BTC USD 54,474.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia tempat ke-34 ranking daya saing dunia IMD 2024, jatuh tujuh anak tangga

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,142
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,142
Reaction score
1,639
Points
111

Malaysia tempat ke-34 ranking daya saing dunia IMD 2024, jatuh tujuh anak tangga​

Dagang News
Jun 18, 2024 22:50 MYT
61606642500_kualalumpur.jpg

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia berada di kedudukan lebih rendah daripada Thailand (ke-25) dan Indonesia (ke-27) tetapi lebih tinggi daripada Filipina (ke-52). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia jatuh tujuh anak tangga kepada ke-34 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024, manakala Singapura kekal di tangga teratas.
Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga ke tempat ke-10 daripada 14 negara Asia Pasifik yang termasuk dalam ranking itu, menurut sekolah perniagaan yang berpangkalan di Switzerland, International Institute for Management Development (IMD).
Di rantau Asia Tenggara, Malaysia berada di kedudukan lebih rendah daripada Thailand (ke-25) dan Indonesia (ke-27) tetapi lebih tinggi daripada Filipina (ke-52).
Kedudukan tahunan, yang dibuat pada tahun 1989, secara tradisinya diawasi dengan teliti oleh kerajaan, ahli akademik, ahli ekonomi, pelabur dan eksekutif korporat. Sebagai tambahan kepada data statistik daripada 67 ekonomi, kedudukan itu juga termasuk tinjauan dengan eksekutif.
Tinjauan itu dijalankan antara Mac dan Mei 2024 dalam kalangan 6,612 pengurus peringkat C dan pertengahan daripada 67 ekonomi.
Pada peringkat makro, Malaysia menduduki tempat tinggi dari segi harga (kedua), infrastruktur asas (ke-10) dan dasar cukai (ke-11).
Walau bagaimanapun, ia kurang berdaya saing dalam bidang pendidikan (ke-44), perundangan perniagaan (ke-50), dan produktiviti dan kecekapan (ke-53).
Cabaran utama bagi Malaysia adalah untuk meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan daya tahan perniagaan, mengoptimumkan pasaran buruh bagi memaksimumkan produktiviti tenaga kerja, dan mengemas kini dasar dan peraturan untuk meningkatkan daya saing global, kata IMD.
Cabaran lain termasuk memanfaatkan teknologi termaju untuk mempercepatkan pertumbuhan produktiviti, serta mengurangkan peningkatan kos melalui peningkatan produktiviti strategik.
Pasaran baru muncul seperti China, India, Brazil, Indonesia dan Türki telah mengalami pertumbuhan dan pembangunan pesat dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dan telah menjadi pemain penting dalam perdagangan, pelaburan, inovasi dan geopolitik, kata IMD.
Malaysia, Thailand dan Chile juga sama ada stabil atau bertambah baik, katanya. Kerajaan dan firma di seluruh dunia mesti menyesuaikan diri dengan "persekitaran budaya, institusi dan kawal selia yang berbeza bagi pasaran ini untuk berjaya dalam pasaran tersebut sambil turut berpegang pada piawaian kualiti dan kemampanan global", kata laporan itu.
"Kami percaya ekonomi yang paling berdaya saing pada masa hadapan ialah mereka yang dapat menjangka dan menyesuaikan diri dengan konteks global yang berubah ini pada masa yang sama mencipta nilai dan kesejahteraan untuk rakyat mereka," kata pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD, Arturo Bris.
Ekonomi dunia menghadapi cabaran daya saing utama, termasuk peralihan kepada ekonomi rendah karbon dan bulat sambil mengambil kira pasaran baru muncul yang meningkatkan integrasi ke dalam ekonomi dunia, dan mengikuti transformasi digital.
 
