BTC USD 58,037.6 Gold USD 2,550.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Sudah Hantar Surat Permohonan Sertai BRICS - PMX (Anwar)

Sponsored Post

Ada satu lagi trade ekonomi..
dipanggil OECD...

Klo malaysia nk masuk, kena cium tangan israel.. :ROFLMAO:

4578379.jpg

Indonesia pun tgh cadang nak masuk.. tp ada bnyk syarat..

739927902.jpg
 
Sumber banyak dekat negara sendiri
Pekerja takyah sebut memang bersepah
Kos rendah
Itu yang buatkan China jadi kuasa besar dunia
Ketenteraan padu
Ekonomi pun padu

Negara benua Africa pun bnyk sumber , tapi tak boleh semaju china yaa..
Africa kalau dibantu oleh China pun boleh bergerak maju seiring
 
Malaysia Akan Hadiri Sidang Kemuncak BRICS Pada 22 Hingga 24 Okt

05.09.2024 - Malaysia menerima jemputan Rusia untuk menyertai Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia pada 22 hingga 24 Okt, 2024, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata jemputan yang disampaikan oleh Presiden Vladimir Putin sendiri semasa sesi makan malam kerja merupakan bukti jelas mengenai kepentingan Malaysia kepada Rusia.

“Ini menandakan satu langkah penting ke arah matlamat akhir kita untuk menyertai kumpulan itu,” kata beliau menerusi catatan di media sosial pada Rabu mengenai lawatan dua hari ke Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan.

BRICS adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu. Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan pada sesi pleno EEF pada Khamis. Anwar berkata semasa perbincangan itu, beliau dan Putin menyatakan komitmen masing-masing untuk memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Rusia.

“Ketika Malaysia terus memperluas ruang geoekonomi dan mempelbagaikan hubungan strategik, Rusia akan menjadi rakan utama yang berkongsi visi kita untuk pertumbuhan, kemakmuran dan pembangunan,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata daripada kewangan Islam sehingga pertanian dan pendidikan, potensi untuk Malaysia dan Rusia saling memanfaatkan kepakaran demi manfaat bersama rakyat adalah amat besar.

“Apabila kita membina komitmen dan visi bersama yang dibincangkan semasa lawatan ini, saya optimistik bahawa asas yang diletakkan hari ini akan membawa kepada kerjasama yang bermakna antara Rusia dan Malaysia pada masa akan datang,” kata beliau.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/718138
 
Datang tengok-tengok dulu ambik bau.
 
Malaysia Antara Negara Di Beri Keutamaan Sertai BRICS - Anwar

05.09.2024 - Malaysia merupakan antara salah satu negara yang diberi keutamaan untuk menyertai BRICS, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, sewaktu perbincangan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin semalam, perkara yang diberi perhatian adalah sama ada Malaysia menjadi ahli BRICS dengan segera atau bermula sebagai rakan negara blok itu.

"Tapi yang pentingnya, kerana undangan bagi negara yang belum jadi anggota, kita antara satu (negara yang) diberi keutamaan," katanya pada sidang media di hari terakhir lawatan kerja beliau ke Rusia, di sini, hari ini.

Mengenai penyertaan Malaysia dalam BRICS, beliau berkata, perbincangan dengan Perdana Menteri China dan India, Presiden Putin, serta Presiden Brazil sebelum ini semua adalah positif.

"Mengapa kita pilih BRICS, kita rasa Global South, kerjasama perserikatan (kesatuan) negara Selatan ini sangat menguntungkan," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Putin telah mengundang beliau untuk hadir dalam sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia, pada 22 hingga 24 Oktober depan.

"Kita sedang teliti, bulan depan itu terlalu banyak program luar, kemungkinan hadir atau (hantar) wakil," kata beliau.

Mengenai kegusaran seandainya kerjasama BRICS akan memberi kesan negatif terutamanya kepada hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Anwar menyifatkannya sebagai retorik semata-mata.
Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara bebas dan mengambil sikap terbuka dalam kerjasama antarabangsa.

"Sikap kita terbuka dan bebas dalam hubungan antarabangsa seperti kita lihat dengan Eropah dan Amerika dan China dan India, kini Rusia. (Disebabkan) BRICS membina kekuatan Global South, ia akan memberikan manfaat kepada kita dalam kerjasama ekonomi yang tidak ditekan mana-mana kuasa lain," kata Perdana Menteri.

BRICS adalah blok kerjasama bagi ekonomi sedang pesat membangun yang ditubuhkan pada 2009 dan merangkumi Brazil, Rusia, India serta China dan disusuli penyertaan Afrika Selatan pada 2010. Pada Januari 2024, negara-negara seperti Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menyertainya sebagai anggota baharu. Secara kumulatif, keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara anggota BRICS berjumlah AS$26.6 trilion iaitu 26.2 peratus daripada KDNK dunia dan hampir menyamai kekuatan ekonomi negara kumpulan G7. Negara anggota BRICS juga mempunyai bilangan populasi besar sebanyak 3.21 bilion yang dijangka terus meningkat menerusi penyertaan Mesir, Ethiopia, Iran dan UAE yang berpenduduk 333 juta orang, sekali gus membentuk pasaran mega merangkumi kira-kira 3.54 bilion orang atau hampir 45 peratus daripada penduduk dunia.
1725518869814.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register