BTC USD 41,345.6 Gold USD 1,839.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MALAYSIA-SINGAPURA VTL (Vaccinated Travel Lane) 29 November

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,424
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,424
Reaction score
22,255
Points
1,831
Awards
1
VTL darat diteruskan walau dunia berdepan varian Omicron

Johor Bahru: Pembukaan sempadan kedua negara antara Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) darat tidak tergugat susulan ancaman varian Omicron.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pertemuan bersama Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan yang menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tengah hari tadi turut membincangkan perkara berkenaan.

Katanya, seperti yang digambarkan oleh Dr Vivian belum ada kepastian varian berkenaan akan mengganggu kelancaran VTL darat.

"Kita memerlukan masa dua minggu hingga sebulan untuk melihat kesan dan kedudukan varian Omicron ini dan sepanjang tempoh itu Prosedur Operasi Standart (SOP) VTL darat ini akan diteruskan.

"Sekiranya terdapat perkara baru berbangkit berkaitan varian Omicron ini, tidak ada gambaran bahawa VTL darat ini akan ditutup semula atau sebagainya. Tetapi satu SOP yang lebih sesuai akan diperkenalkan yang akan membabitkan kedua-dua negara," katanya.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
VTL | Masih Awal Buat Keputusan Tutup Vtl Akibat COVID-19

Pintu sempadan antara Johor - Singapura menerusi laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) Darat tidak akan ditutup buat masa ini, meskipun berdepan ancaman varian COVID-19 omicron.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, sebaliknya prosedur operasi standard (SOP) waktu ketibaan, akan dipertingkatkan bagi membendung penularan varian baharu berkenaan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
MALAYSIA-SINGAPURA | Kemudahan VTL Darat Mulai 20 Disember

Semua pengembara warganegara dan pemastautin tetap Malaysia dan Singapura layak menggunakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL DARAT) berkuatkuasa 20 Disember ini.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagaimanapun memaklumkan, pengembara masih tertakluk kepada ujian saringan COIVD-19 dan terhad kepada penggunaan perkhidmatan bas sahaja.

 
Last edited:

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,424
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,424
Reaction score
22,255
Points
1,831
Awards
1
Bermula 20 Disember 2021, semua kategori warga Malaysia dan Singapura yang telah lengkap divaksinasi boleh bergerak antara kedua negara melalui VTL Darat.

Sama ada untuk urusan perniagaan atau bercuti, kini kita bebas bergerak merentas ke seberang tambak #ReconnectingSafely

——-

Starting from 20th December 2021, all categories of fully vaccinated Malaysian & Singaporean travellers can travel between both countries via VTL (Land).

We can all now travel for business & leisure. I look forward to #ReconnectingSafely with our neighbour.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
Bermula 20 Disember 2021, semua kategori warga Malaysia dan Singapura yang telah lengkap divaksinasi boleh bergerak antara kedua negara melalui VTL Darat.

Sama ada untuk urusan perniagaan atau bercuti, kini kita bebas bergerak merentas ke seberang tambak #ReconnectingSafely

——-

Starting from 20th December 2021, all categories of fully vaccinated Malaysian & Singaporean travellers can travel between both countries via VTL (Land).

We can all now travel for business & leisure. I look forward to #ReconnectingSafely with our neighbour.


Rakyat 🇲🇾 yang dah lama tak leh balik sini dah senyum sekarang
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
PARLIMEN l Azmin Ali berkata setakat ini, tempoh kuarantin tidak dikenakan terhadap pengembara ekoran kadar vaksinasi yang tinggi di kedua-dua negara.

1639628440305.png


K’jaan cadang tambah kuota harian pengembara VTL darat kepada 2,100 orang

Diterbitkan: Dec 16, 2021 11:59 AM


PARLIMEN l Kerajaan bercadang meningkatkan kuota harian pengembara warga Malaysia dan Singapura menerusi kemudahan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi Laluan Darat (VTL-Darat) kepada 2,100 orang sehala mengikut perkembangan situasi wabak Covid-19.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata setakat ini, tempoh kuarantin tidak dikenakan terhadap pengembara ekoran kadar vaksinasi yang tinggi di kedua-dua negara.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sentiasa memantau situasi kesihatan semasa dan sekiranya terdapat sebarang indikasi berkaitan Covid-19, Kementerian Kesihatan akan memberi nasihat yang sewajarnya.

"Sebab itu kita membuka sempadan ini secara berhati-hati dan tidak secara mendadak, serta jumlah kuota harian ketika ini masih ditetapkan 1,440 orang untuk satu hala dan pada 20 Dis ini, sekiranya situasi membenarkan, kita akan naikkan kepada 2,100 orang pengembara setiap hari, satu hala.

"Ini membuktikan bahawa kita masih lagi memantau situasi kesihatan semasa supaya pembukaan sempadan ini tidak akan membebankan mana-mana pihak dari segi kesihatan," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Mohamed Azmin menjawab soalan tambahan Senator Datuk Jefridin Atan mengenai sama ada kerajaan bercadang mempertimbang tempoh kuarantin bagi pengguna kemudahan VTL sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemasukan varian Omicron ke Malaysia.

Pada 14 Dis lepas, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kenyataan memaklumkan semua kategori pengembara warga Malaysia dan Singapura boleh memasuki kedua-dua negara menggunakan kemudahan VTL-Darat berkuat kuasa 20 Dis ini berikutan peningkatan permintaan orang ramai.
- Bernama

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
IMG_20211222_141252_983.jpg

Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua insiatif VTL ini akan dibuka semula bermula 21 Januari 2022 selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi COVID-19 semasa di kedua-dua negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
VTL MALAYSIA-SINGAPURA | Jualan Tiket Bas, Penerbangan Digantung Sementara

Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat dan Udara antara Malaysia-Singapura digantung sementara berkuat kuasa esok hingga 20 Januari tahun depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini yang dilaporkan Singapura.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
AIRASIA | Gantung Tempahan VTL Baharu Dari Kuala Lumpur, Bangkok Ke Singapura

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan menggantung tempahan penerbangan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) baharu antara 23 Disember dan 20 Januari dari Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Don Mueang Bangkok ke Singapura.

 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,022
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,022
Reaction score
3,125
Points
261
Awards
1
Bila sempadan Siam ngn Indonesia plk nk buka nie
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register