Sponsored Post

Ranking daya saing jatuh tunjuk landasan ekonomi tak betul, kata Muhyiddin​

FMT Reporters

Pengerusi PN berkata ranking negara di Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024 adalah tamparan hebat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.​


Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia ketinggalan di belakang Indonesia dan Thailand dalam ranking daya saing dunia.
PETALING JAYA: Ranking Malaysia yang merudum ke tangga 34 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024 menunjukkan negara tidak berada di landasan ekonomi yang betul, kata Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, kedudukan itu adalah tamparan hebat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Data-data yang dibentangkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) dalam laporannya jelas menunjukkan bahawa Malaysia tidak berada pada landasan ekonomi yang betul.
“Kedudukan daya saing negara merosot dalam semua bidang yang diukur, kecuali infrastruktur,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, dilaporkan Malaysia jatuh tujuh anak tangga kepada ke-34 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024, manakala Singapura kekal di tangga teratas.
Malaysia juga jatuh empat anak tangga ke tempat ke-10 daripada 14 negara Asia Pasifik yang termasuk dalam ranking tersebut, menurut sekolah perniagaan yang berpangkalan di Switzerland itu.
Di rantau Asia Tenggara, Malaysia berada di kedudukan lebih rendah daripada Thailand (ke-25) dan Indonesia (ke-27) tetapi lebih tinggi daripada Filipina (ke-52).
Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri berkata, buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia ketinggalan di belakang Indonesia dan Thailand dalam ranking daya saing dunia.

“Ini adalah suatu fakta yang pahit untuk diterima kerana Malaysia sebelum ini pernah digelar sebagai Harimau Asia dengan kedudukan ekonominya yang kukuh dan berdaya saing.
“Anwar sepatutnya menjadi lebih tawaduk dan tidak lagi menyombong apabila melihat prestasi Malaysia dalam ranking daya saing dunia adalah lebih baik pada zaman pandemik,” katanya.
Katanya, pada 2020 kedudukan negara berada di tangga ke-27 dan naik ke tangga ke-25 pada 2021 ketika beliau menjadi perdana menteri.
“Ini menunjukkan komuniti perniagaan dan perindustrian antarabangsa melihat Malaysia mempunyai potensi ekonomi yang lebih baik pada masa itu berbanding sekarang”.

Muhyiddin turut mengkritik sikap sombong Anwar dengan komuniti perniagaan sehingga sanggup mengugut untuk membatalkan lesen mereka jika menaikkan harga atau perkhidmatan susulan penyasaran subsidi diesel.
“Masakan beliau tidak tahu bahawa kenaikan harga adalah disebabkan kos menjalankan perniagaan meningkat akibat dasar kerajaan menarik balik subsidi bahan api. Akhirnya, rakyat yang menanggung beban.
“Sudah sampai masanya Anwar mengakui realiti sebenar bahawa ekonomi Malaysia tidak bertambah baik di bawah kepimpinannya. Nasihat saya, hentikan beretorik dan urus ekonomi negara dengan cermat dan bijak,” katanya.

 

Muda tuntut penjelasan PM, kedudukan Malaysia menurun dalam IMD​


2695694.jpg

Parti Ikatan Demokratik Malaysia
ROSKHOIRAH YAHYA
20 JUN 2024 2:18 PM
SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penurunan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2024.
Muda dalam satu kenyataan berkata, jika Perdana Menteri tidak dapat memberi jawapan, pihaknya mencadangkan agar menteri yang bertanggungjawab dalam portfolio yang berkaitan menjelaskan perkara tersebut.

Katanya, tiada penjelasan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam tempoh 24 jam menunjukkan sama ada Perdana Menteri dan Menteri Kabinet menganggap isu itu penting atau sebaliknya.

"Adakah pemimpin Kerajaan Perpaduan lebih fokus terlibat dalam politik yang tidak matang seperti kempen pilihan raya kecil dan memelihara kepentingan enam ahli Parlimen berstatus katak yang kini menyokong mereka berbanding memberi fokus kepada isu-isu penting dalam hal ehwal negara.

"Sedangkan, penurunan ini memerlukan perhatian dan tindakan segera daripada Kerajaan Perpaduan untuk mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti dan memulihkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang bersaing tinggi di peringkat global dalam masa terdekat," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia berada di kedudukan ke-34 daripada 67 negara dalam WCR 2024 dan keempat dalam kalangan negara di ASEAN selepas Singapura, Thailand serta Indonesia.

