strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
NEW DELHI: Malaysia sentiasa berusaha mencari peluang untuk melabur di beberapa negeri mesra pelabur asing di India, antaranya dalam bidang prasarana dan pengangkutan bandar.
Menteri Penasihat (Hal Ehwal Ekonomi) Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India, Aida Shafinaz Allias, berkata antara bidang yang menarik minat pelabur Malaysia untuk diteroka dengan rakan kongsi India termasuk pembuatan auto, penerbangan dan teknologi maklumat.
"Kami sentiasa mencari negeri-negeri mesra pelabur asing untuk bekerjasama dalam usaha niaga yang saling menguntungkan, yang boleh membawa kepada kemakmuran bersama," katanya di sini hari ini.
Syarikat Malaysia, katanya, optimistik mengenai potensi yang ada di India berikutan minat mendalam kerajaan untuk menarik pelabur Malaysia ke negara itu.
"Baru-baru ini, Malaysia adalah negara rakan kongsi dalam Sidang Kemuncak Pelaburan Global yang diadakan di Indore, Madya Pradesh, yang mana kerajaannya menunjukkan minat dalam menarik pelaburan Malaysia," katanya.
Delegasi Malaysia yang diketuai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Naimun Ashakli Mohammad, membuat kunjungan hormat Ketua Menteri Madya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan.
Madya Pradesh adalah negeri di bahagian tengah India.
"Mereka sangat mengalu-alukan pelaburan Malaysia ke Madya Pradesh," katanya.
Antara lain, mereka mengemukakan permintaan agar syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia ke negeri itu.
"Kami juga menunjukkan minat dalam projek prasarana," kata Aida.
Ditanya sama ada perniagaan Malaysia bimbang melabur di India, beliau berkata kerajaan pusat dan negeri di India perlu bekerjasama untuk menyelesai dan menghapuskan beberapa kerenah birokrasi yang menghalang operasi perniagaan di negara ini.
Sebaliknya, beliau berkata, Malaysia juga mengalu-alukan pelaburan dari India, khususnya dalam sektor nilai tambah tinggi. - BERNAMA