BTC USD 61,459.4 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia minat dalami bidang nuklear pintar

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
2010/12/11- Teknologi dimiliki Korea Selatan patut dimanfaat: Najib

PUTRAJAYA: Malaysia berminat mendalami bidang teknologi reaktor nuklear pintar atau reaktor nuklear skala kecil dengan Korea Selatan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, ia adalah antara bidang yang menarik minat Malaysia kerana syarikat Korea Selatan sudah maju dalam bidang teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.
“Mereka (syarikat Korea) mendahului dalam sesetengah bidang dan kita berharap dapat belajar daripada pengalaman mereka seperti apa yang dilakukan dalam penstrukturan semula dan transformasi ekonomi (dan) dalam bidang tertentu seperti teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi alternatif.

“Kedua ialah kemajuan yang diiktiraf dalam teknologi nuklear termasuk reaktor nuklear pintar dan reaktor nuklear berskala kecil,” katanya pada sidang media bersama Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak, di pejabatnya di sini, semalam.

Lee mengetuai delegasi Korea Selatan dalam lawatan rasmi ke Malaysia sempena 50 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin menyaksikan majlis menandatangani satu perjanjian berkaitan bantuan perundangan dua hala dalam hal jenayah antara Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya, Kim Sung-Hwan.
Mereka juga menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman iaitu berkaitan penilaian sistem penyelidikan dan pembangunan antara Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Institut Penilaian S&T dan Perancangan Korea serta berhubung promosi bioteknologi dan biofuel antara Malaysia Biotechnology Sdn Bhd dan Korea Energy Management Corporation.

Selain itu, Najib berkata perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh lima tahun berbanding AS$16 bilion sekarang.

“Kita menyaksikan lonjakan 34 peratus dari segi perdagangan dua hala berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengkaji kemungkinan menjalin Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia dan Korea Selatan secara berasingan bagi melengkapi FTA ASEAN-Korea Selatan sedia ada.

Perdana Menteri juga berkata perbincangannya dengan Lee turut menyentuh mengenai kerjasama untuk meneroka pasaran ke negara ketiga menggunakan kelebihan masing-masing.

“Malaysia mempunyai hubungan yang amat baik dengan sesetengah negara dunia manakala Korea boleh menawarkan teknologinya dan kita boleh bekerjasama untuk menembusi pasaran negara ketiga,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata beliau menerangkan kepada Najib mengenai tahap keselamatan dan keupayaan reaktor pintar nuklear sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui.

Sambil menjemput Najib melawat Korea Selatan, Lee berkata rakyat negara berkenaan tinggal dan bekerja di sekitar reaktor pintar berkenaan manakala negara itu mempunyai teknologi terbaik di dunia untuk menguruskan sisa daripada reaktor berkenaan.
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
suh pnb buat la kalau dah byk duit sgt.
dari wat bangunan bdoh baik wat nuklear pintar
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register