Malaysia jatuh tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-27 yang dicatatkan pada tahun lalu, demikian menurut Laporan WCR yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi IMD.

Singapura muncul sebagai ekonomi paling kompetitif di dunia, mendaki empat anak tangga dari tahun sebelumnya untuk mengatasi Switzerland di tempat kedua, diikuti Denmark di tempat ketiga.

Tambah kenyataan itu, lebih khuatir Malaysia kini berada di bawah kedudukan Indonesia dan Singapura dalam indeks tersebut serta sedikit lebih tinggi daripada Filipina.

"Dengan penurunan yang signifikan ini, adakah Lim Guan Eng akan mengeluarkan kenyataan media sekali lagi untuk menyuarakan pandangannya memandangkan pada tahun 2022 beliau pernah mengutarakan kegagalan Malaysia dalam beberapa aspek yang penting.

"Muda juga menantikan penjelasan dari rakan sekutunya Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang merupakan jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan," jelasnya.

Menurut Muda, Malaysia mengalami penurunan dalam hampir semua faktor yang dinilai termasuk prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan.

"Satu-satunya pengecualian adalah dalam bidang infrastruktur, di mana Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan yang sama," katanya.
 

Ranking IMD jatuh tangga ke-34, ekonomi Malaysia lebih baik di zaman pandemik — Muhyiddin​


2757815.jpg

Muhyiddin Yassin menggesa agar Anwar Ibrahim mengakui realiti sebenar bahawa ekonomi Malaysia tidak bertambah baik di bawah kepimpinannya. — The Star
KEDUDUKAN Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia IMD 2024 yang merudum ke tangga ke-34 menunjukkan negara tidak berada di landasan ekonomi yang betul, kata Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, kedudukan itu adalah tamparan hebat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Data-data yang dibentangkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) dalam laporannya jelas menunjukkan bahawa Malaysia tidak berada pada landasan ekonomi yang betul

Kedudukan daya saing negara merosot dalam semua bidang yang diukur, kecuali infrastruktur," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.
Terdahulu, Malaysia dilaporkan jatuh tujuh anak tangga di kedudukan ke-34 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024, manakala Singapura kekal di tangga teratas.
Malaysia juga jatuh empat anak tangga ke tempat ke-10 daripada 14 negara Asia Pasifik yang termasuk dalam ranking tersebut, menurut sekolah perniagaan yang berpangkalan di Switzerland itu.
Di rantau Asia Tenggara, Malaysia berada di kedudukan lebih rendah daripada Thailand (25) dan Indonesia (27) tetapi lebih tinggi daripada Filipina (52).
2757816.jpg

Anwar Ibrahim merupakan perdana menteri ke-10 negara.
Beliau yang juga bekas perdana menteri itu berkata, buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia ketinggalan di belakang Indonesia dan Thailand dalam ranking daya saing dunia.
"Ini adalah satu fakta yang pahit untuk diterima kerana Malaysia sebelum ini pernah digelar sebagai 'Harimau Asia' dengan kedudukan ekonominya yang kukuh dan berdaya saing.
"Anwar sepatutnya menjadi lebih tawaduk dan tidak lagi menyombong apabila melihat prestasi Malaysia dalam ranking daya saing dunia adalah lebih baik pada zaman pandemik," katanya.
Katanya, pada 2020 kedudukan negara berada di tangga ke-27 dan naik ke tangga 25 pada 2021 ketika beliau menjadi perdana menteri.
"Ini menunjukkan komuniti perniagaan dan perindustrian antarabangsa melihat Malaysia mempunyai potensi ekonomi yang lebih baik pada masa itu berbanding sekarang," ujarnya.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengkritik sikap sombong Anwar terhadap komuniti perniagaan sehingga sanggup mengugut untuk membatalkan lesen mereka jika menaikkan harga atau perkhidmatan susulan penyasaran subsidi diesel.
"Masakan beliau tidak tahu bahawa kenaikan harga adalah disebabkan kos menjalankan perniagaan meningkat akibat dasar kerajaan menarik balik subsidi bahan api. Akhirnya, rakyat yang menanggung beban.
"Sudah sampai masanya Anwar mengakui realiti sebenar bahawa ekonomi Malaysia tidak bertambah baik di bawah kepimpinannya. Nasihat saya, hentikan beretorik dan urus ekonomi negara dengan cermat dan bijak.
"Saya percaya rakyat Malaysia sudah letih dengan cara anda mentadbir negara dan mengurus ekonomi. Rakyat mahu Malaysia kembali menjadi kuasa ekonomi yang gemilang di rantau ini dan mengecap kehidupan yang lebih makmur, setakat ini kepimpinan anda membawa Malaysia ke lembah kemunduran, bukan maju ke mercu kegemilangan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
 

