TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,118
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,118
- Reaction score
- 22,834
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Malaysia menduduki tangga ke-18 di dunia dalam mudah menjalankan perniagaan, meningkat berbanding posisi ke-20 sebelumnya.
Menurut laporan Bank Dunia bertajuk 'Menjalankan Perniagaan pada 2015: Melangkaui Keberkesanan' yang diterbitkan hari ini, kedudukan yang lebih tinggi pada tahun ini menunjukkan terdapat penambahbaikan dalam urusan permit pembinaan berikutan satu pusat sehenti bagi urusan permit telah ditubuhkan pada 2013.
Ini sekali gus menyebabkan masa untuk mendapatkan kelulusan dapat dikurangkan.
"Laporan menunjukkan sejak 2005, Malaysia telah menambah baik rangka kerja perniagaan menerusi 17 reformasi di dalam bahagian-bahagian yang menjadi fokus laporan, berbanding purata global iaitu sebanyak 12 reformasi,” kata Bank Dunia dalam satu kenyataan.
Malaysia juga katanya, telah mengecilkan jurang dengan beberapa amalan terbaik dunia contohnya, penubuhan perniagaan.
Malaysia telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan beban usahawan tempatan seperti penggabungan syarikat, cukai, keselamatan dan pendapaftaran tabung pekerja di bawah satu bumbung pada 2011.
"Usaha-usaha seperti ini dapat mengurangkan masa untuk memulakan perniagaan daripada 37 hari pada 2005 kepada kurang enam hari, sekarang. Malah ia lebih mudah dan cepat berbanding di Ireland," katanya.
Laporan itu menyebut Singapura berada pada kedudukan paling atas dunia di dalam mudah menjalankan perniagaan diikuti New Zealand, Hong Kong, China, Denmark, Korea Selatan, Norway, Amerika Syarikat, United Kingdom, Finland dan Australia. - MalaysiaGazette