ia menyasarkan kehakiman secara keseluruhan dan dakwaan liar yang ketua hakim korup.

"Komen tersebut yang diterbitkan oleh responden pertama (Malaysiakini) telah mencemarkan nama baik kehakiman secara keseluruhan dan menjatuhkan perjalanan pentadbiran keadilan, menjejaskan keyakinan awam, dan menyinggung maruah, integriti dan kesaksamaan kehakiman.

"Selepas menimbang faktor peringanan seperti yang dihujahkan responden berkaitan tahap kesalahan yang dilakukan, hukuman yang diberikan mestilah tidak boleh terlalu ringan.

"Kepentingan awam memerlukan hukuman yang bersifat pencegahan (deterrent sentence) dijatuhkan terhadap responden pertama. Maka kami berpandangan denda RM500,000 adalah wajar," katanya.

Selain Rohana, anggota panel hakim lain yang membuat keputusan majoriti adalah Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim; dan hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh, Nallini Pathmanathan, Vernon Ong Lam Kiat dan Abdul Rahman Sebli.

Pada 19 Feb lalu, panel tujuh hakim yang dipengerusikan Rohana menyampaikan keputusan majoriti 6-1 dengan hakim yang tidak bersetuju adalah Nallini Pathmanathan.

Ini kali pertama Malaysiakini dihadapkan dengan pertuduhan itu sejak ditubuhkan 21 tahun lalu.

Pada hari tersebut, Malaysiakini melancarkan kempen meraih dana dan berjaya mengumpul jumlah melebihi jumlah denda RM500,000.
Malaysiakini membayar denda tersebut pada 23 Feb lalu.

Baca ringkasan penghakiman MINORITI dan MAJORITI:

 
Sponsored Post

Luke

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
5,367
Reaction score
647
Points
121
•KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: PENDIRIAN TERKINI TUAN GURU PRESIDEN PAS YANG MEMERLUKAN PENCERAHAN•

1. Pada 5hb Mac 2021 yang lalu, saya ada menulis respon terhadap artikel YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang bertajuk: “MERDEKAKAN PERLEMBAGAAN” apabila ia disiarkan pada 4hb Mac 2021 di laman rasmi FB beliau.

2. Selain dari persoalan ‘contempt of court’ atau penghinaan terhadap mahkamah yang belum lagi ada sebarang komentar dari Pejabat Peguam Negara atau badan kehakiman negara, terdapat satu persoalan lain yang sudah lama sepi namun timbul kembali hasil dari tulisan itu.

3. Persoalannya adalah: “apakah Perlembagaan Persekutuan sememangnya belum merdeka serta masih dianggap perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan undang-undang Jahiliyyah? Atau; Perlembagaan Persekutuan telah tidak lagi bersifat penjajah, berperaturan kafir atau berperundangan Jahiliyyah?”

4. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapakah persoalan ini diangkat dan ditanyakan oleh saya. Asasnya adalah apabila tajuk tulisan Presiden PAS yang diterbitkan pada 4hb Mac 2021 itu berbunyi: “MERDEKAKAN PERLEMBAGAAN”. Ini membawa maksud dan persoalan melalui kefahaman ‘mafhum muwafaqah atau mukhalafah’ bahawa ia masih terjajah dan perlu dibebas merdekakan. Namun, yang pasti, apa maksud sebenar, hendaklah dijawab sendiri oleh penulis yang diatas namakan Presiden PAS.

5. Kalau laras bahasanya itu, maka, ia masih tidak jauh beza dengan potongan ucapan Tuan Guru Haji Hadi pada 40 tahun yang lalu. Potongan ucapan itu adalah dalam sebuah ceramah yang dikatakan berlaku pada 7 April 1981 di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu dan ia lebih dipopularkan sebagai ‘Amanat Haji Hadi’. Potongan kenyataan itu adalah seperti berikut:

“Saudara-saudara sekalian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekalian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”

6. Merujuk pada keumuman isi kandungan ucapan ini pada 1981, ia membawa maksud keperluan memerdekakan Perlembagaan Persekutuan seperti yang disarankan dalam tulisan tuan empunya badan yang sama pada tahun 2021 ini.

7. Tetapi, hasil dari isi kandungan ucapan itu mempunyai maksud kefahaman yang sangat berbahaya dari beberapa sudut. Apabila, perjuangan melawan ‘puak-puak’ yang mempertahankan ‘perlembagaan penjajah’ itu adalah jihad yang apabila mati kerananya dianggap syahid.

8. Adakah pada tahun 2021, tatkala YB Tuan Guru Haji Hadi, yang kini menjadi sebahagian tonggak dari kerajaan Perikatan Nasional, Perlembagaan Persekutuan di Malaysia masih kekal ‘terjajah’, ‘undang-undang kafir’ dan peraturan Jahiliyyah?

9. Sekiranya Tidak; maka, apakah perbezaan antara Perlembagaan Persekutuan sekitar tahun 80-an dan 2021 sehingga ia tidak lagi bersifat penjajah, kafir atau Jahiliyyah?

10. Sekiranya Ya dan kekal bersifat ‘penjajah, kafir dan Jahiliyyah’; apakah pula hukum bagi ahli Dewan Rakyat bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang sama? Untuk rekod, Tuan Guru Haji Hadi sendiri adalah ahli Parlimen Marang semenjak 1990 sehingga ke hari ini (melainkan tewas dalam PRU 2004 sahaja).

11. Beliau tidak akan sah sebagai seorang ahli Parlimen (Dewan Rakyat) melainkan setelah mengangkat sumpah dengan teks angkat sumpah jawatan seperti yang ditetapkan dalam JADUAL KEENAM, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN seperti berikut:

2. Sumpah sebagai Ahli Parlimen dan Sumpah Setia

"Saya,...................................................................................................................................................................., setelah dipilih (atau dilantik) sebagai seorang ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya."

12. Maka, sekiranya Perlembagaan Persekutuan itu telah berubah dan tidak lagi bersifat ‘penjajah, kafir dan Jahiliyyah’; hendaklah YB Dato’ Seri Presiden PAS menyatakan perbezaan Perlembagaan Persekutuan dahulu dan kini?

13. Kalau ia kekal bersifat ‘penjajah, kafir dan Jahiliyyah’; apakah hukum sumpah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang bersifat begitu, menadapatkan jawatan melaluinya, gaji dan elaun atas lantikan sumpah ahli Dewan Rakyat serta segala keistimewaan dari kedudukan setelah sumpah itu dibuat dalam Dewan Rakyat/Negara oleh Dato’ Seri Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dan seluruh jajaran kepimpinan/ahli parlimen dari Parti Islam se-Malaysia (PAS)?

14. Sejujurnya, saya harap persoalan-persoalan yang dipertanyakan diatas ada jawapannya.

Salam Hormat. Terima kasih.

Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin
Kuala Lumpur
7hb Mac 2021
23 Rajab 1442H
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,156
Reaction score
2,157
Points
201
Kapir kalau kutuk hakim, semua nya jahat
Kalau tok guru Kutuk hakim, semua nya jihad :D
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,123
Reaction score
322
Points
51
Komen2 tu sebahagian betul la.. Kalau tsk betul kenapa nak sentap :ROFLMAO:

Kes Musa Aman tu mcm mna ntah boleh drop semuanya.. Ajaib sangat
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register