Malaysia Perlu Berperanan Dalam Isu Penempatan Pelarian Palestin - PKPIM

CG Sponsors




Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh)- Malaysia perlu menerima program penempatan semula pelarian Palestin yang kini berada di kem pelarian sempadan Syria-Iraq di Malaysia, kata Naib Presiden Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz.

“Atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam, kami gesa Malaysia menjadi negara OIC pertama yang menerima penempatan semula pelarian Palestin di Malaysia sepertimana yang telah dilaksanakan beberapa negara barat yang lebih dahulu ke atas pelarian Palestin di negara mereka,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan ‘Memorandum Penempatan Semula Pelarian Palestin yang Berada di Kem Pelarian Sempadan Syria-Iraq di Malaysia’ kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada 10.30 pagi kelmarin.

Turut hadir dalam penyerahan memorandum itu adalah wakil Citizen International, Muslim Care Malaysia, Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad dan Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) Mohd Hafez Sabri serta Ketua Penerangannya, Ahmad Shahir Abdul Aziz.

Sebelum ini, delegasi pertubuhan itu pernah menjalankan misi lawatan di bawah seliaan dan penyelenggaraan United Nations High Commissioners for Refugees (UNHCR) antara 9 hingga 13 November lalu.

Menurut kenyataan yang disampaikan kepada Harakahdaily, delegasi mereka itu dibawa melawat ke tiga buah kem Pelarian Palestin iaitu Al-Waleed (Iraq, sempadan Syria), Al-Tanf (Syria dan Iraq, di ‘no mans land’) dan El-Hol (Syria, sempadan Iraq).

“Jadi, matlamat lawatan itu adalah untuk mencari penyelesaian penempatan semula pelarian Palestin ke negara-negara lain agar penderitaan hidup yang mereka alami di perkhemahan pelarian yang wujud sejak hampir 30 tahun itu dapatlah diakhiri untuk menjamin masa depan anak-anak mereka,” kata beliau.

Menurut Muhammad Faisal, memorandum itu diserah kepada Penolong Setiausaha Sulit Perdana Menteri Mazwan Abdul Manan, di Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

“Dalam sesi perbincangan bersama beliau (Mazwan), saya bersama wakil Citizen International Tuan Haji Azmi Abdul Hamid memberi penekanan terhadap beberapa gesaan seperti yang terkandung dalam memorandum tersebut.

“Kami juga menuntut Malaysia sebagai negara yang sering dijadikan contoh dalam OIC supaya dapat menyeru dan menggesa negara-negara OIC lain untuk turut menerima program penempatan semula pelarian Palestin di negara masing-masing,” tambah beliau lagi.
 
Sponsored Post

adioz88

Super Active Member
Joined
Jun 15, 2008
Messages
6,659
Reaction score
11
Points
65
Daripada dok bawak masuk orang yang entah apa2, baik beri perlindungan pada orang palestine kat sini.
Boleh kongsi cerita sedih diorang di sana.Supaya jadi teladan buat orang malaysia
 

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
Daripada dok bawak masuk orang yang entah apa2, baik beri perlindungan pada orang palestine kat sini.
Boleh kongsi cerita sedih diorang di sana.Supaya jadi teladan buat orang malaysia
pastu diorg pon bole bantu sanak
saudara diorg kt sana kalo dpt keje kt sini....
dan kita pon dpt pahala membantu
diorg mendptkn rezeki utk keluarga
diorg yg susah dgn menghulurkn kerja....
dan aku rasa pon diorg lebey baik dr
org2 indon & bangla yg
byk buat kes kt mesia nih....
:):):):):):):)
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
pastu diorg pon bole bantu sanak
saudara diorg kt sana kalo dpt keje kt sini....
dan kita pon dpt pahala membantu
diorg mendptkn rezeki utk keluarga
diorg yg susah dgn menghulurkn kerja....
dan aku rasa pon diorg lebey baik dr
org2 indon & bangla yg
byk buat kes kt mesia nih....
:):):):):):):)
hurm, ada betulnya juga nih.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register