Hanya bergantung pasaran tempatan, sistem pendidikan antara punca daya saing Malaysia merosot — Pakar​

Oleh AMNAN HIBRAHIM
  • MASSA
  • Khamis, 20 Jun 2024
    7:03 PM MYT
2759425.jpg

Menurut IMD, penurunan Malaysia dapat dilihat dengan jelas merentasi hampir semua faktor dinilai termasuk prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan. — Gambar hiasan
PADA Selasa, negara dikejutkan dengan berita mengenai kemerosotan Malaysia dalam ranking Daya Saing Global (WCR) yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) pada 2024.

Dalam laporan itu, negara dilaporkan jatuh tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-27 yang dicatatkan pada tahun lalu, kepada 34 daripada 67 negara yang dinilai.

Perkembangan terbaharu itu juga menyaksikan Malaysia kini terletak di kedudukan keempat dalam kalangan negara ASEAN di belakang Singapura, Thailand dan Indonesia.

Menurut IMD, penurunan Malaysia dapat dilihat dengan jelas merentasi hampir semua faktor dinilai termasuk prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan.
Laporan itu turut menyaksikan penurunan ketara bagi Malaysia dalam bidang tertentu seperti kejatuhan 19 anak tangga kepada 35 dalam subfaktor ekonomi domestik dan penurunan 17 tempat kepada ke-53 dalam produktiviti dan kecekapan.
IMD turut mendedahkan Malaysia kini memaparkan kemerosotan daya saing di sektor pendidikan yang kini berada di kedudukan ke-44.
Ahli Ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, laporan WCR itu secara jelas memberikan menggariskan punca kepada penurunan Malaysia di dalam ranking terbabit.
"Walaupun laporan itu menyatakan tidaklah buruk (kedudukan), tetapi ia merekodkan penurunan. Laporan IMD ini mengukur 'daya saing' sesebuah ekonomi atau sejauh mana firma di dalam negara boleh bersaing dengan firma negara lain," katanya kepada Majoriti.
2759426.jpg

Ahli Ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi.
Sehubungan itu, beliau yang juga ahli Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara berkata, adalah penting untuk kerajaan melihat isu yang perlu ditangani itu.
Ia antara lain dengan usaha memperbaiki sistem pendidikan daripada peringkat persekolahan hingga universiti dan melahirkan sumber tenaga manusia yang berkualiti, berkemahiran serta berdaya saing.
"Ini termasuk juga peningkatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di universiti terutamanya dalam bidang berkaitan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).
"Selain itu perbaiki juga persekitaran perniagaan yang mendorong persaingan dan bukannya perlindungan," ujarnya.
Nungsari berkata, sekiranya isu itu tidak ditangani dan dibiarkan berlarutan, ekonomi Malaysia berpotensi untuk menjadi semakin tertumpu kepada pasaran domestik akibat daripada kekurangan syarikat tempatan yang berdaya saing bagi mengeksport produk mereka ke luar negara.
"Ekonomi negara memang pun semakin domestik dalam dua dekad ini. Itu juga antara sebab kadar upah menjadi rendah kerana semata mata bergantung kepada pasaran tempatan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register