combat13
Super Active Member
- Messages
- 7,088
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 7,088
- Reaction score
- 222
- Points
- 73
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Malaysia mengutuk serangan terbaharu Israel ke atas Semenanjung Gaza, Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata justeru itu, negara akan terus menyatakan bantahan kepada pimpinan dan komuniti antarabangsa termasuk platform seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Beliau berkata Malaysia juga akan menghantar bantuan yang termampu dari segi kebajikan dan kemanusiaan.
“(Serangan) itu terus menerus (selama) setahun setengah walaupun ada percubaan genjatan senjata. Sebenarnya kita tidak setuju bunyinya bukan genjatan senjata sahaja (tetapi) menghentikan serangan ganas terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak di Gaza.
“Sekarang ada usaha perdamaian namun ada pembunuhan berterusan. Ini bermakna sistem pertahanan dunia ini sudah rosak dan keganasan itu diizinkan... ini sangat mengesalkan di bulan Ramadan yang mulia ini, tidak ada langsung perikemanusiaan,” kata beliau di sini malam ini.
Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Negeri Peringkat Pulau Pinang di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara di sini.
Laporan Anadolu Ajansi memaklumkan tentera Israel menyerang Semenanjung Gaza awal pagi Selasa, membunuh lebih 320 orang dan mencederakan ratusan yang lain, walaupun perjanjian gencatan senjata sedang berkuat kuasa.
“Jadi kita doa mudah-mudahan Allah melindungi keluarga mangsa dan dicucuri rahmat,” kata Perdana Menteri.
Sementara itu Anwar dalam satu hantaran di Facebook beliau berkata masyarakat antarabangsa perlu memaksa Israel bertanggungjawab atas perbuatan mereka itu dan menuntut supaya kekejaman itu dihentikan segera.
Malaysia Nyata Bantahan Serangan Israel Di Gaza
Anwar Ibrahim, bantahan, serangan, Gaza, Palesti
