BTC USD 27,879.0 Gold USD 1,997.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia perlu lahir lebih banyak pakar perbankan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
MALAYSIA sebagai peneraju dalam perbankan dan kewangan Islam (IBF), perlu menyediakan lebih ramai pakar dalam bidang berkenaan, bukan sekadar untuk memenuhi permintaan industri di Malaysia, malah di peringkat global.

Ketika industri itu semakin berkembang di peringkat global dan memerlukan semakin banyak pakar untuk memastikan IBF yang dilaksanakan benar-benar patuh Syariah dan kompetitif, sumber manusia dari Malaysia boleh memainkan peranan memajukan lagi industri itu di peringkat global.

Penganalisis ekonomi, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim berkata, IBF kini turut berkembang di negara bukan Islam, dan ia boleh ditambah baik untuk memastikan ia benar-benar menjadi pilihan banyak pihak.

Katanya banyak universiti di Malaysia menawarkan kursus pengajian berkaitan IBF, namun ia sekadar cukup untuk memenuhi permintaan di Malaysia, sedangkan banyak lagi permintaan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di peringkat global.

"Kita sudah ke hadapan. Kita ada tadbir urus dan rangka kerja menyeluruh.

Malah, banyak negara Barat melihat sukuk kita sebagai bon Islam yang popular.

Dalam pasaran buruh, banyak permintaan dalam IBF tetapi sejauh mana universiti kita mampu menambah bilangannya.

"Bekalan (sumber manusia) universiti (di Malaysia) boleh penuhi permintaan industri...cuma saya rasa (permintaan) peringkat dunia terlalu besar,," katanya ketika ditemui pada majlis 'Dialog Dimensi Akan Datang IBF di Malaysia' di Alor Setar hari ini.

Selain itu beliau berkata universiti di negara ini perlu membuat lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang IBF yang dapat memenuhi keperluan industri sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Sepatutnya R&D daripada awal mengenal pasti bidang keperluan industri, jadi tidak timbul isuindustri 'enggan menerima'. Saya rasa kalau hendak berkesan danproduktif dari segi usaha sama, kedua-dua pihak perlu bersama-sama mengenal pasti keperluan dan 'bukan universiti buat dulu, nanti tak sama dengan keperluan industri," katanya.

Beliau juga berkata, Malaysia sebagai negara peneraju, patut memperkukuh R&D bagi membantu industri menambah baik kekurangan yang ada dan memajukan lagi industri itu.

Katanya IBF di Malaysia kini semakin kompetitif sehingga mampu menarik masyarakat bukan Islam untuk memilihnya sebagai produk perbankan mereka.

"Orang bukan Islam pun melanggan produk IBF. Mereka rasa risikonya sangat rendah manakala pulangan kompetitif. (Bagi masyarakat Islam) selagi ia kompetitif dan berlandaskan Syariah, kita kena sokong," katanya.

Dialog dua hari yang bermula hari ini itu dianjurkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bagi membincangkan amalan perbankan Islam di Malaysia dan di negara-negara lain. - Bernama
 
Sponsored Post

putra1234

Legendary Member
gem
Messages
11,572
Joined
Mar 8, 2010
Messages
11,572
Reaction score
1,184
Points
191
diorang tak tau ke dkt cg ni terlahirnya ramai pakar...?
amik jer pakar2 kat cg ni... setel masaalah...

ramai yang pakar haji. tapi ramai yang menolak, selagi masih guna wang fiat. diaorang taknak tanggungjawab dengan produk setengah riba, setengah kononnya halal. LOL.

percayalah haji. kalau haji betul belajar paling tidak 20% dari perbankan islam ni, haji akan tolak kaedah sekarang ni. sebagai pengguna, terpaksa. tapi nak jadi tuan penasihat? nak kena tanggungjawab kat sana bila orang pakai kata2 dia sebagai hujah untuk menghalalkan riba? woooo. tak beraniii woooo.

tapi, xdinafikanlah ada juga yang sanggup. majoriti sebenarnya.:)):))
 

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,470
Points
251
Awards
1
ramai yang pakar haji. tapi ramai yang menolak, selagi masih guna wang fiat. diaorang taknak tanggungjawab dengan produk setengah riba, setengah kononnya halal. LOL.

percayalah haji. kalau haji betul belajar paling tidak 20% dari perbankan islam ni, haji akan tolak kaedah sekarang ni. sebagai pengguna, terpaksa. tapi nak jadi tuan penasihat? nak kena tanggungjawab kat sana bila orang pakai kata2 dia sebagai hujah untuk menghalalkan riba? woooo. tak beraniii woooo.

tapi, xdinafikanlah ada juga yang sanggup. majoriti sebenarnya.:)):))

islam itu ada kaedahnya tapi bknlah bermaksud menghalalkan cara...
kita kena sedar kuasa kita smpai tahap mana...
wang fiat jika diistihar haram maka ianya berdosa diguna... maka setiap org yg guna wang fiat akan berdosa.. saya rasa kita ada bincangkan isu ni dlm thread lama...

jgn kita jatuh sesuatu hukum haram tapi dlm pd waktu yg sama kita sendiri yg mengamalkannya...
 

putra1234

Legendary Member
gem
Messages
11,572
Joined
Mar 8, 2010
Messages
11,572
Reaction score
1,184
Points
191
islam itu ada kaedahnya tapi bknlah bermaksud menghalalkan cara...
kita kena sedar kuasa kita smpai tahap mana...
wang fiat jika diistihar haram maka ianya berdosa diguna... maka setiap org yg guna wang fiat akan berdosa.. saya rasa kita ada bincangkan isu ni dlm thread lama...

jgn kita jatuh sesuatu hukum haram tapi dlm pd waktu yg sama kita sendiri yg mengamalkannya...

wang fiat tu tak haram haji. guna je sebagai pemudah cara, bukan sebagai alat untuk keuntungan tanpa buat apapun.

vavee dengan alkohol, kwujudannya haram tak haji?
 
Sponsored Post

Top
Log in Register