Malaysia terlepas emas gara-gara taktik kotor China

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123


SKUAD pelayaran negara terlepas dua pingat emas Sukan Asia 2010 ekoran taktik kotor tuan rumah, China.

Semalam, skuad pelayaran negara hampir menambah koleksi emas kepada kontinjen Malaysia dalam acara Dinghy Optimist lelaki dan Double Handed Dinghy 420 wanita.

Namun mereka terpaksa akur dengan taktik kotor China yang 'menekan' juri supaya tidak menerima bantahan daripada tujuh negara lain berikutan kesalahan yang dilakukan pelayar tuan rumah.

Menurut pengurus skuad pelayaran negara, Mohd. Affendy Abdullah, dalam dua acara tersebut, pelayar China didakwa menghalang laluan perahu pelayar negara dan menggunakan kemudi (pendayung) terlalu kerap, sekali gus melanggar peraturan pertandingan antarabangsa.

"Oleh kerana tiupan angin tidak terlalu kuat, maka pelayar China telah menggunakan kemudi (pendayung) terlalu kerap.

"Malah ada suatu ketika, mereka juga telah menghalang perahu pelayar kita, jadi mereka melakukan dua kesalahan dalam perlumbaan.

"Kesalahan ini amat jelas sekali, ada tujuh negara termasuk kita telah mengemukakan bantahan, jadi ini bermakna bukan Malaysia saja yang sedar tentang taktik kotor China.

"Tetapi saya tidak tahu mengapa juri menolak bantahan yang dikemukakan itu. Jelas sekali China menghasut juri-juri dan memberi tekanan ke atas mereka supaya tidak menerima bantahan tersebut," kata Affendy semalam

Berikutan insiden itu, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan dua pingat perak menerusi Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan (Dinghy Optimist lelaki) dan pasangan Khairunnisa Mohd. Affendy-Norashikin Mohamad Sayed (Double Handed Dinghy 420 wanita).

"Jika bantahan ini diterima, sudah pasti kita akan mendapat dua pingat emas," katanya.

Sementara itu, gandingan negara, Ku Anas Ku Zamil dan Mohamad Hafizzudin Mazelan beraksi cemerlang dengan memenangi pingat gangsa acara Double Handed Dinghy 420 lelaki.

Pada Sukan Asia 2006, skuad pelayaran negara menyumbang satu emas menerusi Rufina Tan dalam acara Optimist wanita dan satu gangsa menerusi Nurul Elia Anuar (Laser 4.7 Open wanita)
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
bersabar jela..
dowg tuan rumah nk wat camne kn..
bia kn jer..
 

zaimi2

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 21, 2008
Messages
15,045
Reaction score
390
Points
131
mmg nampa...lebihkan cina
 

maibee71

Super Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
6,785
Reaction score
17
Points
65


SKUAD pelayaran negara terlepas dua pingat emas Sukan Asia 2010 ekoran taktik kotor tuan rumah, China.

Semalam, skuad pelayaran negara hampir menambah koleksi emas kepada kontinjen Malaysia dalam acara Dinghy Optimist lelaki dan Double Handed Dinghy 420 wanita.

Namun mereka terpaksa akur dengan taktik kotor China yang 'menekan' juri supaya tidak menerima bantahan daripada tujuh negara lain berikutan kesalahan yang dilakukan pelayar tuan rumah.

Menurut pengurus skuad pelayaran negara, Mohd. Affendy Abdullah, dalam dua acara tersebut, pelayar China didakwa menghalang laluan perahu pelayar negara dan menggunakan kemudi (pendayung) terlalu kerap, sekali gus melanggar peraturan pertandingan antarabangsa.

"Oleh kerana tiupan angin tidak terlalu kuat, maka pelayar China telah menggunakan kemudi (pendayung) terlalu kerap.

"Malah ada suatu ketika, mereka juga telah menghalang perahu pelayar kita, jadi mereka melakukan dua kesalahan dalam perlumbaan.

"Kesalahan ini amat jelas sekali, ada tujuh negara termasuk kita telah mengemukakan bantahan, jadi ini bermakna bukan Malaysia saja yang sedar tentang taktik kotor China.

"Tetapi saya tidak tahu mengapa juri menolak bantahan yang dikemukakan itu. Jelas sekali China menghasut juri-juri dan memberi tekanan ke atas mereka supaya tidak menerima bantahan tersebut," kata Affendy semalam

Berikutan insiden itu, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan dua pingat perak menerusi Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan (Dinghy Optimist lelaki) dan pasangan Khairunnisa Mohd. Affendy-Norashikin Mohamad Sayed (Double Handed Dinghy 420 wanita).

"Jika bantahan ini diterima, sudah pasti kita akan mendapat dua pingat emas," katanya.

Sementara itu, gandingan negara, Ku Anas Ku Zamil dan Mohamad Hafizzudin Mazelan beraksi cemerlang dengan memenangi pingat gangsa acara Double Handed Dinghy 420 lelaki.

Pada Sukan Asia 2006, skuad pelayaran negara menyumbang satu emas menerusi Rufina Tan dalam acara Optimist wanita dan satu gangsa menerusi Nurul Elia Anuar (Laser 4.7 Open wanita)
u r what u eat!
 

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
96
Points
120
erm... sabau jer...
kang diorg ajak perang naye jer... :D
 

matt71

Fun Poster
Joined
Apr 19, 2010
Messages
307
Reaction score
0
Points
10
diaorang tak menang sebenarnya. Diaorang tewas atas nafsu serakah untuk menang sehingga membiarkan orang lain beralah.
 

mdnor34

CG Top Poster Club
Joined
Nov 12, 2008
Messages
47,391
Reaction score
137
Points
133
ntah la....sbb biasanya mana2 tuan rumah mesti ada kes gini....samada mmg betul ataupun kena tuduh je....cthnya dulu masa msia tuan rumah komanwell menang emas tinju, negara2 lain komplen kata tak adil....
cth sukan subjektif mcm taekwondo, karate pun akan selalu kena komplen terutama kalau atlit tuan rumah menang..samada negara lain sengaja komplen utk dijadikan alasan ataupun mmg betul2 berlaku...

kalau dari segi jadual perlawanan, tuan rumah boleh susun ikut suka...cthnya diorg susun jadual trek basikal terlalu padat hinggakan azizul takdpt masuk acara team sprint.
lagipun adake patut keirin & final sprint selang 2-3 jam je....takpenah aku tgk jadual mcm ni...
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register