BTC USD 116,063 Gold USD 3,323.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Sampaikan Penghargaan Kepada Poland Yang Salur Bantuan Ke Gaza

combat13

Super Active Member
Messages
7,088
Joined
Dec 18, 2007
Messages
7,088
Reaction score
222
Points
73
d03a866ef7975021c46cfb3a23aeccbb6847e0e6d0331

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pada sidang media bersama Presiden Poland Andrzej Duda bersempena lawatan rasmi Presiden Poland ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia menyampaikan penghargaan ikhlas kepada Poland kerana menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, khususnya melalui sokongannya kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan penyaluran bantuan kecemasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen Poland terhadap usaha kemanusiaan, termasuk penyaluran bekalan penting ke kawasan berkenaan, mencerminkan pendirian berprinsipnya terhadap krisis berterusan di Gaza dan wilayah Palestin yang diduduki.

“Saya bagi pihak Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sokongan terhadap UNRWA dan pendirian anda terhadap penyelesaian dua negara,” kata Anwar pada sidang media bersama Presiden Poland Andrzej Duda yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke sini, hari ini.

Perdana Menteri seterusnya menekankan keperluan mendesak untuk akses kemanusiaan yang berterusan serta penyelesaian aman terhadap konflik yang berlarutan, dan menyifatkan situasi di Gaza sebagai tanggungjawab moral global.

“Terdapat keperluan mendesak untuk menjamin keamanan dan memastikan bantuan kemanusiaan terus sampai ke Gaza dan wilayah yang diduduki,” kata Anwar.

Baru-baru ini media antarabangsa melaporkan bahawa Kedutaan Poland di Amman menyelaras penghantaran bantuan kemanusiaan dari Poland kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang merangkumi lebih enam tan ubat, susu tepung, barangan keperluan untuk kanak-kanak, bekalan kebersihan dan selimut, yang tiba di Jordan pada 23 April dengan pesawat tentera Poland.

Selain isu Gaza, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan perkembangan global dan serantau yang lebih luas, termasuk pengalaman Malaysia dalam ASEAN, hubungan dengan China dan penglibatan negara dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata sidang kemuncak yang julung kali diadakan antara ASEAN, GCC dan China di ibu negara baru-baru ini menandakan lembaran baharu dalam kerjasama strategik.

Tahun ini merupakan kali kelima Malaysia memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

 
Back
Top
Log in Register