BTC USD 43,133.2 Gold USD 1,750.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Malaysia sedang bangunkan vaksin COVID-19

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
Alhamdulillah da dpt modal la tu

Harap dpt keluarkan vaksin halal lulusan jakim pertama di dunia 😂

Mana tahu dapat di pasarkan ke negara² Islam lain kan
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,270
Reaction score
5,529
Points
721

Mampukah Malaysia hasilkan vaksin sendiri?​


KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia menghasilkan sendiri vaksin COVID-19, menjadi jalan terbaik yang sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada negara kuasa besar bagi mendapatkan bekalan pelalian itu pada masa hadapan.


Langkah segera ke arah itu perlu dilakukan, susulan wujud pelbagai isu termasuk masalah kekurangan stok selain negara penerima vaksin, terpaksa membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan keperluan bekalan berkenaan.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu laporan pada 19 Jun lepas dipetik berkata, sebilangan besar negara miskin, termasuk seluruh benua India, sub-Sahara Afrika, Amerika Latin dan Asia Barat, terpaksa menangguhkan program inokulasi vaksin COVID-19 kerana kekurangan dos.


Keadaan ini menyebabkan individu yang sudah menerima satu dos suntikan terpaksa menunggu lebih lama sebelum mereka mendapat suntikan kedua.

Laporan WHO itu turut menyebut, situasi berkenaan berlaku apabila negara yang memiliki sumber kewangan dan yang menghasilkan produk (vaksin) memiliki akses kepada vaksin.


Turut menyedihkan apabila tindakan negara kaya seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) membolot bekalan vaksin COVID-19, menyebabkan negara lain termasuk Malaysia lambat menerima bekalan itu sehingga menjejaskan usaha mempercepatkan kadar vaksinasi kepada penduduk.


Luahan itu disuarakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin yang turut menegaskan, Malaysia mampu membuka pusat pemberian vaksin (PPV) yang besar seperti di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun bekalan vaksin perlu dipastikan mencukupi.


Namun, kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, baru-baru ini bahawa Malaysia sedang membangunkan vaksin pertama bagi melawan pandemik COVID-19 dengan kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), memberi harapan kelangsungan bekalan vaksin untuk rakyat.


Pensyarah Kanan di Kluster Kesihatan Persekitaran, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nurul Yuziana Mohd Yusof, berkata kemunculan koronavirus SarsCoV-2 penyebab COVID-19, sepatutnya membangkitkan kesedaran kepada Malaysia supaya satu tindakan proaktif dilakukan dalam mempergiatkan usaha penghasilan vaksin di negara ini.


Ikhtiar ini bukan sahaja untuk membendung COVID-19, sebaliknya boleh meningkatkan usaha memerangi penularan variasi virus baharu lain yang berkemungkinan akan wujud pada masa akan datang.


"Virus COVID-19 ini adalah amaran untuk kita mempersiapkan diri dan memperkukuhkan benteng kesihatan negara dengan membangunkan vaksin kita sendiri.


"COVID-19 ini muncul selepas 17 tahun wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk), malahan wabak MERS-CoV (Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah) pada 2012 juga disebabkan oleh kumpulan koronavirus.


"Ini menunjukkan kebarangkalian untuk koronavirus muncul kembali sebagai pandemik baharu (masa akan datang) adalah tinggi," katanya kepada Bernama.


Beliau berkata, sekiranya Malaysia mampu menghasilkan vaksin COVID-19, ia sekali gus dapat menyelesaikan pelbagai kemelut berkaitan vaksin termasuklah isu kekurangan bekalan disebabkan kebergantungan tinggi dari negara pengeluar.


Katanya, masalah seperti itu wujud apabila negara pengeluar perlu memenuhi keperluan populasi tempatan dan pada masa sama turut berperanan membekalkan atau menjual vaksin kepada negara lain pada skala sangat besar, yang ini akan memberi tekanan kepada kedua-dua belah pihak.


