Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 61,022
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 61,022
- Reaction score
- 6,758
- Points
- 916
- Awards
- 1
28.08.2024 - Kerajaan bersetuju menerima tawaran menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027. Kementerian Belia dan Sukan, berkata keputusan itu dipersetujui Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, setelah mengambil kira komitmen penganjuran bersama tiga negeri lain. Sebelum ini, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang telah menyatakan kesediaan untuk menggunakan peruntukan masing-masing bagi menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur, katanya dalam kenyataan. Katanya, Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (Sukma) yang telah berjaya mengendalikan penganjuran temasya berakhir pada 24 Ogos lalu dengan jayanya.
Pada 26 Ogos, Berita Harian melaporkan, Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 diadakan di Bandaraya Kuching selaku penganjur bersama temasya sukan itu. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata perkara itu telah dibawa ke Jemaah Menteri kerajaan persekutuan untuk diputuskan. Beliau berkata, pembahagian venue sukan akan turut dibincangkan dengan 18 daripada 36 acara sukan dicadang diadakan di Kuching. Abdul Karim berkata, keputusan untuk menganjur Sukan SEA di beberapa bandar lain di Malaysia disifatkan mampu memberikan manfaat ekonomi dari segi peningkatan pelancongan dan perbelanjaan tempatan.
Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...ja-keluar-beli-roti-tak-pulang-sejak-19-ogos/
Last edited: