Malaysia tuan rumah Sukan Asia?

Recommended Brokers


The Maut

Fun Poster
Joined
Jul 19, 2019
Messages
539
Reaction score
21
Points
15
PUTERA Edward bertemu gimnas negara sambil diiringi Syed Saddiq
PUTERA Edward bertemu gimnas negara sambil diiringi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Mohamad Norza Zakaria semasa melawat kem latihan atlet kebangsaan di MSN, Bukit Jalil hari ini.

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Selain membincangkan minat kerajaan negeri Selangor menganjurkan Sukan Komanwel 2026, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga sedang memperhalusi idea untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2030.

Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas mengiringi lawatan Putera Edward ke Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC), Bukit Jalil hari ini.

Kata Syed Saddiq, dua temasya sukan besar itu bakal menjadi agenda utama pihaknya selepas ini jika kerajaan pusat meluluskan bidaan untuk menjadi tuan rumah.
“Tetapi kita masih perlu buat kajian menyeluruh sebelum perkara ini (anjur Sukan Komanwel) dibawa ke Kabinet.
“Pada masa sama kita juga sedang memperhalusi untuk menganjurkan Sukan Asia 2030, jadi dua temasya selang empat tahun.
“Memandangkan kos penganjurannya yang tinggi, itu sebabnya kajian perlu dilakukan terlebih dahulu,” katanya.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, kajian bukan sahaja dari segi kos malah mengambil kira sama ada ia mampu mendatangkan keuntungan atau tidak.
“Kita dimaklumkan kos menganjurkan Sukan Komanwel sahaja dalam 30 juta pound (RM154.40 juta).
“Jadi pada masa sama kita hendak kena pastikan juga negara atau negeri yang anjurkannya nanti bukan sahaja mendapat keuntungan tetapi juga memberi impak besar kepada kita,” katanya.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998 tetapi belum pernah menganjurkan Sukan Asia yang lebih besar komposisinya.
Kuala Lumpur bagaimanapun pernah membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2006, namun tewas kepada Doha.
Terdahulu, Syed Saddiq mengiringi Putera Edward melawat KLSC dan melihat persediaan atlet Malaysia dalam menghadapi kejohanan masing-masing. - UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,527
Reaction score
1,143
Points
196
tak pernah lagi dengar temasya sukan ni menguntungkan tuan rumah.
noob betul yb lolipop ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register