"Seperti yang kita lihat pada situasi COVID-19 sekarang, ia adalah krisis kesihatan satu dunia, tidak kira negara maju atau negara miskin. Oleh sebab itu, sebagai negara yang sedang membangun, kita boleh mengurangkan kebergantungan terhadap vaksin luar dengan membangunkan industri pembuatan vaksin tempatan bagi membolehkan masyarakat kita mempunyai akses secara langsung terhadap vaksin.


"Dengan wujudnya industri pembuatan vaksin, kita boleh menjamin kesejahteraan generasi negara. Ini kerana, apabila kita mempunyai pengalaman dan templat bagi proses penghasilan vaksin, ia secara tidak langsung boleh disesuaikan dengan apa-apa jenis patogen (kuman).


"Selain itu, usaha ini juga akan dapat memperkasakan sumber tenaga manusia atau kepakaran teknikal yang kita miliki dari semasa ke semasa,'' katanya yang kini sedang membangunkan platform biosensor untuk penyakit COVID-19 melalui geran UKM dan geran antarabangsa dari International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB).


Selain itu, beliau juga mengetuai dan sedang menjalankan penyelidikan membabitkan pengenalpastian sel B memori yang menghasilkan antibodi spesifik terhadap SARS-CoV-2 melalui sampel darah individu yang sudah sembuh daripada COVID-19.


Justeru, bagi merealisasikan Malaysia sebagai antara negara pembuat vaksin, perancangan dan strategi yang teliti perlu dilaksanakan pada peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D).


Ini penting, bagi memastikan kelangsungan pembangunan vaksin di peringkat pembuatan berskala besar terutama dengan kerjasama institusi penyelidikan, kumpulan pakar perubatan dan industrifarmaseutikal negara bagi mempercepatkan serta memantapkan lagi proses ujian klinikal terhadap vaksin berkenaan.


Malaysia perlu menjadikan India sebagai contoh bagi penghasilan vaksin sendiri dengan menggunakan sumber kepakaran tempatan.


"Walaupun India negara miskin, mereka menggunakan kepakaran ada untuk menghasilkan vaksin terutamanya bagi mengurangkan kos pembelian vaksin dari negara lain yang mahal dan jumlah rakyatnya yang ramai," katanya.


Mengikut rekod, India menghasilkan 60 peratus daripada keseluruhan vaksin global dan menempatkan Serum Institute of India (SII), pengeluar vaksin terbesar dunia.


– BERNAMA
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,886
Reaction score
1,137
Points
201
Kalaulah perlu cucuk booster dose ke-3, 4, 5…… lebih jimat kalau Malaysia dpt keluarkan vaksin sendiri.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
COVID-19 | Mampukah Malaysia Hasilkan Vaksin Sendiri?

Usaha Malaysia menghasilkan sendiri vaksin COVID-19 menjadi jalan terbaik yang sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kepada negara kuasa besar bagi mendapatkan bekalan pelalian berkenaan pada masa hadapan.

Langkah segera ke arah itu perlu dilakukan susulan wujud pelbagai isu termasuk masalah kekurangan stok selain negara penerima vaksin, terpaksa membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan keperluan bekalan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,709
Reaction score
228
Points
73
Hrapnye brjye la
Insya Allah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
SIRIM Bhd akan bekerjasama dengan Institut Kajian Perubatan, Universiti Putra Malaysia dan Institut Veterinar di Ipoh bagi peringkat permulaan pembangunan vaksin COVID-19 di Malaysia.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata SIRIM mempunyai keupayaan melaksanakan ujian bagi vaksin yang dibangunkan oleh ketiga-tiga agensi itu.

#LindungDiriLindungSemua #MenangBersama #KitaJagaKita

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
FB_IMG_1630162919637.jpg

Malaysia mempunyai keupayaan menghasilkan vaksin COVID-19 pertama negara dengan mengembleng tenaga para saintis di negara ini yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan awam untuk melakukan inovasi terutamanya dalam pembinaan dan penghasilan vaksin.

Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penghasilan sendiri vaksin COVID-19 sangat penting bagi membantu negara mencegah wabak itu daripada terus menular.

Berita penuh:


#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #MenangBersama #PatuhSOP #SOP #Vaksin
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register