kamal_kampong
Legendary Member
- Joined
- Apr 30, 2007
- Messages
- 16,675
- Reaction score
- 839
- Points
- 171
SINGAPURA: Emas meneruskan rali bagi mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.
Ia berikutan kebimbangan bahawa pandemik COVID-19 akan mendatangkan kesan buruk kepada ekonomi global, sekali gus merencatkan pendapatan korporat sambil meningkatkan permintaan untuk aset selamat.
Logam berharga itu telah melonjak tinggi ketika wabak berkenaan menyebabkan ekonomi terjerumus ke dalam kemelesetan dan mendorong bank pusat serta kerajaan untuk melancarkan rangsangan yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Selepas terjebak dalam gelombang jualan paksa bulan lalu apabila harga saham jatuh, emas berjaya mencatatkan pemulihan ketara.
Ia bermakna, niaga hadapan logam itu kini menghampiri paras AS$1,800 seauns selepas diniagakan kira-kira AS$1,400 seauns kurang daripada empat minggu lalu.
Emas yang diniagakan di Comex di New York meningkat 17 peratus tahun ini, kurang daripada 10 peratus di bawah rekod yang dicatatkan pada 2011.
Bank-bank termasuk UBS Group AG telah meningkatkan sasaran harga untuk logam itu, berdasarkan dasar monetari lebih longgar, rangsangan lain, dan kadar faedah yang lebih rendah akan menyokong kenaikan emas.
Dengan musim pendapatan bermula semenjak minggu ini, pelabur akan berusaha untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik mengenai sejauh mana buruknya pencapaian keuntungan dan bagaimana suku ini akan dibentuk.
Niaga hadapan emas naik sebanyak 1,1 peratus kepada AS$1,779.90 seauns di Comex, yang tertinggi sejak Oktober 2012, dan didagangkan pada AS$1,778.50 pada jam 10 pagi di Singapura.
Emas spot pula didagangkan AS$50 lebih rendah pada AS$1,725.03 seauns.
Peningkatan terkini emas itu hadir walaupun kadar jangkitan coronavirus telah mula memperlahan di beberapa ekonomi yang paling terjejeas teruk, dengan tumpuan beralih kepada bagaimana perintah berkurung dapat dikurangkan.
Presiden Donald Trump berkata beliau mempunyai kuasa ‘penuh’ untuk mengarahkan negeri-negeri supaya melonggarkan penjarakan sosial dan membuka semula ekonomi mereka. - Bloomberg