BTC USD 96,972.5 Gold USD 2,693.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia negara beragama, bukan sekular - Pas

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,538
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,538
Reaction score
6,645
Points
881
Awards
1
Malaysia negara beragama, bukan sekular - Pas

NURHIDAYAH HAIROM
Ahmad Fadhli
09 Oct 2024 12:55 pm
SHAH ALAM - Pas tidak pernah meletakkan Malaysia sebagai negara sekular, sebaliknya menegaskan Malaysia ialah negara beragama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jika dilihat lima tahun ke belakang ini, Pas seringkali menegaskan bahawa Malaysia bukan negara sekular.

"Sepanjang penglibatan saya di dalam Pas, apa yang sering diulang-ulang ialah penegasan Pas bahawa Malaysia bukan negara sekular.

"Boleh jadi ia merupakan skrip 30-40 tahun lepas, maka ia sudah tidak lagi relevan kerana jika diungkit skrip lama, sudah tentu DAP masih parti chauvinist mengikut lisan Perdana Menteri sekarang sewaktu beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO,"katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Hantaran berkenaan turut disertakan pautan artikel bagi membuktikan penegasan Pas berhubung Malaysia sebagai negara beragama.

Pada masa sama, beliau menambah, apa yang diperjuangkan oleh Pas bukanlah merubah Perlembagaan Malaysia, tetapi menafsirkan Islam di dalam Perlembagaan sebagai satu agama yang syumul dan cara hidup.

"Inilah yang ditegaskan oleh Presiden Pas di dalam tulisannya pada 19 Jun 2023.

"Antara lain beliau menulis, 'Kita telah meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, maka makna Islam itu hendaklah ditafsirkan mengikut bahasa al-Quran dengan kesempurnaan maknanya. Maka, pentafsiran secara sekular adalah suatu perkara yang salah dan sesat yang dahulunya telah dibawa oleh penjajah dan kitab Injil yang telah diubah kandungannya',"katanya.

Menerusi hantaran sama, beliau sebaliknya mengaitkan dakwaan Malaysia negara sekular dengan kenyataan-kenyataan daripada pemimpin DAP

.Antaranya, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyatakan Pas harus menerima bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular.

"Banyak lagi kenyataan sebenarnya daripada pemimpin DAP yang menegaskan bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular. Jadi sebenarnya, siapakah yang mendakwa bahawa negara ini sekular?,"soalnya.

Sehubungan itu, beliau dengan nada sinis menyatakan, pemimpin-pemimpin DAP seharusnya dicabar untuk turut sama mengulangi bahawa, Malaysia bukan negara sekular tetapi negara beragama.
 
Sponsored Post

Gelakan

BDAA5-CA8-4-BA7-486-C-9-DAD-8-BECCBEB6-B1-B.jpg
 
PAS atau Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (nama asalnya) ialah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka selepas Hizbul Muslimin diharamkan oleh kerajaan British pada 1948.

Betapa besar bebal seorang melayu kalau tak reti pilih parti politik sedangkan di sekolah dah diajar subjek sejarah. Parti paling British tak suka, parti yang banyak pemimpinnya dihumban ke penjara. Bukan parti yang duduk mabuk semeja British bincang merdeka.
 
Apa yg PAS define, perlu selari dgn apa yg Perlembagaan tentukan.

Apa yg pernah ditegaskan oleh pakar Perlembagaan, x salah aku Prof Shad Ismail Faruqi adalah, negara ini bukan negara sekular total, dan bukan juga negara Islam, by constitution.
 
Amboi, makin naik lemak keturunan pendatang komunis nie

Antaranya, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyatakan Pas harus menerima bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular.
DAPig dah dapat memerintah kat satu2 negeri dan dapat banyak kerusi. ramai pulak barua-barua sokong, makin naik lemak le dia.

selamba badak je dia kata negara sekular.

walaupun Muslim majoriti kat negara ni tapi dia tak takut cakap gila-gila camtu.

Sebab DAPig tau macam mana racist pun dia tetap dapat sokongan.

'negara sekular' tu la alasan dan modal dia bila nak buat jahat nanti.
 
Last edited:
Apa yg PAS define, perlu selari dgn apa yg Perlembagaan tentukan.

Apa yg pernah ditegaskan oleh pakar Perlembagaan, x salah aku Prof Shad Ismail Faruqi adalah, negara ini bukan negara sekular total, dan bukan juga negara Islam, by constitution.
setuju.

kalau sekular ni teruk dah.

negara sekular raja-raja pun tak ada.

mungkin itu la goal DAPig. Kalau tak dia tak sebut.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register